Thursday, October 13

LimGuanEng PERLU BELAJAR CARA URUSKAN EKONOMI DARI @MpKotaBelud


Datuk Liang Teck Meng menyarankan Lim Guan Eng mendapatkan tunjuk ajar Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk mengurus ekonomi Pulau Pinang.

Setiausaha Agung Gerakan itu berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang perlu berbuat demikian kerana Abdul Rahman mengetuai Unit Perancangan Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Teck Meng, Pulau Pinang mencatatkan prestasi buruk kerana Guan Eng gagal mengurus ekonomi negeri berkenaan.

Menurutnya mengikut statistik Jabatan Statistik KDNK per kapita Pulau Pinang ketika negeri itu di bawah pemerintahan Barisan Nasional pada 2007 ialah RM31,039 berbanding RM44,847 pada 2015.

Walaupun KDNK per kapita Pulau Pinang pada tahun lalu berada di tangga ketiga jika dibanding statistik 2007 dan 2015, negeri berkenaan sebenarnya berada pada tangga paling rendah.

"Jika dibandingkan statistik 2007 dengan 2015, kadar pertumbuhan KDNK per kapita Pulau Pinang hanya 44.5 peratus dan ia berada pada tangga paling bawah antara semua negeri termasuk Kuala Lumpur dan Labuan," katanya.

Menurut Teck Meng, Guan Eng pernah Pulau Pinang mencatat kadar pengeluaran dalam negeri kasar (KDNK) kedua tertinggi selepas Kuala Lumpur pada tahun lalu. Selangor berada di tempat ketiga.

Guan Eng membuat kenyataan itu di konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 9 Oktober lalu.

Bagaimanapun, menurut Teck Meng, walaupun KDNK per kapita Kelantan pada 2015 berada di tempat terendah kadar pertumbuhan negeri ditadbir Pas itu adalah sebanyak 73.9 peratus dan jauh lebih tinggi berbanding Pulau Pinang.

Teck Meng berkata, statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pula menunjukkan sejak tahun 2010, prestasi pelaburan Pulau Pinang semakin menurun dengan kedudukan negeri itu kian jatuh dari tangga pertama (pada 2010 dan 2011) ke tangga kelima pada 2015.

"Pada masa yang sama, kita terkejut melihat kos pengurusan Pulau Pinang naik mendadak berganda-ganda, dari RM283.15 juta pada 2008 hingga RM745.54 juta pada 2014," katanya.

Beliau juga menyifatkan Guan Eng menjadi ketua menteri yang mempunyai prestasi paling rendah dalam pengurusan ekonomi negeri.

Secara sinis, beliau mahu Guan Eng mendapatkan nasihat Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang dikenali mempunyai banyak pengetahuan dalam bidang ekonomi.

"Tetapi saya lebih ingin mencadangkan Lim berjumpa Abdul Rahman untuk membincangkan langkah-langkah yang harus diambil demi mengembalikan ekonomi negeri ke landasan yang betul," katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive