Thursday, October 21

Pemimpin UMNO Perlu Bersikap Rendah Diri.

Wakil dari Melaka, Datuk Mohd Said Yusof menegur sikap segelintir pemimpin UMNO yang suka menunjuk-nunjuk sehingga menimbulkan rasa kebencian di kalangan rakyat bukan sahaja kepada pemimpin terbabit tetapi turut membabitkan parti.
Menurutnya, pemimpin seharus bersikap rendah terutama ketika bersama rakyat dan tidak perlu menunjukkan kekayaan dimiliki kerana perbuatan itu bercanggah dengan prinsip perjuangan parti untuk memperjuangkan nasib bangsa yang masih ketinggalan berbanding bangsa lain.
“Kita jangan beria-ria nak tunjuk (kekayaan).  Ketika saya jadi Ketua Pemuda Jasin, saya tengok Allahyarham Tun Ghafar Baba (bekas Timbalan Perdana Menteri), bila dia datang masjid untuk sembahyang Jumaat, dia tak duduk di barisan depan, dia duduk tepi tangga, tepi (tempat) orang ambil air sembahyang, nak tunjuk punya rendah diri dia.
“Lain pula jadi dengan segelintir pemimpin, masuk kampung tunjuk kita punya Porsche Cayenne, tunjuk kita punya baju kot mahal, mana orang kampung nak terima, silap-silap orang kampung tuduh kita makan rasuah,” katanya.
Menurutnya, dalam ingin melakukan apa jua perkara, ahli UMNO terutama pemimpin perlu memikirkan terlebih dahulu terhadap apa jua tindakan yang ingin dilakukan kerana memberi kesan kepada parti sama ada postif ataupun negatif.
Sementara itu, Perwakilan Pahang Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden, membangkitkan bagaimana akhlak Rasulullah  kepada kaum bukan Islam sehingga dapat menarik minat mereka untuk mengiktiraf agama tersebut dan kemudiannya memeluk Islam.
“Inilah cara sebenar untuk menarik golongan lain mendekati Islam dan bukannya dengan cara sanggup mengatakan tidak berbangga dengan bangsa sendiri hanya kerana mahukan undi dan sokongan dari golongan bukan Islam,” katanya yang mengulas berkaitan telatah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Jelasnya lagi, kita perlu mengaplikasikan cara hidup Rasulullah dalam setiap yang dilakukan termasuklah berani untuk berubah dan bersedia untuk melakukannya.
“Untuk lakukan perubahan bukannya hanya dengan bercakap semata-mata tetapi kita mesti ada ilmu. Jika kita tidak berilmu, tidak ada pengetahuan maka kita tidak akan dapat melakukan apa-apa untuk diri kita apatah lagi bangsa dan agama kita,” hujahnya.
Sikap agresif pihak pembangkang dalam program mendaftar pengundi baru mendapat perhatian Wakil Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin dan perlu diambil perhatian dan bukannya menganggap sebagai satu keadaan biasa.
“Survival UMNO bergantung kepada angka. Saya berasa sangat khuatir kerana di kalangan orang UMNO ramai yang masih menganggap ‘satu keadaan biasa’, sedangkan angka-angka semasa sepatutnya menggerakkan kita dalam mood peperangan.
“Kita tidak mahu orang lain mengambil alih tempat kita di Putrajaya hanya kerana kita lalai dalam memberi perhatian terhadap angka,” katanya ketika membahaskan Usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Beliau berkata terdapat 11.2 juta pengundi berdaftar di Malaysia tidak termasuk 4.3 juta yang layak mengundi tetapi masih belum berdaftar, 1.9 juta adalah orang Melayu yang layak mengundi tetapi masih belum berdaftar.
“UMNO perlu mengambil kira angka tersebut kerana sekiranya mereka berdaftar apakah mereka akan mengundi Barisan Nasional (BN) dan apakah tindakan untuk memastikan mereka memilih parti yang memerintah, yakni BN,” katanya.
Lain pula dengan Wakil Wilayah Persekutuan ,Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoffketika mengambil bahagian dalam perbahasan mendakwa wujud anggota DAP dan PKR dalam parti komponen BN yang bertujuan untuk memecahbelahkan parti.
Menururtnya, wakil rakyat haruslah tidak terbatas kepada hirarki Umno bahagian sahaja tetapi turut memberi peluang kepada anggota dipercayai dan diyakini rakyat.
“Kalau Ketua Bahagian tidak layak, kita naikkan Naib Ketua Bahagian dan kalau tidak layak juga, beri kepada sesiapa yang layak supaya kita boleh menang,” katanya.

Apa sangat beza UMNO dgn PAS? Baca sikit! FAKTA!

Bismillahirrahmanirrahim...


21 Perkara yang mungkin anda tak tahu tapi buat2 tahu ttg situasi politik Malaysia..Jgn main label org ikut fahaman sendiri..Kaji dulu....


1. Kata PAS : UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)



KEMUDIANNYA.,PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan...raya ke-11 & 12.

APA KATA ANDA?!



2. Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.



KEMUDIANNYA.. Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

APA KATA ANDA?!



3. PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”



KEMUDIANNYA.. Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carlsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

APA KATA ANDA?!



4. PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga? Babi? ”



KEMUDIANNYA.. Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?! Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

APA KATA ANDA?!


5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.



KEMUDIANNYA.. Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

APA KATA ANDA?!



6. Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata : “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”



KEMUDIANNYA.. Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”. 

APA KATA ANDA?!



7. Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.



KEMUDIANNYA.. Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

APA KATA ANDA?!



8. PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”



KEMUDIANNYA.. PAS Kedah yang baru memerintah kata : “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

APA KATA ANDA?!



9. PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.



KEMUDIANNYA.. PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

APA KATA ANDA?!



10. PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.



KEMUDIANNYA.. PAS Kedah kata : “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Datuk Seri Azizan Razak, MB Kedah)

APA KATA ANDA?!



11. PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.



KEMUDIANNYA.. PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

APA KATA ANDA?!



12. PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.



KEMUDIANNYA.. Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

APA KATA ANDA?!





13. Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.



KEMUDIANNYA.. PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

APA KATA ANDA?!



14. PAS kata : UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara



KEMUDIANNYA.. PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

APA KATA ANDA?!



15. PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”



KEMUDIANNYA.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (YB Lim Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

APA KATA ANDA?!



16. PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”



KEMUDIANNYA.. PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS? Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

APA KATA ANDA?





17. PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Pulau Pinang,Selangor dan Kedah.

APA KATA ANDA?



18. PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).



KEMUDIANNYA.. PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

APA KATA ANDA?!



19. Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46 : PAS memuji-muji Tengku Razaleigh, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.



KEMUDIANNYA.. PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?

APA KATA ANDA?!



20. PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam!



KEMUDIANNYA.. PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

APA KATA ANDA?!



21. PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.



KEMUDIANNYA.. PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

APA KATA ANDA?!



dan banyak lagi...APA YANG NAK DIKATA ANDA NANTI?!







MANA CARA ISLAMNYA KALAU LABEL ORG MACAM-MACAM KEBURUKAN? MANA? MANA? MANA?



Saya mintak maaf kepada golongan yang tidak suka dengan fakta berikut..Saya insan yang lemah..tapi saya cuba perjuangkan kebenaran dan membandingkan keteguhan perlembagaan yang diamalkan sesebuah organisasi! Islam adalah teras perjuangan setiap org Muslim...Sebelum membaca Al-Quran, kita bermula dengan 'Bismillahhirrahmanirrahim'..dan mengakhiri dengan 'Sadaqallahualazim'.. Semua orang Islam di seluruh dunia membaca permulaan bacaan dan pengakhiran yang sama..Apa bezanya antara kita? Renungkanlah!

Wakil DPJ Jepun Terkejut PM Aktif Guna Laman Sosial Dekati Rakyat

Wakil delegasi dari Parti Demokratik Jepun (DPJ), Kotaro Tamura bukan sahaja terkejut malah menganggap sebagai sesuatu yang cukup unik dan effisien apabila diberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu aktif menggunakan laman sosial untuk berinteraksi dengan rakyat.
Jelasnya penggunaan media baru seperti laman blog, facebook dan twitter merupakan satu pendekatan terbaik sebagai saluran yang membolehkan pemimpin lebih memahami kehendak rakyat.
Malah beliau mengakui pendekatan ini belum lagi digunakan pemimpin di Jepun khususnya perdana menteri di negara tersebut.
“Apa yang lebih menkagumkan saya ialah apabila Perdana Menteri anda turut mengadakan pertemuan dengan rakan laman sosial untuk bertukar-tukar pandangan tanpa sebarang sekatan.
“Ini akan membuatkan rakyat lebih dekat dengan pemimpin parti anda dan memudahkan pemimpin anda memahami apa kehendak mereka”, katanya.
Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO di sini, hari ini.
Tambah beliau lagi apa yang berlaku kepada Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun seharunya menjadi iktibar kepada UMNO khususnya Barisan Nasional (BN).
Katanya walaupun LDP merupakan parti yang tertua, berpengalaman dan banyak berjasa namun parti itu tewas dalam pilihanraya baru-baru ini kerana gagal memahami kehendak rakyat.
“Dalam hal ini rakyat mesti diutamakan berbanding kehendak ahli parti.  Kegagalan memahami suara rakyat akan membawa bencana kepada parti”, ujarnya.
Justeru beliau percaya dengan pelbagai perubahan yang dilakukan UMNO termasuk memanfatkan media baru mampu memberi kelebihan kepada UMNO untuk meraih sokongan rakyat.
Sebelum itu ketika menerima kunjungan Kotaro, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerangkan bahawa UMNO kini sedang melakukan transformasi politik.
Jelas Tengku Adnan persepsi negatif yang dilemparkan pembangkang perlu ditangkis.
“Mereka melabelkan UMNO tidak demokratik, nepotisme, eksklusif dan sebagainya.  Kita akan tangkis persepsi negatif itu dengan melakukan pelbagai tarnsformasi”, ujarnya.
Selain akan memberi peluang kepada lebih ramai ahli terlibat dalam proses pemilihan majlis tertinggi parti, UMNO juga akan mengadakan program yang mendekati rakyat.
“Selain itu UMNO juga akan menampilkan calon yang boleh menang dan popular di kalangan rakyat.  Tidak kiralah calon itu tua atau muda, yang penting parti boleh menang”, katanya. -MediaUMNO

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive