Friday, March 17

Lelaki Ganggu Pelajar Dalam LRT @MyRapidKL Ditahan


Seorang lelaki yang didakwa menggangu seorang penumpang wanita di dalam tren LRT laluan Kelana Jaya pada Isnin telah diserah kepada polis.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata pihaknya berusaha mengesan lelaki itu sejak beberapa hari lepas setelah dimaklumkan mengenai insiden yang dimuat naik menerusi akaun Facebook mangsa, Nur Dini Van Haeren, 21, seorang penuntut universiti swasta.

"Susulan kejadian, kami menghubungi Nur Dini bagi mendapatkan maklumat lanjut yang kemudian diguna untuk mengesan lelaki itu menerusi rakaman kamera litar tertutup.

"Lelaki itu berjaya ditahan di Stesen LRT Taman Jaya semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis selepas mangsa membuat pengecaman.  

Zohari turut mengingatkan penumpang agar sentiasa waspada dan bertenang sekiranya berdepan dengan situasi tidak menyenangkan serta segera memaklumkan kepada staf, polis bantuan atau penumpang lain bagi mendapatkan bantuan.

Menurut kenyataan itu, Nur Dini diganggu oleh lelaki berusia 37 tahun dari Lembah Subang tersebut selepas wanita berkenaan menaiki tren di Stesen LRT Kelana Jaya ke pusat bandar.

"Ketika memasuki tren, dia perasan ada seorang lelaki memandangnya dengan ekspresi miang gatal.

"Berasakan lelaki itu berniat tidak baik, Dini mengambil sikap waspada. Dia kemudian terdengar lelaki itu membisikkan kata-kata lucah kepadanya dan gangguan itu berterusan sambil pelaku membuat ekspresi tidak senonoh ke arah mangsa," kata kenyataan itu.

Rapid Rail ialah anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad yang mengendalikan perkhidmatan aliran transit ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, Ampang dan Sri Petaling serta KL Monorel.

1 comment:

dazten20 said...

Bismillah.... AsSalamu'Alaiku WBT...
Syukur Alhamdulillah.... JUTAAN TERIMA KASIH kpd pihk berkaitan yg tlh mngmbil lgkah segera/pantas... Prkr spt inilh yg sgt bijk sbb dek krn tdk mndpt perhtn prkr spt ini yg trdahulu... Maka - org2 spt ini bebas melalukn kpd anak2 gadis dn wanita2 yg patut dilindungi... Skli lgi sy mewakili ibu bp yg risaukn anak2 mrk di luar sana .. Ingin ucapkn jutn TERIMA KASIH KPD PIHAK YG TERLIBAT MNGMBIL TINDAKN PANTAS ... SY DOAKN SEMOGA ANAK2 CUCU2 KITA YG PEREMPUAN MAHUPUN LELAKI... SENTIASA DIJAUHKN DRP SIKAP SPT LELAKI YG BERPENYAKIT HATI/BATIN INI... ALLAHSWT, HNY DIKAU SHJ YG KMI SEMBH DN MEMOHON SGL PERTOLNGN DAN PERLINDUNGN ...Aamiin....

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive