Friday, December 30

Tindakan Terkejut Orang Kuat PAS Kelantan???



Memang lidah tidak bertulang. Namun manusia diberi akal untuk mengimbangi hati dan perasaan. Kerana itu, kita dianjurkan berfikir sebelum bercakap. Jika tidak, akibatnya mungkin buruk dan berpanjangan.
 
Apa yang berlaku kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamed Sabu, patut dijadikan iktibar, bukan sahaja oleh orang politik, malah sesiapa saja. Akibat menghina tentera dan polis dengan menyamakan mereka sebagai barua penjajah, sebaliknya menyanjung komunis semasa berceramah tidak lama dulu, beliau tidak lagi dihormati veteran pasukan keselamatan.
 
Kemarahan mereka sehingga tidak mahu mendengar ceramah Mat Sabu lagi. Di beberapa tempat di Johor dan Negeri Sembilan, kekecohan berlaku apabila mereka dihalang penyokong Pas kerana mahu bersemuka dengan ayam tambatan Pas ini. Usaha Mat Sabu mahu berjumpa sendiri dengan keluarga bekas anggota polis balai Bukit Kepong untuk memberi penjelasan ditolak mentah-mentah. Kemuncak kemarahan ialah apabila veteran polis dan tentera menyiarkan iklan penuh muka di beberapa akhbar harian utama bulan lalu. Seingat saya, inilah pertama kali perkara ini berlaku dalam sejarah negara kita.
 
Ucapan seorang ustaz Pas menyamakan Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan Nabi Muhammad SAW baru-baru ini juga satu contoh bercakap tanpa fikir. Ekoran itu, beliau dikecam hebat oleh masyarakat, termasuk golongan agama, dan disarankan supaya bertaubat.
 
Dalam sejarah politik negara, banyak contoh di mana pemimpin dan ustaz Pas yang bercakap tanpa berfikir atau bercakap dahulu baru berfikir. Paling diingati ialah ucapan Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang di Banggol Peradong tahun 1981 yang mengkafirkan orang Umno. Amanat Hadi ini memporak-perandakan masyarakat sehingga berlaku pulau-memulau, sembahyang dua imam, perceraian suami isteri dan perpecahan antara saudara seagama. Kesannya masih ada sehingga hari ini, sehingga mendapat perhatian Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin baru-baru ini.
 
Nik Aziz sendiri sering mengeluarkan pandangan mengelirukan. Menurut bekas kawan karibnya, Prof Madya Mohd Nor Idris, pengetahuan terhad Nik Aziz dalam banyak cabang ilmu agama menyebabkan beliau banyak menggunakan akal sendiri, tidak semestinya berpandukan nas semasa bercakap atau memberi pendapat. Kerana itulah ada pandangannya yang tidak tepat atau serong, sehingga pemimpin Pas lain terpaksa memberi penerangan tambahan atau hujah sokongan.
 
Penyakit ini sudah berjangkit kepada pemimpin DAP. Mereka pula yang menggelar pemimpin Islam sebagai ‘haram jadah’. Negeri berdaulat di bawah Raja Melayu dipanggil ‘Darul Kartun’. Kebiadaban ini adalah kerana mereka diberi galakan oleh Pas. Apabila ada pemimpin DAP mengaku mahu melaksanakan pentadbiran ala-khalifah, maka Pas mengangkat parti cauvinis Cina itu sebagai ‘lebih Islam’ daripada Umno. Pas juga tidak berasa apa-apa bila orang bukan Islam mengguna istilah ‘ALLAH’ atau menyebar Injil dalam bahasa Melayu dan tidak mahu bersama NGO Islam lain dalam menangani gejala murtad. Sebaliknya, mereka mempertahankan pemimpin DAP yang mencemari surau atau membantah azan di kawasan perumahan.
 
Tidak hairanlah berlaku pemberontakan dalam parti itu. Mutakhir ini, perang mulut antara pucuk pimpinan Pas benar-benar merimaskan peringkat bawahan, semuanya gara-gara Ketua Penerangan Pas Selangor yang terlepas cakap, atau cakap tanpa fikir.
 
Seseorang pemimpin eloknya sedar dan bertanggungjawab terhadap apa dicakapkan. Pemimpin yang bercakap merapu, berbohong atau berdolak-dalik akan hilang kredibilitinya. Ingatlah amaran ALLAH SWT: “...dan ALLAH menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.” (10:100)
Ikutlah cara Nabi Muhammad SAW, yang cukup berhati-hati apabila bercakap. Apa yang diucapkan Rasulullah SAW menjadi panduan seluruh umat Islam sehingga sekarang. 

Guan Eng Penipu!!!!!



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 2 hingga 6 April depan untuk perbicaraan kes saman malu RM30 juta difailkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kenyataan beliau mengaitkan UMNO dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam, Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Zainal Abidin dan Latheefa Koya, mewakili defendan.

Zainal Abidin, 51, memfailkan saman itu pada 24 Oktober lepas.

Selain Guan Eng yang juga Setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan, Parti Keadilan Rakyat selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn. Bhd., yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan dan Ketua penyuntingnya, Fazallah Pit.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lepas, Guan Eng telah menerbitkan suatu kenyataan akhbar melalui e-mel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu.

Zainal Abidin berkata, kenyataan Guan Eng itu antara lain membawa maksud kononnya beliau terlibat dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan penglibatan beliau dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lepas.

Beliau berkata, pada 18 Ogos lalu, Guan Eng telah mengeluarkan satu lagi kenyataan menyinggung di hadapan sekumpulan wartawan yang telah disiarkan di laman berita elektronik, The Malaysian Insider, pada hari yang sama.

Katanya lagi, antara lain kenyataan itu membawa maksud kononnya beliau telah merancang untuk mensabotaj premis parti DAP di Pulau Pinang, dan kononnya beliau terlibat dalam mencetuskan cubaan membakar premis itu.

Akibat kenyataan itu, ujarnya, ia telah merosakkan reputasi beliau dan menjejaskan kepercayaan parti induk terhadapnya.

Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripa
da terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah itu.


MKP kata:Rakyat Pulau Pinang Menanti Keputusan Mahkamah ini.

Skandal/Penafian Tak Bermakna @NurulIzzah?



Akhirnya Nurul Izzah menjawap dakwaan Malaysia Today menyiarkan satu laporan kontroversi yang pasti memeningkan kepimpinan tertinggi Keadilan.

Artikel itu mendakwa satu surat layang (a poison pen letter) yang disasarkan kepada Nurul Izzah Anwar sedang diedarkan.



Surat layang beracun ini disebarkan oleh individu tertentu bertujuan untuk memberitahu pada ahli-ahli dan juga memberi amaran pada Nurul Izzah supaya hentikan niatnya untuk membawa masuk kembali Zaid Ibrahim kedalam PKR. Kemungkinan saluran yang betul untuk menyatakan bantahan ini tidak dapat digunakan kerana kuasa veto yang dipunyai oleh keluarga Anwar Ibrahim untuk menentukan halatuju PKR.

Agak pelik bila Nurul Izzah hanya buat kenyataan yang sangat ringkas untuk menafikan perkara ini tanpa menyatakan sebarang penyelesaian atau menjalankan sebarang siasatan untuk mencari siapa yang menjadi dalang di sebalik penyebaran surat layang beracun tersebut.. sebaliknya Nurul Izzah cuba mengalih perhatin rakyat ke agenda lain..Adakah Nurul Izzah takut untuk mengambil tindakan ke atas Raja Petra yang menyebarkan surat layang beracun tersebut kepada umum di portal miliknya.

Adakah Azmin Ali akan berdiam diri dan merelakan perkara ini berlaku didepan matanya...Apakah tindakan Azmin ali seterusnya bagi memastikan rancangan jahat Nurul Izzah gagal?? Tunggu apa kesudahannya...



Nurul dipercayai mengulas satu surat beracun (email) yang diedarkan kepada ahli-ahli PKR yang mendakwa beliau sedang memujuk Datuk Zaid Ibrahim menyertai PKR semula. Dalam surat itu, Nurul dikatakan berjanji kepada Zaid untuk diberikan kerusi parlimen Petaling Jaya Selatan.
Ekoran itu, surat itu mengajak ahli PKR membantah tindakan Nurul Izzah itu. Pagi tadi, Datuk Zaid Ibrahim menafikan beliau bertemu dan berbincang dengan Nurul Izzah sebagaimana yang didakwa surat itu.
“Saya tidak tahu apa-apa tentang dakwaan ini sebab sejak meninggal PKR, saya tidak berhubung langsung dengan Nurul (Izzah Anwar) ke, Anwar (Ibrahim) ke atau pun Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah).
“Jadi jangan kaitkan saya, dia orang kena selesaikan lah sendiri masalah mereka,” kata Datuk Zaid Ibrahim kepada laman web The Malaysian Insider.
Nurul dalam kenyataannya hari ini juga meminta semua rakyat Malaysia jangan melayan surat itu. "Saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk menumpu segala usaha demi merealisasikan Malaysia yang lebih baik," katanya.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive