Friday, December 11

NASIHAT BERANI MATI.....


Setiap tahun wakil yang sama memberikan ucapan di Perhimpunan Agong UMNO. Mana tidaknya setiap kali membuka mulut sudah pasti ada yang kena atau terkena. Gelaran Harimau Pulau Pinang memang layak diberikan pada Datuk Musa Sheik Fadzil ini.

Ketua UMNO bahagian Bukit Mertajam yang MKP kenal ini mudah didekati senang dibawa berbincang. MKP suka cara serta gayanya memberikan teguran pada pucuk pimpinan yang berada diatas pentas semasa PAU 2015.

Jangan hanya pandai bercakap semasa perhimpunan Agong UMNO sahaja tolong jaga Ahli UMNO di Pulau Pinang sama. Hebat bercakap tak semestinya semua janji dikotakan...



Wakil Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang itu dalam ucapannya mengingatkan bahawa tindakan mengaibkan Presiden UMNO sama seperti mengaibkan ahli-ahli UMNO yang lain.

Beliau juga mencetuskan suasana gamat dalam Dewan Merdeka,PWTC bila beraksi macam seorang pengarah...mengarahkan para perwakilan serta barisan pimpinan UMNO diatas pentas bangun dan bersetuju dengan saranannya.

Musa meminta para perwakilan bangun dan berikar tanda setia, bekerja kuat dalam satu pasukan menjelang PRU-14 dan seterusnya menyokong Presiden UMNO dan kepimpinan parti.

Kemudiannya meminta pula ahli Majlis Tertinggi termasuk Najib yang berada di pentas utama bangun sebagai tanda bersetuju untuk merapatkan kembali barisan dan menghentikan sengketa.

Musa dengan nada tegas mendesak Dr Mahathir memberhentikan tindakan beliau mengaibkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya tindakan itu bermakna mantan Perdana Menteri tersebut turut mengaibkan dan memalukan pemimpin serta ahli-ahli UMNO yang lain.

Baginya adalah perkara biasa setiap pemimpin mempunyai kelemahan dan ia seharusnya dibincangkan dengan cara yang lebih baik supaya rakyat tidak memandang negatif terhadap Presiden parti.

"Tun, (setiap) menteri semua ada kelemahan, saya merayu, kami semua merayu sungguh-sungguh, hentikan roadshow, hentikan apa sahaja memburukkan Presiden, duduk diam-diam, kalau geram sangat tak payah cakap," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di perhimpunan itu.

Perbahasan ucapan dasar Presiden ini dikira paling mencuri perhatian kerana ia akan berkisar kepada isu-isu semasa parti dan kerajaan.

"Kami pun sayangkan Tun, kalau nyamuk gigit Tun, kami sanggup tampar nyamuk biar bagi hancur, ini Tun mengata Presiden, (bermakna) Tun mengata dekat kami juga, Tun hina Presiden, Tun hina kami juga," katanya.

Menurut Musa, setiap persoalan yang dibangkitkan Dr Mahathir perlu diselesaikan dengan Presiden sendiri.

"Tun dulu ada masalah juga, buat macam-macam, buat tol, kita tak setuju pun tapi kita tak kata apa pun, sebab kita dah setuju untuk selesaikan sama-sama.

"Kalau ada masalah, pergi dalam bilik, bertumbuklah dua orang. tapi jangan aib Presiden kita, mari sini tolong kami, kita aturkan, jangan balun Presiden, kami tak boleh tahan," tambahnya.

Dalam masa sama, beliau turut menggesa supaya Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berhenti daripada terus mempersoal isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Ini kerana, tugas mencari dana politik adalah peranan utama seorang Presiden dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan banyak pihak.

"Tak payah pertikai mana dia nak dapat duit, dia nak ambil duit dekat dunia mana pun biarkan, janji dia jaga kita, tak payah cerita 1MDB atau RM2.6 bilion lagi, cemuih dengar..Presiden cari duit, kita nak pertikai pasal apa?

"Jadi Timbalan Presiden jangan ada roadshow, (kalau nak buat) datang sini ke negeri (Pulau Pinang, jangan cakap soal Presiden, tapi cakap pasal nak perkasakan UMNO.

"Kalau cakap lagi nak balun Presiden, kita boleh 10 kali balun lebih dari itu, jangan biar kami buat keputusan minta diadakan Mesyuarat Khas," tegasnya.

Jelas beliau, sepatutnya semua pemimpin UMNO perlu bersatu membantu Presiden dalam memperkasakan parti dan memikirkan strategi utama untuk memenangi Pilihanraya Umum (PRU) ke-14.

"Tolong Presiden duduk satu nakhoda, biar Presiden buat keputusan, yang lain ikut, jangan jadi batu api, jaga sama aib orang keliling kita," ulasnya.

Dalam ucapan itu juga, beliau turut meminta Presiden, Timbalan dan Naib Presiden bersatu kembali dan mencari titik perpaduan demi parti keramat UMNO.

"Kami menggesa bila Presiden buat ucapan penangguhan, Timbalan dan Naib-Naib Presiden bersatu kembali, berbaik-baik semula.

"Kita nak semua ni berpeluk nanti, tak nak lagi mereka bergaduh, kembalikan kesatuan untuk perkasakan UMNO, kalau tidak yang bawah ini ganti tempat atas, kami ambil alih pimpin UMNO baik-baik," ujarnya lagi sambil mendapat tepukan gemuruh daripada semua perwakilan.

11 comments:

Anonymous said...

HIDUP MELAYU MAMAK PADUKANG PENANG !!!!!!

Anonymous said...

Ayahanda yang dihormati.
Presiden UMNO sekarang kuat minum ketika berucap. Air con PWTC sejuk gila, orang puluh kali ulang bilik air tapi presiden teguk air mineral semacam!Ayahanda pulak saban tahun pandai gaya bila berucap. Memang betoi banyak pengalaman.
Nak tanya? Agak-agak orang Penang sokong YAB PM DSN?

Anonymous said...

UMNO /Melayu Penang dah hancuk hang nak cakap lagi!!!

Ted Manoff said...

Mulut ada cakap saja lah..apa punya ngok la anon diatad

Anonymous said...

Komposisi tua-muda dalam umno yg seimbang. Yg tua menasihati yg muda ... yg muda hormat yg tua. Kerana merekan lebih memahami lebih2 lagi keadaan yg berlaku di negeri mereka. Maka kita dengar lah & ambillah iktibar ...

Anonymous said...

Umno mudah lupa dan nak lingkup..kah..kah..kah..

Anonymous said...

Yang gila terus gila...gila krn buat perjanjian bodo dan bangang shgga rakyat kesusahan..
Akibatnya jentera skrg jadi mangsa...semuanya krn gila nak tlg bangsa asing yg dh nyata kaya.
Apa lagi mrk nak...nak bina kubur mcm kubur mrk siap ada aircon dgn wang juta2..bilion2 tu!!!
Bodo dan bangang manusia munafik yg tak sedar diri.Sial krn mrk lupa sejarah bagus mrk juga dicemari dgn taik!!!Tapi malang...melayu mudah lupa...yg merujuk kpd empunya......

Anonymous said...

Kepada pencacai DAP berbangsa Melayu yg berada didalam DAP, PKR dan PAN ambil lah ikhtibar dan gunakanlah akal yang telah ALLAH kurniakan dengan sebaik-baiknya. Selagi manusia itu bermatlamatkan duit dan kuasa memang tidak akan kemanalah matlamat hidupya selama hidup dibumi ALLAH ini. Setiap manusia itu didalam kedaan tidur, mereka hanya hanya akan tersedar dan terjaga setelah mereka meninggal dunia nanti.

Berpegang teguhlah pada tali ALLAH dan jauhi mana-mana pemimpin yang mengajak kita untuk berpecah-belah dan bermusuh sesama ugama dan bangsa. Hanya dengan tali ALLAH lah maka negara ini mampu untuk diteruskan kesinambungan hidup yang aman dan sentosa utk semua orang tak kira apa pun bangsa dan ugama mereka.

Insyallah.

Anonymous said...

pencacai DAP takpe..

pencacai negara china jual elektrik

pencacai US TPPA..

pencacai bini

pencacai Jho Low bugis peranakan cina

lagi tk guna

menyusahkan rakyat

Anonymous said...

KUB Bkt.Martajam ni adallah satu contoh PARIA dan penjilat tegar.Pasal mengampu dialah yg no.satu.Masyuk kot


PAK SUKIMAN POULUS said...

perkenalkan indentitas saya
nama :SUKIMAN PAULUS
pekerjaan : pembantu di malaysia
tempat tinggal : malaysia-kuala lumpur - Lorong E1-Taman sastria jaya - jln.stutong stamping (SARAWAK)
tempat asal ; NTT - desa TARUS - KEC.KUPANG TENGAH - KAB.KUPANG
maaf kalau koment ini tak sopan
saya pak PAULUS seorang TKI dari malaysia curhat melalui pesan ini kepada semua teman2 yang di indonesia maupun yg di luar negri
bahwa selama saya tinggal di malaysia kurang lebih 4 tahun tidak digaji sama majikan saya karna hutang sudah banyak pasang angka togel tak perna tembus ..
selama 4 tahun juga saya di malaysia menderita .ingin balik ke indo tapi tak punya ongkos balik dan itu sempat membuat saya putus asa.
dan kebetulan teman saya buka-buka internet dan menemukan nomer HP MBAH SUTAR katanya bisa meramal nomor togel yg akan masuk .dan dari situ lah saya coba menghungi no HP MBAH itu dan memina bantuan untuk putaran MALAYSIA (TOTO 6D)
dan syukur alhamdulillah saya di berikan angka TOTO 6D dan saya di suruh pasang 2ringgit saja. akhirnya angka itu tembus dan sempat sya pingsang setelah bandarnya menghubungi saya dia minta NO rekening saya katanya saya menang 200ribu ringgit.
dan dari situlah saya baru mengerti arti kehidupan , janganlah mudah putus aza karna orang yg mudah putus asa akan lebih sulit mendapatkan apa yang di inginkannya .
bagi anda yang betul2 mau dibantu dan betul2 yakin sama MBAH SUTAR
silahkan anda bisa hubungi MBAH SUTAR di NOMOR PRIBADI beliau di 0853-4288-2547 .
silahkan hubungi MBAH SUTAR ROJAK untuk MEMBUKTIKANNYA ......















Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive