Sunday, September 11

Khalid Samad...Lu Pikir La Sendiri.



Ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam Khalid Samad dikatakan tidak akan dijemput menghadiri acara rasmi sempena lawatan Yang Di Pertuan Agong  Tunku Mizan Zainal Abidin ke Selangor pada 21 hingga 23 September.Andai benar tindakan itu, bermakna Sultan Selangor mungkin sudah murka dengan tindak tanduk Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu yang begitu kritikal terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Tidak perlu dIulas apa perbuatan Khalid tetapi beliau cukup ‘garang’ menghentam JAIS dalam isu pemeriksaan gereja Methodist Damansara  Utama dan kes beliau akan didakwa kerana memberi tazkirah tanpa tauliah.
Menyerang agensi agama itu sama juga menyentuh Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam negeri.
Baginda Sultan sudah berulangkali mengingatkan tidak membenarkan mana-mana pihak jadikan masjid dan surau di negeri Selangor sebagai gelanggang politik.
Khalid yang didakwa JAIS beri takzirah di sebuah surau di Taman Seri Sementa ,Kapar,Klang pada 16 Ogos di mana beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada bulan 24 November ini.
Tengahari Khamis lalu Khalid yang juga Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor beri sidang akhbar di ibupejabat PAS Pusat di Kuala Lumpur menyentuh tentang tindakan JAIS ke atasnya.
Katanya beliau pernah memohon tauliah tetapi ditolak. Beliau mempersoalkan tidak menerima jawapan berhubung penjelasan yang dimintanya mengenai alasan tidak diberi tauliah kerana "kerana mempunyai rekod jenayah".
Namun, sumber memberitahu Agendadaily, Khalid tidak ada kelulusan agama sama ada berbahasa Arab atau belajar syariah.
Khalid cuma ada gelaran Ir atau engineer, bahasa Melayunya jurutera.
Apapun, sebagai pemimpin yang mendakwa mewakili parti memperjuiangkan Islam, Khalid tidak patut memersoalkan sampai boleh menyinggung perasaan Sultan Selangor selaku ketua agama negeri.
Sama ada beliau dendam peribadi dengan Exco Agama Datuk Dr Hasan Ali mahupun Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohd Adzib Mohd Isa, Khalid patut menangani masalah peribadinya secara profesional sama seperti jurutera  menyelesaikan masalah kerja mereka.
Bagaimanapun, Khalid memilih menjolok sarang tebuan.
Andai benar, beliau tidak diundang ke majlis rasmi lawatan Yang di Pertuan Agong nanti, Khalid sudah boleh pikir nilai yang harus beliau bayar untuk meneruskan karier politiknya di Selangor.
Pengundi mahupun rakyat Selangor di Shah Alam mungkin akan fikir dua kali untuk memangkahnya dalam pilihanraya umum akan datang kerana boleh dianggap membelakangkan sultan yang juga Payung Negeri.
Justeru, amat wajar sekali jika Sultan Selangor bertindak demikian sebagai peringatan kepada mana-mana pihak supaya berpijak di bumi nyata.
Banyak yang PAS perlu tanggung akibat Khalid selain Mohamad Sabu yang kini berdepan ‘ancaman’ komunis dan ‘telefon sex’.
Jangan terkejut kalau terdengar sok sek ada perwakilan pada Muktamar Agung PAS lalu yang mengundi Khalid dan Mat Sabu sudah mula geleng kepala. 
AgendaDaily

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive