Sunday, July 20

#SolidaritiJustice4MH17 KEADILAN PERLU BUAT MALAYSIA @KhairyKJ @AzwanBro


Pemuda UMNO dan badan bukan kerajaan (NGO) akan menyerahkan memorandum kepada kedutaan Russia, Ukraine dan pejabat perwakilan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk meminta pihak berkenaan menyelesaikan konflik di timur Ukraine sehingga menyebabkan pesawat MH17 terhempas dipercayai akibat ditembak jatuh.


Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun (gambar) berkata pihaknya akan meminta PBB mencari jalan penyelesaian supaya kerajaan Rusia dan Ukrine mengetepikan pertikaian antara mereka bagi memudahkan siasatan dijalankan serta membenarkan pasukan bantuan masuk ke kawasan kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa.

"Walaupun laporan ada menyatakan kejadian itu berpunca daripada tembakan misil, kita harap jangan ada pihak yang cuba melindungi pihak yang terlibat. Rakyat Malaysia terutama keluarga mangsa mahukan keadilan," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program sumbangan Aidilfitri bersama-sama anak angkat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di gedung beli-belah Mydin di Ipoh Ahad.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Ukraine yang sedang bergolak. Pesawat itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh. Lokasi pesawat itu terhempas terletak di kawasan pasukan tentera Ukraine yang sedang berjuang menentang kumpulan pemberontak pro-Russia.

Khairul Azwan berkata, rakyat Malaysia terutama keluarga mangsa yang terlibat sangat sedih dan kecewa dengan kejadian yang berlaku itu.

Beliau juga berharap kotak hitam pesawat berkenaan diserahkan kepada kerajaan Malaysia. AD

Saturday, July 19

BAJU HINA AYAT SUCI AL-QURAN... TUNGGU APA LAGI.. @Zahid_Hamidi @PDRMsia


Kalau dah sampai tahap macam nie memang dah melampau. Dah terang-terang menghina umat Islam bila berpakaian sebegini. 

Tindakan seorang wanita yang dipercayai berbangsa Cina memakai baju bertulisan ayat suci al Quran tersebar luas di laman sosial Facebook.

Ia dikatakan berlaku di sebuah pasar raya di Ampang, Selangor.

Berdasarkan gambar yang disiarkan, wanita itu dilihat ditegur seorang lelaki Arab yang berada berhampiran.

Motif sebenar wanita berkenaan menayang baju berkenaan menjadi tanda tanya.

Apakah dia tidak sensitif dengan persekitaran masyarakat majmuk di negara ini, ataupun undang-undang sedia ada belum cukup tegas untuk membendung kejadian sama daripada berulang.

Pada 15 April lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, Akta Percetakan Teks al Quran 1986 akan dipinda, bagi mengatasi masalah penyalahgunaan ayat suci al Quran.

Di bawah pindaan itu, ia akan mencadangkan hukuman terhadap beberapa kesalahan yang tidak melebihi denda RM50,000 dan 50 tahun penjara.

Friday, July 18

VIDEO KETIKA PESAWAT #MH17 DITEMBAK JATUH.....?



Perdana Menteri DS Najib Razak baru sahaja mengesahkan berita mengenai MH17. Arahan siasatan sedang dilakukan oleh pihak yang berwajib.

Ini berita yang baru diterima dah riuh dikalangan media barat, bahawa sebuah lago pesawat Boeing 777 milik MAS MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Sehingga kini ada dua tiga laporan yang mengelirukan, ada yang kata jatuh, ada yang kata ditembak jatuh.


Yang pasti pesawat tersebut membawa 295 penumpang dan anak kapal.

Berita kehilangan pesawat kedua milik MAS dalam tempoh lima bulan itu menjadi tajuk utama 'breaking news' semua agensi berita antarabangsa sebentar tadi.

Sementara itu MAS melalui akuan twitternya mengesahkan sebuah pesawatnya MH17 kali terakhir dapat dihubungi di ruang udara Ukraine.

Laporan media barat memetik sumber industri pulak memberitahu pesawat tersebut terhempas selepas ditembak menggunakan roket dari darat ke udara di wilayah Ukraine yang sedang bergolak.


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive