Thursday, April 25

NAZRI AZIZ PULAK MENJADI SASARAN TOMAHAN.........


Ini adalah kempen yang telah digunakkan DAP untuk menjatuhkan pemimpin UMNO. Jika pemimpin DAP dihina sebegini rupa sudah tentu meroyan dan nak saman. Tetapi DAP ini umpama "menepuk air didalam Dulang, Air terpercik kemuka sendiri" 


Ceramah anjuran DAP di Kampung Sungai Gelugor di sini malam tadi terpaksa dihentikan berikutan tiada permit yang sah.

Ceramah yang bermula pukul 9 malam itu hanya berjalan kira-kira setengah jam sebelum diarahkan oleh polis supaya memberhentikannya.

Antara pemimpin DAP yang hadir ialah Pengerusi DAP, Karpal Singh; Zairil Khir Johari, R.S.N Rayer dan Jagdeep Singh Deo.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, terdapat beberapa ceramah parti politik yang diadakan tanpa permohonan permit dan ia merupakan kesalahan mengikut Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.  
Beliau berkata, polis juga sudah memudahkan kaedah permohonan permit dengan membolehkan ia dipohon secara dalam talian sebelum dikemukakan kepada Ketua Polis Daerah untuk diproses.  
"Permohonan itu bertujuan agar pihak PDRM dapat mengaturkan kaedah sesuai untuk mengelakkan pertembungan ceramah di antara dua atau tiga pihak di tempat ceramah sama yang mungkin menjejaskan ketenteraman awam," katanya.


DAP memang mahu mencari salah PDRM. Yang MKP pelik yang hadir adalah peguam handalan takkan mereka tak paham arahan undang-undang. Memang dasar nak mencari pasal. 


Video ini menunjukkan betapa kurang ajarnya penyokong DAP  "Polis Anjing"


Wednesday, April 24

ANWAR LARI DARI MALAYSIA JIKA KALAH DI PERMATANG PAUH........... #GE13 #TolakPR


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berkemungkinan bekerja di Eropah, termasuk di Perancis sekirannya pakatan pembangkang yang dipimpinnya tewas pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

“Masanya untuk saya berundur jika kalah. Kerjaya saya sebelum ini mengajar (dan) saya ada ditawarkan kerja di Eropah saya juga akan pertimbangkan tawaran di Perancis,“ kata Anwar pada satu majlis di Johor Bharu.

Kenyataan Anwar itu menguatkan hujah bahawa Ketua Pembangkang itu menganggap PRU 13 sebagai “perang hidup mati” dalam cubaan terakhirnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar menjadikan Johor sebagai sasaran utama kempennya untuk memecahkan kubu kuat Umno dan terus membidas Menteri Besarnya, Datuk Abdul Ghani Othman.

Ghani menghadapi Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam pertembungan dua penjuru untuk kerusi Parlimen Gelang Patah.

Antara lain, Anwar menuduh pemimpin utama Johor selama 18 tahun itu sebagai gagal memastikan penyertaan rakyat negeri itu dalam projek wilayah pembangunan Iskandar.

Bagaimanapun Anwar berkata Pakatan Rakyat akan meneruskan projek mega itu jika diberikan mandat untuk memerintah. 
SUMBER KLIK 

Komen MKP: Nampak sangat Anwar terdesak nak melarikan diri dari Malaysia, Dulu semasa kes liwatnya main drama lari ke Kedutaan Turki. Mungkin Pak Sheik dah mengalah dan tahu nasibnya di Permatang Pauh. Moga ini detik terbaik bagi menoktahkan politik Gampang yang Anwar yang telah pesongkan Akidah rakyat Malaysia..


VIDEO : #SpendaStopa Part2 TERSEBAR.......... #GE13 #PRU13


Hebat Stopa Ali. Sampai sekuel filem 300 pun dengar cerita nak ikut warna spender Stopa kerana terlalu glamor.

spenda stopa sudah menjadi fenomena.
ia menjadi bualan sampaikan ke tahap...
spenda stopa ini di tayangkan di lebuhraya SILK KAJANG...

cuma aku tertanya, macamana spenda stopa saiz sebesar ini boleh di tenun?





Kini ada kecenderungan baru dalam politik Malaysia. Jika seseorang itu mahu menghapus dosa dan keterlanjurannya, maka bergabunglah dengan pergerakan politik yang baik-baik dan berjiwa Islam.

Secara mudahnya sertailah PAS. Tidak kira seseorang itu dari latar belakang apa sekali pun, PAS akan sentiasa bersedia untuk membantu membersihkan nama dan langsung menerima “taubat” mereka.

PAS medan penghapus dosa

Malah PAS sentiasa teruja untuk menerima personaliti masyarakat seperti artis, tokoh korporat selain ahli politik untuk meluahkan rasa berdosa dan memberi peluang mereka untuk berkongsi pengalaman buruk agar menjadi teladan pada orang lain.

Maka berduyunlah artis seperti pelakon, penyanyi dan juga pemuzik yang rasa lega apabila dapat membersihkan diri melalui cara taubat ekspres ini. Malah ada yang segera diangkat untuk bersyarah, berpidato dan menjadi jurubicara golongan yang sudah “suci dari dosa ini”.

Peluang ini terbuka kepada semua. Maka ramailah tokoh-tokoh korporat, penjawat awam, pegawai tentera dan polis yang memilih jalan pintas untuk menjadi orang baik-baik.


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive