Ng Minta Maaf Tunduk Malu Tak Terhingga,Bila Nak lepas Jawatan?
Akhirnya Ng Wei Aik, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang dikecam kerana bertindak kasar dan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap seorang pemilik kedai nasi kandar di sini Ahad lalu, memohon maaf secara terbuka dan mengaku telah keterlanjuran.
"Saya dengan hati yang ikhlas ingin memohon maaf atas ketelanjuran saya pada hari itu dan tidak mahu ia berpanjangan dan sudah sampai satu tahap perkara ini perlu berakhir tanpa sebarang pertikaian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau juga hari ini menemui dan memohon maaf kepada Syed Kassali Mohamad Aliyar, pemilik Restoran Mohamed Aliyar selain kepada pekerja dan seluruh komuniti India Muslim kerana perlakuannya itu.
Semalam, dalam satu kenyataan, Ng berkata beliau sedia meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang jika terdapat bukti beliau telah meluahkan kata-kata berbaur perkauman itu.
Ng juga telah memberi keterangan lebih satu jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut semalam berhubung dakwaan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman itu.
Isnin lalu, Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) memberi tempoh seminggu kepada Ng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Komtar dan Setiausaha DAP Pulau Pinang, supaya memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman terhadap pekerja restoran itu.
Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed, berkata kenyataan Ng itu begitu biadab dan mengguris hati masyarakat India Muslim di negara ini.
Ng didakwa mengeluarkan ungkapan "Tutup kedai, balik India" terhadap pekerja restoran itu.
Syed Kassali yang dikunjungi Ng di kedainya tengah hari tadi berkata, beliau akan berbincang dengan KIMMA dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) untuk tindakan selanjutnya kerana laporan polis sudah dibuat terhadap Ng.
"Insiden ini telah mengakibatkan perniagaan saya merosot sehingga 50 peratus dan terpaksa menanggung kerugian RM30,000 sejak kejadian Ahad lalu," katanya kepada pemberita.
Dalam kejadian pada malam Ahad itu, Ng dilaporkan bertindak kasar terhadap Syed Kassali dan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman itu semasa beliau menyertai anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang menyerbu restoran itu. - BERNAMA
My Blog List
-
Barisan TV Samsung Neo QLED 8K Baharu Diumumkan Dengan Penekanan Ciri AI
-
Acara Unbox & Discover 2024 kali ini memperlihatkan Samsung menawarkan
barisan TV Neo QLED 8K baharu. Penekanan telah diberikan kepada ciri AI
yang diint...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh
-
The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac.
Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking
the 15th...
-
DELIMa : Login Aplikasi DELIMa 2.0 KPM
-
Untuk memenuhi tuntutan semasa, DELIMa telah ditingkatkan dengan
mengintegrasikan tiga aspek penting: pembelajaran peribadi, peningkatan
pengalaman penggun...
-
JELI PENYEJUK BADAN
-
Sejak akhir2 ini, cuaca sekejap panas terik, sekejap hujan lebat,
buatkan badan kita semua tak selesa. Dalam cuaca terang benderang tetiba
huja...
-
Lihatlah #OOTD Raya Artis Kita, Mana Paling Lit & Glamor?
-
Lihatlah #OOTD Raya Artis Kita, Mana Paling Lit & Glamor? Syawal dirai
dengan penuh kegembiraan dan selepas sebulan berpuasa. Dan pastinya, amalan
saling...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM
-
------------------------------
Like | Follow | Subscribe
Telegram (Please Join)
Facebook (Please Like)
Twitter (Please Follow)
Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
-
Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan
sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.
'Duduklah dengan ka...
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2011
(1336)
-
▼
January
(44)
- Normalam Sudirman,Terimalah Hakikat Bulan Tak Meng...
- Live!Keputusan Terkini PRK N05 Tenang
- Perginya Rakan Seperjuangan.Al-fatihah.
- Semangat 1Malaysia BN Tanjong Prihatin Terhadap Ma...
- Guan Eng DAPig ‘lembu punya susu, sapi dapat nama.’
- Serangan Peribadi Helah Terakhir PAS_PIS_PUS.
- Kibar bendera parti politik pada kenderaan salah
- Kerajaan Selangor Masih Hendak Bermimpi Pada Siang...
- Ranking Terbaru Blog Mesra Barisan Nasional Oleh T...
- Saya Anak Jantan, Ayuh Kita Berdailog! – Ahmad Maslan
- Lim DAPig Kaki Kencing,Bau Pun Hancing.
- Badrul Hisham Mahu Halang PRK
- Presiden MCA,Berkempen Biar Cara Yang Elok,Jangan ...
- Terdedah penyebaran risalah palsu.Biar betul?
- 100 anggota PKR Tasek Gelugor keluar parti, sertai BN
- Malaysia diperakui negara Islam contoh.
- ADUN Merlimau Sah Meninggal Dunia Sebentar Tadi
- Anuar,Kenapa Cakap Cam Tue.Takut?
- Calon BN N05 Tenang.Berjanji Memberi Yang Terbaik.
- Al-kisah Pak Kob Di Lebuh Melaka.
- Ciri-Ciri Calon Pilihan Raya.
- Alahai!!! Nasi Lemak Tidak Halal?
- TINDAKAN ‘PILIH BULU’
- Suraini dilarang ke sekolah
- Biro Pemikir dan Golongan Profesional dan Biro Pen...
- Ng Minta Maaf Tunduk Malu Tak Terhingga,Bila Nak l...
- Majlis Perkebumian Allahyarham "Aku Yang Gambi"
- Umi Hafilda Pula Cabar Anwar, Azmin Debat Kes Liwat
- UMNO Pulau Pinang perlu yakinkan rakyat untuk kemb...
- ADUN KOMTAR MENGAKU.
- Novel Interlok mangsa politik
- Pemuda Umno Pulau Pinang Turun Padang.
- Belia.
- Gestapo DAPig.
- Apakah UMNO Pulau Pinang Masih Releven
- Ng Wei Aik Sanggup Bersumpah,Itu Tiru Sapa?
- Ng Wei Aik Bacul.
- DAP Parti “Racist” Tulen,Demontrasi Akan Diadakan(...
- Peniaga Nasi Kandar Buat laporan Polis Terhadap Se...
- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhai...
- DAPig Hilang Pengundi Hanya Kerna?
- Tonto Video Cetak Rompak lebih Hebat Daripada Peng...
- Realiti Dan Fantasi 2011
- Selamat Tahun Baru 2011
No comments:
Post a Comment