Saturday, December 31

Azwan Ali Tak Sabaq,Azmin Jadi MB....



INI kes syok sendiri, pengacara Azwan Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tweet kata dia dapat sumber sah, abangnya bila-bila masa akan jadi Menteri Besar Selangor yang baru.



Kawan pun mulanya tidak sedar, tapi bila timeline (garis masa) di twitter kawan asyik terbaca pasal Azwan buat self-proclamation abang dia hendak jadi MB, kawan pun tertarik juga hendak baca.
Apabila buka saja akuan twitter Azwan, baca tweet-tweet dia, terasa alahai…syok sendiri punya kaki.
Ada kawan-kawan yang turut baca tweet-tweet dia bagi macam-macam komen lucu yang rasanya tak perlu disebut di sini.
Selain tweet merencam tersebut, ada macam-macam tweet lagi termasuk yang mempersendakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.
Kok ya pun nak sokong abang sendiri, tak payahlah guna bahasa bukan-bukan sampai menjatuhkan martabat sendiri sampai naik geli geleman orang membacanya.
alt
Contoh tweetnya begini “Slm. MEDIA SOSIAL! Kata PM? IN DEMAND! Hellooo? Demand Satu Hal? Budaya BIADAP MAKI OWANG Direct mana mana Laman Owang? Ko buat Apa?”
Banyak lagi contoh, termasuk yang bahasanya kurang sopan.
Seorang kawan yang mulut lazer sikit kata mungkin Azwan dah ‘miang politik’ kot akhir-akhirnya pasal namanya sebagai pengacara makin tenggelam.
Ikut cakapnya dia cukup naik senak perut kalau tengok Azwan tampil di televisyen sebagai pengacara.
“Tah apa-apa melalut…,” katanya.
Yang peliknya, abang dia tak malu ke tengok gelagat adik macam itu? atau abang pun syok juga sebab dicanang bakal MB baru oleh adik sendiri…
Tentu Tan Sri Khalid Ibrahim geli kena geletek.
sumber AIDC

Friday, December 30

PANAS:VIDEO SKANDAL IZZAH TERSEBAR.


Mulanya kita sangkakan Nurul Izzah begitu berminat dengan abang abang tentera,hingga simpan dan tweet gambar para anggota keselamatan ni..rupanya lain benar niat beliau..

Episod bangang anak Ds Omega Ibrahim si Izzah tak berpenghujung ,kononnya eksklusiflah retweet gambar askar kononnya mau bikin persepsi geng askar pi buat mykad nak jadi pengundi hantu...
Kalau kita ni berniat dan bersangka baik,kalau kita ni seorang ahli parlimen yang bijak dah tentu kita akan siasat dan selidik.Tetapi memandangkan pihak haprak pakatan mahu memburukkan institusi keselamatan negara maka pihak tentera harus di burukkan kredbiliti mereka.

Malah haprak pakatan mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa pihak askar adalah golongan yang harus di tentang.

Selalunya pihak yang bermusuh dengan pihak tentera sesebuah negara mestilah anasir asing atau pun mempunyai agenda memerangi negara.Sebab itulah pihak haprak pakatan dilatih oleh agen asing malah diberi bantuan kewangan oleh kuasa asing untuk memburukkan negara.

Perihal gambar diatas sebenarnya anggota tentera pergi membuat kad pengenalan MyTentera.Kesemua anggota tentera wajib mempunyai kad tersebut.. Ianya bersesuaian dengan Perkara 27 (f) kepada Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) mengecualikan anggota ATM dari menggunakan Kad Pengenalan Awan DENGAN SYARAT anggota ATM mempunyai Kad Pengenalan Rasmi atau dokumen rasmi yang lazimnya dikeluarkan untuk pengenalan diri kepada seseorang anggota tentera.

Sekarang gambar diatas disebarkan kepada rakyat dan kalangan haprak pakatan untuk mengfitnah anggota tentera kononnya mereka ini sedang membuat mykad dan akan menjadi pengundi hantu,walhal haprak pakatanlah hantu dan syaitan yang sebenar apabila membuat fitnah dan menyebarkan dakyah terhadap institusi keselamatan negara.



SKRIP ASAL OLEH PISAU

Selamatkan Madrasah Salihiah.





Esok (Sabtu) isu penentangan terhadap cadangan merobohkan Madrasah Salihiah, Kanchut, Alor Setar untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks beli-belah akan sampai ke kemuncaknya. Ia berikutan satu himpunan yg turut diiringi dengan solat hajat akan diadakan oleh Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) bermula pukul 12 tengah hari hingga 5 petang. Himpunan berkenaan bukanlah bertujuan untuk menentang apatah lagi membantah keputusan Majlsi Fatwa Kedah tetapi berusaha sedaya upaya memohon agar kerajaan Pas Kedah memikirkan kembali keputusan yg telah dibuat. Majoriti umat Islam Kedah percaya bahawa keputusan merobohkan madrasah tersebut masih boleh diubah, jika Kerajaan Pas Kedah bersedia bertolak-ansur dan lembut hati.

Oleh kerana segala permintaan, rayuan dan desakan mereka seolah2 tidak mahu didengari dan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri, maka umat Islam yg menyokong madrasah berkenaan terus wujud tiada pilihan lain. Sebab itulah mereka mengadakan himpunan esok dan seterusnya diikuti oleh solat hajat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar madrasah berkenaan diselamatkan daripada sebarang tindakan atas nama pembangunan. Sememangnya kita 'kagum' dengan ketegasan Dewan Pemuda Pas kawasan Alor Setar yg tampil membuat laporan polis bagi menghalang himpunan tersebut diadakan. Tetapi kita juga ingin bertanya, apakah Dewan Pemuda Pas berkenaan sudah bertemu dengan penduduk di kawasan madrasah itu bagi mendapatkan pandangan mereka?

Tidak salah untuk Dewan Pemuda Pas menyokong keputusan Majlis Fatwa Kedah tetapi pernahkah mereka melahirkan cadangan kepada kerajaan negeri di bawah penguasaan pemimpin2 mereka untuk mengkaji semula cadangan merobohkan madrasah tersebut? Di manakah suara Dewan Pemuda Pas apabila terdapat masjid, surau dan madrasah di negeri itu dicemari oleh syarahan, kuliah dan khutbah berbaur politik?

Di salah sebuah masjid di kawasan Merbok, boleh dikatakan setiap minggu Pas menjemput ustaz2 atau penceramah yg menyelitkan unsur politik menyokong pembangkang dalam ceramah atau kuliah mereka. Soalnya, di mana suara Dewan Pemuda Pas dalam perkara ini? Bagaimana kalau Madrasah Salihiah ini jawatankuasanya terdiri daripada pemimpin dan penyokong Pas, apakah Dewan Pemuda Pas akan menyokong cadangan merobohkan premis tersebut. Apakah Dewan Pemuda Pas akan duduk diam kalau cadangan merobohkan madrasah berkenaan datang daripada kerajaan negeri atau kerajaan pusat di bawah kepimpinan BN dan UMNO. Adakah ketika itu Dewan Pemuda Pas akan meminta semua pihak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kedah? 

Justeru kita ingin berpesan kepada Dewan Pemuda Pas kawasan Alor Setar, janganlah hipokrit, kalau benar kalian adalah pejuang Islam dan begitu menghormati Majlis Fatwa Kedah maka bertindak adil dalam semua perkara termasuklah patuh kepada arahan agar masjid, surau dan madrasah tidak dipolitikkan. Kepada umat Islam di Kedah, janganlah tergugat dengan tindakan Dewan Pemuda Pas tersebut, dalam sebuah negara demokrasi mereka berhak membuat laporan polis tetapi dalam amalan demokrasi juga rakyat berhak melahirkan pendapat mereka. Tujuan perhimpunan itu bukan bertujuan membantah apatah lagi menentang Majlis Fatwa Kedah, semua umat Islam di negeri berkenaan sentiasa menghormati majlis tersebut.

Atas sebab itulah, kepada umat Islam Kedah tanpa mengira apa juga fahaman politik mereka, ayuh! mari selamatkan Madrasah Salihiah. Jangan biarkan madrasah bersejarah tersebut menyembah bumi hanya disebabkan hasrat mewujudkan sebuah kompleks beli-belah. Mereka perlu menunjukkan muafakat dan kesatuan dalam soal ini kerana cadangan merobohkan madrasah berkenaan masih boleh dielakkan. Umat Islam perlu memberi isyarat kepada kerajaan negeri supaya jangan terlalu angkuh dengan kuasa yg ada sehingga tidak bersedia untuk menimbangkan bantahan yg semakin memuncak setiap hari. Marilah tunjukkan kesatuan, perpaduan dan bantahan kita agar Madrasah Salihiah Kancot dapat diselamatkan daripada 'keghairahan' perancangan atas nama pembangunan. Allahuakhbar ….



HASIL NUKILAN JEBAT MODEN

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive