Tuesday, May 9

KAPTEN TERMUDA LRT @MyRapidKL Nur Aina Asmida


Berjaya pada usia yang muda bukanlah penghalang bagi mereka yang mempunyai minat yang mendalam kepada industri Rel di Malaysia. Prasarana Malaysia Berhad adalah pengendali pengangkutan awam terbesar di Malaysia membuka peluang kepada mana-mana individu yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk berjaya tidak kira anda lelaki atau pun wanita. Bermula dengan minat akhirnya gadis dari Sekincan Selangor ini berjaya menjadi Kapten LRT termuda di LRT Rapid KL. Semangat serta komitmen pada tugasan yang telah diamanahkan telah mendapat perhatian Datuk Seri Azmi Aziz CEO Prasarana.


Saya Nur Aina Asmida bt Jamaliddin, berumur 21 tahun. Saya berasal dari kampung pasir panjang, sekinchan selangor.
Saya merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik. Sebelum saya mula bekerja di Rapid Rail, saya bekerja di sebuah kedai menjual fast food di ampang. Saya bekerja di kedai tersebut selama 4 bulan. Selama saya bekerja di situ, saya akan menggunakan public transport iaitu LRT dari Maluri ke Ampang setiap hari.
Bermula dari situ, saya berminat untuk tahu tentang train. Saya berminat untuk tahu macam mana cara nak pandu dalam masa yang sama, mengendali penumpang2 yang menaiki train. Dari kecil saya memang sudah terbiasa melakukan kerja2 yang agak lasak.
Saya suka mencuba sesuatu yang baru. Saya suka mencuba kerja yang lelaki boleh buat. Bila saya tengok ada pemandu perempuan memandu train, saya terus terdetik dan berminat untuk mencuba kerja ini.
Saya bersekolah di sek.keb.sg limau (sekolah rendah), smk sg besar (sekolah menengah).
Pada mula nya keluarga saya tak membenarkan saya untuk bekerja sebagai pemandu train ini kerana kerja yang agak merbahaya dan mencabar. 
Tetapi selepas saya bertanya tentang syarikat prasarana, saya bertanya tentang macam mana kerja di rapid rail, keluarga saya membenarkan saya bekerja di sini kerana mereka tahu kerja ini ada satu pekerjaan yang bagus. 
Selepas itu saya memberanikan diri untuk saya menghantar resume dengan harapan saya mendapat kerja ini kerana saya tidak begitu yakin saya dapat kerja ini seaawal usia saya. Alhamdulillah akhirya saya dapat. Saya berterima kasih kepada keluarga saya kerana menyokong saya, rakan2 dan juga orang sekeliling saya.

Wednesday, May 3

PROJEK TELEKUNG IBADAH RAPID RAIL, BANK MUAMALAT @MyRapidKL


Bergandingan dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad, Rapid Rail Sdn Bhd – anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang mengendalikan operasi rel - hari ini bersama-sama melancarkan Projek Telekung sebagai satu ibadah untuk memudahkan urusan umat Islam yang menggunakan perkhidmatan LRT dan Monorel Rapid KL.


Di bawah program berkenaan, Bank Muamalat menyumbang telekung dan kelengkapan solat lain termasuk sejadah, kain pelikat dan tasbih bernilai kira-kira RM10,000 kepada  74 surau di stesen-stesen terpilih LRT Laluan Kelana Jaya, Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling serta perkhidmatan monorel.

Sumbangan telekung dan kelengkapan solat itu telah disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Dato’ Hj. Mohd Redza Syah Abdul Wahid pada satu majlis yang diadakan di Stesen LRT Masjid Jamek di sini hari ini.

Berucap pada majlis berkenaan, Ir. Zohari berkata telekung dan segala kelengkapan itu akan diselenggara dan dibersihkan dari masa ke semasa oleh staf dan kakitangan stesen-stesen LRT dan monorel berkenaan.


“Saya ingin mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Bank Muamalat atas inisiatif ini, yang akan memberi manfaat kepada staf Rapid Rail dan juga sebahagian besar pengguna perkhidmatan LRT dan monorel yang beragama Islam. Semoga Bank Muamalat terus dilimpahkan rezeki untuk terus menjalankan projek-projek amal ini,” kata Ir. Zohari, yang turut mengumumkan inisiatif Rapid Rail untuk menyediakan juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan ini.

Dalam ucapan beliau, Hj. Mohd Redza Syah berkata projek berkenaan adalah komitmen jangka panjang daripada Bank Muamalat sebagai sumbang khidmat sosialnya kepada masyarakat khususnya pengguna perkhidmatan LRT dan monorel.

“Apa yang disumbangkan oleh kami ini adalah teramat kecil berbanding dengan jasa dan bakti Prasarana dan Rapid Rail dengan menyediakan surau-surau dan tempat solat yang selesa. Sumbang ini adalah hanya ‘a drop in the ocean’ berbanding dengan apa yang anda lakukan,” kata beliau.

“Kami berharap sumbangan ini dapat memberi manfaat jangka panjang kepada semua pengguna LRT dan monorel dengan penyediaan kelengkapan solat seperti telekung, sejadah, tasbih, dan kain pelikat untuk kegunaan beribadah” katanya.

JANGAN GEMBIRA SANGAT BILA PAKATAN HARAPAN HANCUR...


Pakatan Harapan hanya menunggu masa untuk disemadikan sekali lagi. Lebih singkat kali ini umurnya berbanding Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.

Kehancuran PH ini lebih cepat dengan kehadiran PPBM dan PBR dan bila tumbangnya kerajaan PKR, Azmin Ali di Selangor.

Harapan untuk pembangkang bergelar kerajaan di Putrajaya sekadar tinggal harapan dan angan-angan Mat Jenin sahajalah. Sesuailah dengan nama "harapan" pun.

Sudah dua bulan lepas, PH mesyuarat tentang nama, logo dan organisasi. Akhirnya semua cadangan hanya tinggal harapan sahajalah.

Pergolakan teruk di Selangor menguatkan lagi desas-desus ini. Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali cukup tertekan sehingga terpaksa lari ke Mesir dan Morocco.

Lebih parah lagi kebanyakan Exco Kerajaan Negeri semasa era pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak ikut serta dalam rombongan Azmin.

Mungkinkah mereka ini yang disebut-sebut sebagai 4 orang ADUN Selangor yang bakal melompat parti tidak lama lagi?

Jika jadi begitu, Azmin sudah defisit sokongan sebanyak 4 kerusi di DUN. Hanya Iskandar Samad dari PAS sahaja yang dilihat enggan letak jawatan sebagai exco. Khabarnya sanggup bersama Azmin sebab dijanjikan tempat bertanding di parlimen Pandan pada PRU14 nanti.

Kalau betul Iskandar ikut keputusan cerai dengan PKR masa muktamar, bila Naib Presiden PAS itu mahu meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor ? Siapa sebenarnya Imam ikutan Iskandar Samad, Azmin atau Hadi Awang?

Krisis dalaman PPBM juga sudah semakin meruncing. Apabila Mahathir mula menghalau para ahlinya keluar dari parti itu jika tidak mahu mengikut telunjuk kepadanya. Sudah nampak ketara berlari-lari ahli PPBM keluar parti, mungkin termakan hati dengan super ego  Mahathir.

Dikala ahli-ahli UMNO berlari-lari menuju PWTC membawa Sang Saka Bangsa untuk meraikan ulangtahun ke 71 parti keramat itu, ahli parti Mahathir pula berlari keluar parti.

Begitu juga yang berlaku di Pulau Pinang. Pemimpin PAS, Salleh Man dikatakan bakal kena pecat tidak lama lagi dari 3 jawatannya yang diberikan Guan Eng. Masing-masing sudah bercelaru, saling tuduh menuduh sesat antara DAP dan PAS.

Dalam PAN juga tidak kurang hebatnya. Mat Sabu sekarang ini semakin genting untuk berada di kerusi presiden parti. Kalah di mahkamah dalam kes artikel komunis bukti apa yang Mat Sabu cakap menghina pejuang Bukit Kepong ada asasnya.

Kehadiran Husam Musa ke dalam parti serpihan itu membuatkan pengaruh Mat Sabu kian pudar, sepudar populariti partinya itu. Dipercayai Husam sedang mengintai jawatan Presiden PAN.

DAP juga tidak terlepas dari lubang kehancuran. Pendaftar Pertubuhan (ROS) mungkin akan putuskan bahawa parti 'chuavinist' itu tidak boleh lagi menggunakan logo DAP dalam pilihan raya akan datang. Ini lagi mencemaskan penguasa Pakatan Harapan berkenaan. Desakan Hadi Awang untuk hancurkan DAP nampak menjadi.

Kini PH dalam keadaan terdesak sangat. PH bukanlah lagi Pakatan Harapan sebaliknya telah menjadi Pakatan Hancur yang menunggu masa tenggelamnya kapal mereka.

Hanya mereka yang bermimpi di siang hari saja akan terus menahkhoda kapal berlubang yang sedang menunggu karam itu. Kit Siang pun mungkin akan campak keluar Mahathir jika dia bercakap benar dalam isu Forex. Abislah riwayat Pakatan Harapan.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive