Friday, March 26

SELAMAT BERSIDANG @AZEEZPUTERA

 

Saudara saudari sekalian seluruh ahli umno. Dalam berpolitik, musuh tidak perlu dicari kerana ia datang dengan sendiri.

Kebiasaannya ia datang daripada luar dan adakala daripada dalam juga. 

Selalu juga didengari pendapat seberapa ramai sukakan kita, begitu juga yang tidak menyukai.

Dalam keadaan sebegini, biarpun nahkoda bersilih ganti, kapal yang dikemudi pasti akan diserang. 

Saudara saudari sekalian, tsunami PRU-14 hampir menenggelamkan kapal UMNO ini. 

Kita betulkan sauh dan menampal bocor kapal UMNO yang hampir tenggelam.

Kita layari semula bersama rakan-rakan yang masih setia menuju destinasi kemenangan. 

Biarpun sebahagian rakan-rakan itu masih muda, kita bersama utuh membelah badai bergelora.

Saudara saudari, munajat UMNO kerana sebuah perjuangan.

Percayalah, orang yang dizalimi Allah tidak pernah menolak doanya.

Biar apapun yang menerjah, berikanlah perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. 

Rakyat amat merindui perkhidmatan UMNO dan BN.

Lawan kita tidak pernah kuat. Kita tewas kerana kita sendiri lemah dan berpecah.

Pada masa yang masih ada, perbaikilah kelemahan ini. 

Kita boleh berbeza pendapat dan kita raikan. 

Jangan kerana perbezaan pendapat kita menimbulkan kabilah.

Pelajarilah sesuatu bagaimana sejarah tumbangnya kerajaan zaman lampau.

ERTI SAHABAT SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN @azeezputera


"Orang Mukmin bagi orang Mukmin yang lain itu laksana satu binaan, yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain."  (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Terubat kerinduan saya pada sahabat yang selama ini sentiasa ada dalam ingatan saya namun sekian lama terputus hubungan. 

Tercari-cari di mana Abg Nazri dan khabar beliau, kemudiannya Allah mempertemukan kami sewaktu saya dalam perjalanan menziarahi mangsa ribut di kawasan Rumah Murah, Baling

“Tok, saya kena stroke tok.. dah 2 minggu, tapi Alhamdulillah masih boleh berjalan ni”....

Perlahan suara Abg Nazri memaklumkan pada saya keadaan beliau.

Begitulah dugaan dan ujian Allah. Buat mereka yang masih sihat kunjungilah yang sakit dan kurang bernasib baik. 

Hargailah sahabat dan teman-teman yang ada selagi hayat masih ada.

Azeez Rahim

#DiariAzeezRahim

#Azeezrahimrakyatbalingberpisahtiada

#Balingdihatiku

#AzeezRahim

Wednesday, March 24

Huma toksah takut dengan vaksin COVID-19 @azeezrahim

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

1. Apa khabar semua? Saya doakan semua berada dalam keadaan yang sihat khususnya rakyat Baling yang sangat saya kasihi. Pada pagi ini, saya telah menerima vaksin untuk kali kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Razak, Baling. Alhamdulillah, tiada apa apa kesan sampingan yang saya alami. Malah, saya jadi lebih aktif dan lebih bersemangat untuk membantu rakyat. Saya yakin dan percaya asbab dari Vaksin ini dapat menjadi penghalang kepada Virus Covid-19 untuk menular dalam diri kita dan orang sekeliling yang kita sayangi. 

2. Huma toksah takut dengan vaksin ni, InsyaAllah dengan Izin Allah vaksin ini menjadi asbab untuk melawan Cobid ni. Huma dah daftar dak lagi nak cucuk vaksin ni? kalu tak daftar lagi, gi daftar cepat - cepat. Lindungi diri lindungi semua. “Mencegah lebih baik daripada mengubati”. 

3. Vaksin dihasilkan daripada sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang dimatikan atau dilemahkan, atau dari protein subunit pada virus. Selain itu, Antigen dalam vaksin bertungsi untuk merangsang sistem imuniti tubuh. 

4. Kebaikan Vaksin adalah membantu sistem imun mengenalpasti supaya sistem imun cukup bersedia diserang kuman sebenar.

Kepada Rakyat Baling yang saya kasihi, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Baling menyediakan perkhidmatan pendaftaran suntikan vaksin. Jika maklong, paklong, adik, kakak memerlukan bantuan untuk pendaftaran suntikan vaksin boleh hubungi : 

+60 19-417 6016 - Parlimen Baling (Yana)
+60 19-412 9016 - DUN Kupang (Salbiah)
+60 19-435 5016 - DUN Bayu (Saffwan)
+60 19-433 7016 - DUN Kuala Ketil (Nursiah)

#AzeezRahim
#BalingDiHatiku
#AzeezRahimRakyatBalingBerpisahTiada

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive