Sony FX5 Dijual Di Malaysia Bermula Harga RM22,999
-
Sony telah melancarkan FX5 Cinema Line Camera, iaitu kamera perfileman
generasi baharu yang dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan produksi
moden. Kam...
Saturday, October 23
PAU 2010 : Presiden UMNO Rasmi Konvoi 1 Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan konvoi bermotosikal 1Malaysia Kuala Nerus-PWTC-Galas di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Konvoi disertai 122 orang yang terdiri daripada anggota Pergerakan Pemuda Umno Kuala Nerus dan Kelab Motosikal Kuala Nerus itu tiba dari Kuala Nerus, Terengganu sejak dua hari lepas, dan meneruskan perjalanan ke Galas hari ini.
Anggota Jawatankuasa Pemuda Umno Kuala Nerus Shukeri Yusof berkata konvoi itu bermatlamat membantu gerakan kempen Barisan Nasional yang akan menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas 4 Nov ini.
Mat kilau kata perang telah bermula sama-sama kita berjuang,demi agama,bangsa dan negara.
Hati-Hati Malaysian Insider, Malaysiakini


UMNO perlu berhati-hati dan sentiasa memantau laporan The Malaysian Insider dan Malaysiakini supaya kebebasan media yang diamalkan parti itu tidak disalahgunakan oleh kedua-dua portal berita propembangkang itu.
Beberapa aktivis masyarakat ketika ditemui berkata, kebenaran untuk kedua-dua portal itu membuat liputan pada perhimpunan Agung UMNO 2010 jelas membuktikan UMNO merupakan parti yang demokratik.
“UMNO bukan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) yang berkata perlunya kebebasan media, tetapi beberapa akhbar arus perdana dituduh rasis dan dilarang membuat liputan di setiap program anjuran mereka.
UMNO perlu berhati-hati dan memantau laporan The Malaysian Insider dan Malaysiakini supaya tiada berita yang diselewengkan bertujuan memburukkan parti itu.
Kedua-dua portal itu hari ini memperbesar-besarkan cadangan seorang perwakilan supaya parti komponen Barisan Nasional (BN) menyerahkan kawasan-kawasan yang mereka kalah kepada UMNO, dengan niat untuk melaga-lagakan parti-parti berkenaan.
Malaysiakini menyiarkan berita dengan tajuk UMNO Menang, MCA, MIC Kalah manakala The Malaysian Insider membangkit dakwaan perwakilan berkenaan bahawa parti komponen BN lain sebenarnya tidak berkemampuan.
Terdapat juga laporan dalam Malaysiakini semalam yang memberikan gambaran seolah-olah ahli-ahli UMNO adalah bodoh seperti Pak Pandir kerana hanya mengikut arahan kepimpinan secara melulu.
Mereka juga sependapat bahawa, kedua-dua portal tersebut tidak menghargai kesediaan UMNO membenarkan mereka membuat liputan perhimpunan agung UMNO.
Mereka mahu supaya UMNO bertindak tegas dengan memboikot kedua-dua portal berita itu daripada membuat liputan pada perhimpunan akan datang sekiranya terdapat percanggahan laporan pada perhimpunan kali ini.
Ahli-ahli UMNO pula jangan mudah terpedaya dan mempercayai laporan adu-domba yang dibuat pihak tertentu bertujuan melagakan pemimpin parti itu.
Bekas setiausaha sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, UMNO perlu berhati-hati kerana sudah jelas The Malaysian Insider dan Malaysiakini tidak membawa aspirasi negara dalam setiap laporan yang dibuat.
Malaysian Insider dan Malaysiakini dilihat lebih cenderung membawa agenda musuh yang mahu melihat rakyat berpecah belah seterusnya mewujudkan ketidakstabilan dalam negara.
Malaysian Insider dan Malaysiakini dilihat lebih cenderung membawa agenda musuh yang mahu melihat rakyat berpecah belah seterusnya mewujudkan ketidakstabilan dalam negara.
“Jadi, UMNO perlu berjaga-jaga kerana sudah ada kalangan pemimpin tempatan yang kini mengambil kesempatan daripada agenda The Malaysian Insider dan Malaysiakini demi mencapai cita-cita peribadi mereka.
“Atas nama kebebasan medialah, kedua-dua portal itu kini sering memanipulasi laporan dengan tujuan memecahbelahkan masyarakat serta mencemar imej negara di mata dunia,” katanya.
Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, tindakan membenarkan The Malaysian Insider dan Malaysiakini membuat liputan pada perhimpunan agung kali ini membuktikan keterbukaan UMNO mengamalkan kebebasan media.
“Jadi, kedua-dua portal berita itu perlu memberi gambaran sebenar dan tidak menokok tambah bagi mengelirukan pembaca.
Melayu Pulau Pinang Di Bawah DAP Kian Kritikal.
Nasib Melayu Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP harus dijadikan iktibar oleh orang Melayu di negeri lain berikutan keadaan mereka yang kini cukup kritikal.
Wakil Pulau Pinang, Muhamad Farid Saad berkata, kerajaan negeri sekarang semakin melampau apabila membuka kawasan yang selama ini dipertahankan daripada dibangunkan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong memberi contoh satu lot tanah yang dikhaskan untuk penanaman padi sejak dahulu lagi di Sungai Burung telah dikeluarkan daripada kawasan yang digazetkan untuk tujuan itu.
“Satu kes lagi ialah sebahagian daripada kawasan di Taman Negeri juga telah dikeluarkan daripada senarai gazet berkenaan untuk dibangunkan kawasan perumahan. Ia akan membuka laluan untuk pembukaan kawasan lain dalam kategori yang sama.
“Tidak hairan jika satu hari nanti tidak akan ada lagi sawah dan kehijauan hutan di Pulau Pinang. Saya berpendapat kes ini adalah contoh penyalahgunaan kuasa dan ia mesti dihentikan,” katanya.
Beliau berucap membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Kata Muhamad Farid, kajian Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang berdasarkan maklum balas daripada kesemua 13 ketua bahagian, 60 kelompok perkampungan orang Melayu meliputi 7,000 penduduk akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka sekarang ini dibina di atas tanah milik orang lain.
Kata Muhamad Farid, kajian Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang berdasarkan maklum balas daripada kesemua 13 ketua bahagian, 60 kelompok perkampungan orang Melayu meliputi 7,000 penduduk akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka sekarang ini dibina di atas tanah milik orang lain.
Menurutnya, Kerajaan Pusat perlu memandang serius perkara itu dengan menghalang kegiatan ‘membuka’ kawasan-kawasan yang dahulunya digazetkan untuk tujuan tertentu.
“Jika tidak lebih cepat masyarakat Melayu di Pulau Pinang akan diusir keluar. Ini adalah contoh kes pengusiran melalui polisi dan dasar selain daripada pengusiran secara fizikal, peminggiran secara psikologi dan pengusiran secara terang dan nyata.
“Umumnya, Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu. Menjaga keberadaan bangsa Melayu di Pulau Pinang bermakna mengekalkan keberadaan dan kewujudan Islam di sana. Ketiadaan Melayu bermakna tiadalah suara azan dan sunyilah masjid.
“Berkurangnya bangsa Melayu bermakna sepi masjid dan tenggelam suara azan. Tiada tanah bermakna tiada tempat tinggal. Justeru, sebagai generasi pewaris, saya ingin berpesan, jangan jadi seperti yang berlaku di Pulau Pinang,” tegasnya.
Beliau seterusnya melontarkan persoalan bahawa menjelang 2020 apakah kerajaan sanggup melihat orang Melayu di Pulau Pinang akan hanya tinggal di rumah pangsa kos rendah di kala Malaysia diisytiharkan sebagai negara maju.
“Malah, lebih teruk lagi mereka ini tidur dalam beca seperti 10 orang pengusaha beca Melayu Pulau Pinang. Mereka ini tidak mempunyai rumah dan tidur dalam beca. Kedudukan orang Melayu di Pulau Pinang selamat kerana tanah milik mereka berada di luar bandar dan zon pertanian.
“Hilang tanah, hilanglah Melayu, hilang Melayu, maka akan hilanglah UMNO. Mereka ini perlu dibela kerana merekalah yang akan membela UMNO nanti. Oleh itu, dengan penuh keinsafan, saya meminta Presiden UMNO dan semua agar cuba memahami masalah orang Melayu terutama di Pulau Pinang,” katanya.
Atas dasar itu, beliau turut mencadangkan agar Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang akan ditubuh nanti dapat diperkasa dan menjadi pemantau kepada penyertaan bumiputera di Pulau Pinang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
ENTRI KJEE YANG TAK MUNGKIN DILUPAKAN - Ramai kata antara entri Kjee yang paling mengesan di jiwa mereka ialah pengalaman Kjee jumpa Cik Han (hantu). Mungkin pembaca baru blog ini tak sempa...
-
Umno today, Umdap tomorrow - Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The experience on the platform so far in my first fortnight since I created an account the...
-
Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue - Cops receive reports against Rafidah Ibrahim over surau issue PETALING JAYA: Police have received three reports against activist and actress Rafidah Ibra...
-
BUDI95: Semakan Kelayakan dan baki kuota RON95 - Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan program penyasaran subsidi untuk petrol RON95, yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Inisiatif ini membo...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
