Sunday, December 28

Apa yang kita ketahui setakat ini? @AirAsia @TonyFernandes



Pesawat AirAsia jenis Airbus A320-200 dengan nombor penerbangan QZ8501 adalah milik AirAsia Indonesia.

Membawa seramai 155 penumpang, ia sepatutnya berlepas dari Surabaya untuk menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

Warganegara penumpang dan anak kapal adalah dari Singapura, Malaysia, Perancis, Korea Selatan dan Indonesia.

Kali akhir ia dikesan dalam saluran komunikasi dengan pihak kawalan lalu lintas udara (ATC) adalah ketika ia melintasi kawasan antara Tanjung Pandan, Pulau Belitung dan Pontianak di Kalimantan Barat.

KRONOLOGI

Pengarah Perhubungan Udara Djoko Murjatmodjo, Kementerian Perhubungan Indonesia dalam sidang media di Pejabat Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Wilayah II, Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, memberitahu bahawa:

Pada jam 5.36 pagi waktu tempatan, pesawat yang berlepas dari Surabaya menuju Singapura pada ketinggian 32,000 kaki. Pesawat dilaporkan mengikut laluan M635 yang biasa dilalui antara Surabaya dan Singapura.

Komunikasi terakhir dengan pihak kawalan lalu lintas udara (ATC) di Jakarta adalah pada jam 6.12 pagi. Juruterbang telah meminta untuk beralih ke arah kiri dan meminta izin untuk naik ke ketinggian 38,000 kaki.

Permintaan yang difahamkan untuk mengelak awan tersebut telah dipersetujui pihak ATC.

Pada jam 6.16 pagi, pesawat masih ada di dalam radar dan seminit kemudian ia hanya tinggal isyarat di dalam radar ATC.

Pada jam 6.18 pagi, pesawat didapati hilang dari radar dan yang tinggal cuma jejak laluan penerbangan. Data realisasi penerbangan juga tidak wujud dalam radar.

Pada jam 7.08 pagi, pesawat diletakkan dalam status fasa tidak pasti iaitu INCERFA berikutan kehilangan perhubungan. Pihak tahap awal hilangnya kontak, badan misi mencari dan menyelamat (SAR) sudah dihubungi.

Pada jam 7.28 pagi, status pesawat adalah ALERFA iaitu tahap selanjutnya yang menyatakan bahawa pesawat hilang hubungan.

Pada jam 7.55 pagi, pesawat dalam status DETRESFA iaitu sudah disahkan hilang secara rasmi.
Lokasi terputus hubungan terjadi ai antara Tanjung Pandan dan Pontianak. Pasukan SAR kini dalam misi mencari dengan mengharapkan isyarat daripada pemancar lokasi kecemasan (ELT). Setakat ini, isyarat tersebut belum dikesan.

KEADAAN CUACA

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik Wilayah Bangka Belitung, Indonesia menyatakan bahawa cuaca dalam keadaan buruk sewaktu pesawat sedang dalam penerbangan ke Singapura.

Di ruang udara wilayah tersebut, terdapat banyak pembentukan awan kumulus nimbus yang berisiko membahayakan penerbangan. Jenis awan tersebut mampu mencapai ketebalan antara 5 hingga 10 kilometer.

Begitupun, pesawat AirAsia model A320 merupakan pesawat canggih yang sudah dilengkapi radar cuaca yang baik.

REKOD PENERBANGAN

Pihak AirAsia Indonesia telah mengeluarkan maklumat mengenai jam penerbangan bagi juruterbang Airasia QZ8501. Menurut mereka, Kapten Irianto sudah menyempurnakan 20,537 jam penerbangan dengan khidmat bersama AirAsia Indonesia selama 6,053 jam.

Sementara itu, pembantu juruterbang Remi Emmanuel Plesel mempunyai jam penerbangan sebanyak 2,247 jam.

USAHA SAR

Badan SAR Nasional (Basarnas) Wilayah Bangka Belitung bimbang keadaan cuaca buruk dan gelombang tinggi menjadi halangan dalam operasi SAR pesawat AirAsia QZ 8501 yang hilang sewaktu dalam penerbangan ke Singapura.

Ketua Basarnas, Jhoni Supriadi di Pangkalpinang memberitahu, gelombang setinggi lebih dua meter menjejas kelancaran kapal yang menuju ke titik akhir penerbangan pesawat.

Menurutnya, keadaan cuaca normal memerlukan kira-kira empat jam untuk sampai ke lokasi dan cuaca yang buruk dikhuatiri akan menggandakan tempoh masa tersebut.

FAKTA RINGKAS

Nama penerbangan : Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501
Jenis Pesawat : Pesawat Airbus 320-200
Nombor Pendaftaran : PK-AXC
Jadual penerbangan : Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya, Indonesia
Destinasi Penerbangan : Lapangan Terbang Changi, Singapura
Jumlah penumpang : 162 orang (155 penumpang, dua juruterbang dan lima kru kabin)
Warganegara penumpang : 156 Indonesia, Korea Selatan (3), Singapura(1), Malaysia (1) dan Perancis (1)
Waktu perlepasan : 5.35 pagi (waktu Indonesia)
Waktu dijadual tiba : 8.30 pagi (waktu Singapura)

Sunday, December 21

MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN @NajibRazak @Azeezputera


Keadaan banjir di pantai timur Semenanjung masih belum reda dengan lapan jajahan di Kelantan semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir meningkat kepada 21,328 pagi Ahad berbanding 19,186 orang malam Sabtu.

Pada pagi ini Biro Kebajikan UMNO Malaysia telah melancarkan misi Bantuan Kemanusian pada Rakyat Malaysia yang ditimpa bencana. Ianya diatas arahan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak serta dilaksanakan oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. 

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bantuan tersebut akan diagihkan kepada mangsa di pusat-pusat pemindahan seperti di Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.

"Difahamkan kawasan yang paling teruk terjejas banjir adalah Rantau Panjang dan Tumpat dan tumpuan lebih akan diberikan di kawasan berkenaan," katanya.

Tanpa menyebut jumlah keseluruhan bantuan yang akan diagihkan, beliau berkata, tujuh buah kontena yang berisi barangan keperluan seperti beras, tilam, selipar, selimut dan lain-lain akan disalurkan di pusat-pusat pemindahan yang telah dikenal pasti.

Abdul Azeez berkata, fasa pertama bantuan ini memfokuskan bantuan di pusat-pusat pemindahan terlebih dahulu bagi memberi keselesaan kepada masyarakat.

"Fasa pertama bantuan adalah di kawasan pusat pemindahan, saya akan bincang dengan Badan Perhubungan Umno negeri berhubung bentuk bantuan susulan yang akan kita beri nanti.

"Kita ingin selesaikan di pusat pemindahan untuk beri keselesaan kepada orang ramai terutama kanak-kanak," katanya.


Setiap ibadah yang diperintahkan Allah adalah untuk meningkatkan hubungan vertikal dan horizontal secara seimbang. Hubungan vertikal yaitu hubungan kita kepada Allah ( Hablumminallah), sedangkan hubungan horizontal adalah hubungan kita kepada sesama makhluk Allah (Hablumminannas).

Islam bukanlah agama yang memerintahkan untuk hanya beribadah saja kepada Allah tanpa memikirkan kehidupan dunia, begitu pun sebaliknya tidak juga hanya mengejar kehidupan dunia saja. 

Tetapi setiap ibadah itu harus seimbang antara dunia dan akhirat. solat diawali dengan takbiratul ihrom dan diakhiri dengan salam yang mendo’akan seluruh makhluk yang ada dibumi ini. ertinya dalam bacaan solat pun ada hubungan antara Allah dan sesama manusia. 

Ada satu kisah di zaman Rasulullah iatu ada seorang ketua keluarga yang meninggalkan isteri dan anaknya untuk pergi ke suatu tempat yang jauh dari keramaian agar dapat beribadah dengan khusuk kepada Allah, sedangkan isteri dan anak-anaknya ditinggalkan kepada saudaranya yang kaya raya. semua pembelanjaan kehidupan anak dan isterinya ditanggung oleh saudaranya itu. 

Berita tersebut sampai pada Rasulullah sehingga Rasulullah mendatangi orang tersebut dan menegurnya. Rasul mengatakan bahwa jika seandainya orang tersebut meninggal maka sesungguhnya yang akan masuk ke syurga terlebih dahulu adalah saudaranya tersebut kerana telah menafkahi isteri dan anak orang tersebut yang seharusnya menjadi kewajiban orang tersebut. 

Sudah jelas bahwa dalam kisah tersebut Rasul melarang hanya mengejar kehidupan akhirat atau dunia saja. semuanya harus seimbang antara kehidupan dunia dan akhirat.


Di KOTA BARU, menurut portal banjir kerajaan negeri, kesemua mangsa banjir daripada 6,933 keluarga itu ditempatkan di 84 pusat pemindahan dengan Pasir Mas masih mencatatkan jumlah terbesar mangsa iaitu 12,008 orang yang ditempatkan di 35 pusat pemindahan berbanding 11,079 orang malam Sabtu.

Di Tumpat, jumlah mangsa juga terus bertambah kepada 5,229 orang yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan berbanding 3,861 orang sebelum ini.




Keadaan cuaca yang mendung disusuli sesekali hujan lebat masih berlaku terutama di kawasan pedalaman negeri ini.

Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kuala Krai berkurangan kepada 1,928 orang yang ditempatkan di lapan buah pusat berbanding 2,452 orang sebelum ini.

Di Pasir Puteh pula, 619 orang ditempatkan di empat pusat pemindahan, Tanah Merah (619 orang/14 pusat pemindahan), Kota Baharu (336 orang/empat pusat pemindahan) dan Jeli (216 orang/empat pusat pemindahan), menurut portal itu.


Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan dan jumlah yang terkorban akibat banjir gelombang kedua di negeri ini sejak 16 Dis lalu masih kekal empat orang.


Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman mengingatkan penduduk agar mematuhi arahan agar berpindah sekiranya kawasan penempatan mereka mengalami banjir.

Beliau juga turut mengingatkan penduduk terutama kanak-kanak agar tidak bermain banjir bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Saturday, December 20

PENYOKONG #HARIMAUMALAYA DISARAN GUNA LRT @MyRapidKL #AFFSuzukiCupFinal2014


Demi memastikan para penyokong Harimau Malaya turun beramai-ramai menyokong pasukan bola sepak nasional, Rapid Rail Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan LRT di Lembah Klang, akan meletakkan tren-tren Rapid KL dalam keadaan bersedia atau ‘stand-by’ untuk memastikan perjalanan selesa untuk para penggunanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Haji Khairani Mohamed, dalam satu kenyataan hari ini,
berkata para penyokong tidak perlu bimbang kerana Rapid KL akan memastikan masa
perkhidmatan LRT yang sesuai.

“Oleh kerana perlawanan dijadualkan bermula pada 8 malam dan dijangka berakhir
sebelum 10 malam, pihak RapidKL tidak perlu melanjutkan waktu perkhidmatan biasa.
Bagaimanpun, pihak operasi RapidKL akan memantau keadaan bagi memastikan
keperluan untuk melanjutkan perkhidmatan.

“Kami juga akan meletakkan kakitangan tambahan di stesen-stesen strategik khususnya di
Stesen Bukit Jalil bagi memastikan perjalanan lancar pada malam itu,” kata Khairani, yang
juga Pengarah Kumpulan Divisyen Rel Prasarana Malaysia Berhad.

Tewas 0-2 pada saingan pusingan pertama di Bangkok malam tadi, peluang masih terbuka
kepada skuad Harimau Malaya untuk memenangi kejuaraan Piala AFF Suzuki 2014
khususnya berdasarkan prestasi hebat memenangi saingan pusingan kedua separuh akhir
ketika menentang Vietnam tempoh hari.

“Dengan sokongan padu daripada rakyat Malaysia, Harimau Malaya mampu mengaum
semula. Apapun, kami memang menjangkakan kedatangan penonton yang ramai pada
hari Sabtu ini,” tambah Khairani.

Menyarankan para penyokong untuk menggunakan pengangkutan awam khususnya
perkhidmatan LRT Laluan Ampang untuk terus ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Khairani
berkata mereka boleh memilih untuk meletakkan kenderaan mereka di Kompleks Parkir
Bertingkat Stesen LRT Ampang, Kompleks Parkir Bertingkat Stesen LRT Gombak ataupun Parkir Bertingkat DBKL Tasik Selatan dan Sungai Besi bagi meneruskan perjalanan
menggunakan perkhidmatan LRT.

“Untuk memastikan perjalanan lancar dan pantas, kami juga mencadangkan para
pengguna menggunakan Kad MyRapid. Pastikan anda mempunyai nilai yang mencukupi
sebelum memulakan perjalanan ke Bukit Jalil.

“Ataupun, sekiranya anda menggunakan token, anda digalakkan membeli token untuk
pulang di Stesen Bukit Jalil sebelum keluar ke stadium. Token-token akan mula dijual pada 3
petang Sabtu ini,” tambah Khairani.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive