Friday, February 22

BIAR BETUL TENGKU RAZALI BAKAL JADI MB KELANTAN.......


Umum mengetahui adalah menjadi dasar rasmi pakatan parti-parti pembangkang untuk sama-sama menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan ia kesepakatan tersebut telah termaktub semenjak Ketua Umum PKR itu dipecat dari UMNO pada 2 September 1998 lagi. 

Sama ada ketika mereka bergabung dalam pakatan yang dinamakan Barisan Alternatif (BA), Barisan Rakyat (BR) dan yang terkini Pakatan rakyat (PR) yang ditubuhkan selepas PRU 12 2008, fokus mereka tidak pernah lari untuk melihat Anwar sebagai PM.

PAS yang kini merupakan parti yang paling kuat jenteranya dalam PR berbanding PKR dan DAP, juga tidak ketinggalan malah acap kali parti itu pula yang kelihatan terlebih-lebih mempromosikan Anwar sejak hampir 15 tahun dulu.

Menjelang PRU 13 ini tentunya ramai yang beranggapan PAS mahupun PR akan kekal dengan dasar yang disepakati bersama itu, apatah lagi Anwar sebagai jambatan penyatuan DAP dan PAS dalam PR sudah dilihat paling layak untuk menggalas jawatan itu sekiranya PR berjaya dalam PRU 13. 

Pun begitu, senario semasa nampaknya tidak menjurus ke arah itu apabila sumber dalaman PAS mengesahkan Majlis Syura Ulama parti itu yang bermesyuarat baru-baru ini tanpa kehadiran Mursyidul Am PAS telah memutuskan menolak Anwar sebagai calon PM.

Anwar ditolak kerana majoriti ahli Majlis Syura termasuk Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din dan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib berpandangan Ketua Umum PKR itu terlalu liberal dan mempunyai masalah moral yang sukar untuk diterima oleh majoriti pengundi Melayu Islam.

Malah kecenderungan Anwar menyokong golongan LGBT serta begitu mengambil mudah soal-soal kepentingan orang Melayu Islam dan akidah umat juga merupakan faktor sebahagian besar ahli Majlis Syura Ulama PAS cenderung untuk memilih pemimpin lain sebagai calon gantian.

Rentetan daripada itu, Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali telah beberapa kali mengadakan perundingan dengan pemimpin UMNO Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan menjanjikan jawatan PM sekiranya Ku Li berpaling tadah.

PAS juga berjanji akan memberi laluan mudah tanpa meletakkan calonnya dalam PRU 13 bagi Parlimen Gua Musang seterusnya membolehkan pemimpin veteran UMNO itu meraih kemenangan percuma semasa penamaan calon kelak.

Bagaimana pun PAS menuntut Ku Li segera berkempen untuk PAS di Kelantan selepas selesai penamaan calon sekaligus dengan maksud membantu PAS mengekalkan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN. 

Tanpa PAS sedari, Ku Li bukanlah kecil anak mudah untuk dipermainkan. Beliau sudah agak masak dengan permainan politik PAS terutama sekali sewaktu parti S46 yang diketuainya dulu pernah dikhianati oleh pemimpin PAS tatkala S46 berada dalam kedudukan yang lemah. 

Lagi pun Ku Li juga tahu, semasa namanya dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS tempohari, sebetulnya hanyalah sekadar untuk menutup hasrat sebenar PAS yang berniat untuk meletakkan Hadi Awang sebagai calon utama sebagai PM.

Demi untuk mengelakkan DAP dan PKR membantah pencalonan hadi sebagai PM, maka nama Ku Li diguna pakai dengan demikian diharapkan dapat membendung kemarahan rakan sepakatan di masa yang sama PAS berharap mendapat manfaat memecahbelahkan kekuatan UMNO di Kelantan yang tika ini sedang mengasak PAS.

Ini bukan kali pertama PAS cuba menjerat Ku Li ke dalam perangkap mereka dalam usaha propaganda PAS untuk melemahkan UMNO di negeri itu. 

Semasa PRK DUN Galas 2010 dulu PAS melalui Naib presidennya, Husam Musa juga pernah memujuk Ku Li supaya menyebelahi PAS dengan berselindung di sebalik perjuangan royalti minyak, bagaimana pun permintaan itu langsung tidak diendahkan.

Percaturan PAS sudah pun berada dalam pengetahuan Anwar dan seperti diduga Ketua Umum PKR itu nyata agak marah kerana merasakan dirinya sudah dikhianati oleh rakan sepakatan. Apatah lagi perjumpaan sulit itu sengaja dilakukan tanpa pengetahuan DAP dan PKR.

Dulu PAS pernah mengkhianati S46, BERJASA dan HAMIM semasa mereka bergabung dalam APU, lama sebelumnya PAS mengkhianati Parti Negara selain pernah sengaja keluar dari UMNO semata-mata untuk mengejar kuasa duniawi. Kini PAS cuba pula untuk mengkhianati PR.

PAS sebenarnya sedang menjerat diri sendiri, tabiat suka menikam belakang kawan bukanlah satu permainan politik yang bijak, lambat laun akan memakan diri dan PAS pula yang akan ditikam dari belakang. 


APA HAL DOCTOR NOVANDRI MENGAMUK PULAK...........

Dedahan terbaru dari MIM mendedahkan bahawa blogger pembangkang hanya menfitnah tanpa usul periksa dan mengikut hawa nafsu sonsang demi kepentingan politik untuk menghasut supaya membenci BN dan pemimpin PAS sendiri..

Ikuti pendedahan blog Dr Mim yang turut berada

MiM ingin memperbetulkan kenyataan Nik Zawawi, Setiausaha Majlis Syura PAS yang dilaporkan di dalam Harakah Daily.

Di antara kenyataan beliau :

Sementara itu, satu lagi gambar yang turut hangat diperkatakan adalah gambar Nik Zawawi bersama Shahidan, Soi Lek dan beberapa orang lagi rakyat Malaysia.

Apa yang menjadi kontroversi adalah apabila kesemua mereka dalam gambar itu menunjukkan jari telunjuk yang menyerupai 'tarade mark' 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib seawal menjadi Perdana Menteri pada 2009.  
Gambar itu sekaligus diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab membawa persoalan adakah Nik Zawawi 'mesra' Umno dan sudah menerima gagasan 1Malaysia Najib.

Sebenarnya, gambar tersebut diambil ketika Nik Zawawi menyertai Persidangan Centrist Asia Pacific Democrats International (CAPDI) kali ke-6 di Phnom Penh, Cambodia pada Disember 2010.  
Selain Nik Zawawi, turut mewakili PAS menyertai persidangan tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Menjelaskan simbol tangan tersebut, Raja Ahmad berkata, ianya bukan isyarat 1Malaysia seperti yang difitnah pihak tertentu, sebaliknya adalah simbol "One Nation Political Parties" yang merupakan trade mark kepada persidangan tersebut. 
"Itu lambang kebersamaan semua parti dalam persidangan itu. Tiadak ada kena mengena dengan 1 Malaysia pun.
"Ianya sebagai menunjukkan bahawa semua parti politik seluruh Asia Pasifik bersatu untuk politik yang matang dan bersih dan sederhana," katanya kepada Harakahdaily. 
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, MiM merupakan salah seorang daripada wakil delegasi Malaysia di International Conference Asian Political Parties (ICAPP) di Cambodia.

MiM juga telah menulis 3 entri secara langsung tentang program ICAPP itu. Di antaranya :

ICAPP yang di adakan di Phnom Penh, Cambodia masuk hari kedua. Untuk pengetahuan semua, wakil-wakil Malaysia yang hadir adalah dari wakil parti politik Malaysia. Parti UMNO di ketuai oleh DS Shahidan Kassim. Yang turut hadir ialah DS Ir Mohd Zin Mohamed, Puan Shahamin Mohd Yusoff, Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia dan lain-lain.
 

Di sana juga penulis telah berkenalan dengan 3 wakil PAS. Di antaranya ialah Dr Raja Ahmad, Ketua Lijnah Antarabangsa Pemuda PAS Pusat, Dr Ahmad Shamsuri, SU Politik Presiden PAS dan Ustaz Nik Zawawi, Setiausaha Majlis Syurah PAS.Beliau juga menjelaskan, hanya tiga parti yang menjadi tradisi dijemput pihak penganjur ke persidangan itu iaitu PAS, Umno dan MCA.MiM juga turut merakam beberapa video semasa berada di persidangan itu. Sila rujuk : 
ARTIKEL 1  ARTIKEL 2  ARTIKEL 3


Maka, pembetulan yang ingin MiM sampaikan ialah :

1. Program yang dihadiri oleh Nik Zawawi bukanlah Persidangan Centrist Asia Pacific Democrats International (CAPDI) seperti yang dilaporkan oleh Harakah. 

2. Ianya ialah International Conference Asian Political Parties (ICAPP) 

3. Raja Ahmad berkata, ianya bukan isyarat 1Malaysia seperti yang difitnah pihak tertentu, sebaliknya adalah simbol "One Nation Political Parties" yang merupakan trade mark kepada persidangan tersebut. 

4. Padahal, isyarat di dalam foto di atas tidak seperti yang dinyatakan.

5. Tatkala foto ini di ambil, simbol itu merupakan isyarat 1 Malaysia bukannya 'One Nation Political Parties'.

6. Perkara ini juga disahkan oleh rakan-rakan lain di dalam delegasi Malaysia. 

7. Correct me if I'm wrong, sebenarnya tidak ada pun isyarat 'One Nation Political Parties' semasa ICAPP di Cambodia.

Sebagai Setiausaha Majlis Syura PAS, MiM sarankan kepada Nik Zawawi supaya memperbetulkan kesilapan beliau tentang program yang beliau hadiri di Cambodia. Respons segera ini disarankan supaya kita tidak menganggap beliau tidak peka dengan program yang beliau sendiri hadiri.

Dan mengenai foto kontroversi 1Malaysia pula, MiM sangat hairan dengan sikap Nik Zawawi yang seolah-olah melenting cuba menafikannya. Teruk sangatkah jika perkara ini benar?

Padahal, Nik Aziz sendiri rileks sahaja memakai baju berlogo 1Malaysia.


MiM cabar Setiausaha Majlis Syura PAS menjawab penjelasan MiM ini. Jangan dek perkara ini, nama baik beliau tercemar dan diragui pula.

KENAPA BLOGGER MAIN CERITA ARTIS........


MKP bukan nak memburukkan sesiapa tapi kekadangan teguran yang dibuat umpama meludah kelangit akhirnya jatuh kemuka sendiri...PAS dah melangkah setapak berbanding kita walaupun kureng berjaya didalam mempengaruhi Artis serta pengikutnya..Korang jangan jadi munafik menyatakan tak pernah mengaitkan Politik dan Artis didalam blog korang...So setakat ini aje MKP nak habaq..Yang lain korang fikirlah sendiri... 

Akhir-akhir ini, UMNO begitu giat mendekati golongan Ulama selain mengadakan program-program berunsur agama termasuk yang melibatkan Ulama tersohor dari luar negara.   ‘Pembaharuan’ yang dibuat oleh UMNO ini membuktikan betapa UMNO serius dalam memperbaiki diri serta mengambil berat tanggungjawabnya mempertahankan kesucian agama Islam, kesejahteraan Umat Melayu serta sebagai ‘pengawal benteng’ kedudukan Melayu dan Islam iaitu Institusi Raja-raja Melayu.

Walaupun begitu, UMNO tidak pernah mempergunakan agama untuk kepentingan politik.   Tetapi, di masa yang sama UMNO sentiasa meminta pandangan dan mengalu-alukan penyertaan agamawan bagi memperkukuhkan ‘keperibadian’ UMNO itu sendiri.   Malah, kini desas desus bahawa UMNO bakal menyenaraikan beberapa Ulama sebagai calon PRU-13 semakin kuat kedengaran.

Antara yang disebut-sebut adalah beberapa personaliti yang cukup dikenali di dalam Ulama Muda Umno (ILMU), termasuk Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.

ILMU menampilkan golongan agamawan yang membawa pendekatan professional dalam berdakwah iaitu dengan membawa hujah-hujah akademik dan seruan ke arah perpaduan dan kemajuan bagi membawa ummah ke arah budaya yang canggih agar lebih relevan dengan dunia hari ini.

Namun, di masa yang sama kita sedar bahawa pendekatan sebegini nampaknya masih sukar untuk menarik minat segolongan besar masyarakat Islam yang sudah terlalu asyik dengan pendekatan dakwah ringan, remeh dan cetek iaitu, secara bidas, sindir, umpat, kutuk dan cela di mana pada dasarnya mengajak kepada perpepecahan, selain mengingkari ajaran Islam yang melarang kita mengambil alih kerja Allah SWT untuk menghukum dan menilai manusia lain.

Oleh itu, tinggilah harapan kita sekiranya ada di antara agamawan di dalam ILMU menceburi politik secara langsung agar dapat mengubah cara pemikiran masyarakat Islam di Malaysia.

Selain ILMU, khabar angin juga membawa beberapa nama lain yang berpotensi dalam arena politik UMNO, seperti Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan Ustazah Norbahiyah serta beberapa yang lain.

Jika semua khabar angin ini benar, maka, satu perkara pokok yang wajar difahami ialah sekiranya para Ulama ini menceburi politik maka tugas mereka bukan sahaja terhad kepada bidang dakwah dan permasalahan agama, tetapi yang lebih penting ialah mereka wajib untuk mempunyai skil untuk mentadbir dan memahami sedikit sebanyak selok-belok ekonomi.

Kita tidak mahu kawasan yang diterajui mereka menjadi seperti Kelantan, yang selamanya mundur di bawah pemerintahan ‘Ulama’.  Kita tidak mahu nama ‘Ulama’ atau ‘Islam’ diperlekeh hanya kerana mereka tidak mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik.

Apa yang menarik mengenai kesungguhan UMNO untuk memperbaiki diri dengan mendekati Islam ialah hakikat bahawa saingan paling sengit parti ini, iaitu PAS pula mengambil langkah yang seratus-peratus bertentangan.   Sejak bekerjasama dengan DAP dan PKR, PAS bertungkus lumus cuba menampilkan imej yang terbuka, sekali gus meninggalkan imej ekstrem yang menjadi pakaian parti itu.

PAS berbangga dengan artis-artis yang memilih untuk bersama PAS dan di masa yang sama, cuba menggambarkan Ulama PAS sebagai sederhana.   PAS juga tidak segan silu melonjakkan artis-artis kurang cerdik dan bermasalah seperti Bob Lokman, Abby Abadi atau Aishah sebagai ‘ikon’ mengatasi Ulama mereka.  Artis-artis ini diusung ke hulu ke hilir untuk berceramah mengajar orang lain mengenai agama, iaitu sesuatu yang baru sahaja ditemui mereka.

Akibatnya, keluarlah segala karut marut dari mulut artis-artis bingung ini seperti menuduh orang lain sebagai kafir, serta ada juga yang begitu ‘takbur’ sehingga mencabar dan berdebat dengan Ulama, hanya kerana Ulama tersebut tidak menyokong PAS.

PAS menampilkan artis-artis ini sebagai ‘bukti’ keberkesanan tarbiyah mereka.  Walhal,  apa yang terbukti sebenarnya hanyalah kejahilan artis-artis tersebut, serta kerakusan Ulama PAS yang sanggup membiarkan si jahil menyesatkan orang lain demi kepentingan politik PAS.

Namun, melihat dari kesungguhan PAS untuk membuktikan keterbukaan parti tersebut, tidak mustahil PAS akan meletakkan artis-artis ini sebagai calon PRU-13.

Jika benar, rakyat Malaysia bolehlah menyaksikan kempen pilihanraya paling meriah dalam sejarah apabila ceramah Ulama UMNO bertembung dengan ceramah artis PAS.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive