Wednesday, January 26

Saya Anak Jantan, Ayuh Kita Berdailog! – Ahmad Maslan





Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau sedia berdailog dengan Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), mengenai 20 perkara yang dibangkitkan berhubung masalah Felda.



Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, beliau tidak gentar berdailog kerana Felda mempunyai semua jawapan mengenai pertanyaan yang dibangkitkan itu.
“Dia selalu menyebut kalau anak jantan, sila sahut cabaran debat. Hari ini saya pula ingin mencabar beliau. Kalau anak jantan, sila sahut cabaran dialog bersama saya.
“Dialog lebih berkesan untuk menyelesaikan isu dan perkara yang akan dikemukakan kerana masanya tidak terhad seperti debat. Dialog lebih berhemah dan mampu memberi banyak faedah demi kepentingan masyarakat Felda. Debat tidak selesaikan perkara yang hendak diutarakan oleh mereka, lebih kepada publisiti saja, banyak sentimen.
“Dialog boleh menjurus kepada mencari jalan penyelesaian, dialog boleh kita buat seharian atau 2 hari, debat cuma sejam atau paling tinggi dua jam dan tidak selesai masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di pusat media Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, di sini, hari ini.
Kesedian  Ahmad  berdialog dengan Mazlan merupakan jawapan balas yang kedua setelah cabaran debat dalam bentuk yang sama tidak mendapat sambutan daripada Pengerusi ANAK  pada satu ketika dahulu.
Ahmad seterusnya menjelaskan dakwaan bahawa Felda tidak prihatin kepada generasi kedua dan ketiga Felda khususnya dalam soal pengagihan tanah adalah tidak benar .
“Kita mempunyai 330,000 hektar tanah di seluruh negara manakala di Sabah sahaja kita mempunyai 87,000 hektar. Kalau kita nak agihkan kepada generasi kedua dan sebagainya, ianya tidak adil kepada yang lain.
“Namun Felda sama sekali tidak pernah meminggirkan mereka kerana kita turut menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti yang saya tekankan di atas tadi.
” Kita juga turut memberi tumpuan membangunkan kawasan berkenaan dalam usaha membantu menghapuskan miskin tegar dan sebagainya. Hari ini peneroka tidak lagi tergolong dalam kumpulan miskin tegar,” katanya.
Menjawab pertanyaan, Ahmad berkata, dailog itu boleh dibuat secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh presiden ANAK itu.
“Saya bukannya takut berdebat malah saya sudah berdebat sejak di sekolah
menengah lagi.
“Berdebat selama sejam mana cukup, saya boleh beri dua hari untuk berdialog dan kita mempunyai semua jawapan kepada 20 perkara tersebut,” katanya.
Beliau berkata berkata Mazlan boleh menerima cabarannya pada bila-bila masa selepas pilihan raya kecil ini.
Anak menyerahkan 20 perkara itu kepada Ahmad pada November tahun lalu yang mana antara lainnya melibatkan isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80,000 dalam masa tujuh tahun, dan masalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.
Mengenai perjalanan kempen pilihan raya itu, Ahmad berkata, parti itu dan Barisan Nasional (BN) menggunakan pendekatan kempen dari rumah ke rumah dan bukannya mengadakan ceramah untuk menarik pengundi.
Beliau berkata sasaran majoriti 5,000 undi yang dianggap sebagai motivasi oleh jentera parti boleh dicapai pada hari pembuangan undi nanti.

1 comment:

Megat Alam Gempita said...

Jangan layan si haprak Mazlan tu sangat Dato' dia sengaja nak korek rahsia Felda untuk kepentingan Singapork dan DAP.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive