Friday, March 10

PEMIMPIN YANG HEBAT TAK GOYAH DILANDA BADAI


Benarlah laporan satu agensi media iaitu South China Morning Post (South China), yang berpangkalan di Hong Kong yang mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umpama "big bank", terlalu besar untuk gagal.

South China dalam tulisan pada Ogos 2016 itu menyatakan Dato Seri Najib terus bertahan biarpun diasak dengan begitu hebat dari segenap segi oleh Mahathir.

Dato Seri Najib terus kuat bagaikan bank yang besar biarpun dilanda kritikan, tuduhan dan ujian umpama dilanda badai yang besar.

Dato Seri Najib tetap tenang di dalam hati dan di wajahnya, beliau terus mentadbir negara dengan  seperti biasa dikala ujian dan badai sedang melanda.

Andaian terbaru Mahathir benar-benar meleset sama sekali. Beliau mendakwa Malaysia gagal menangani krisis diplomatik dengan Korea Utara.

Ekoran pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada Pemimpin Tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, situasi Kuala Lumpur berada dalam keadaan tegang dengan Pyongyang.

Pyongyang enggan siasatan diteruskan dan mayat mangsa diserahkan kepada mereka tetapi Malaysia bertegas mengikut proses undang-undang siasatan kes bunuh dan semua perkara perlu dipatuhi bukannya menurut kehendak negara komunis itu.

Ketegangan berlarutan sehingga Korea Utara mengenakan larangan rakyat Malaysia di sana tidak boleh meninggalkan negara itu dan Malaysia bertindak balas dengan mengenakan larangan sama kepada semua rakyat Korea Utara di Malaysia.

Hasil kebijaksanaan Najib, Malaysia dapat memastikan dua orang rakyat kita yang bertugas di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy telah berjaya dibenarkan keluar dari Pyongyang dan difahamkan telah selamat sampai di Beijing, China.

Beliau juga berjaya memastikan baki sembilan rakyat Malaysia di negara komunis itu yang bekerja untuk Kedutaan Malaysia di Korea Utara terus berada dalam keadaan selamat sementara Malaysia berunding untuk mencari penyelesaian terbaik.

Tuduhan Mahathir sekali lagi jauh tersasar. Fakta sudah terbukti, banyak krisis besar sudah berjaya diselesaikan hasil kebijaksanaan Najib. Krisis Lahad Datu ditanggani secara berkesan untuk memastikan kedaulatan dan keselamatan negara.

Insiden nahas Malaysia Airlines (MAS) MH370 telah menyatukan beberapa kuasa besar dunia untuk membantu Malaysia mengesan lokasi pesawat berkenaan dan ia merupakan antara operasi mencari yang terbesar di dunia.

Nahas MH17 pula membuktikan hasil perbincangan diplomasi, Najib berjaya memastikan kumpulan pemberontak di sempadan Rusia-Ukraine membenarkan kesemua jenazah nahas rakyat Malaysia dan dua kotak hitam pesawat berkenaan boleh diserahkan kepada Malaysia.

Bagaimana Najib menyelesaikan masalah serangan di Lahad Datu, Sabah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan masalah rakyat semuanya sudah terbukti Najib kekal utuh dan kuat biarpun dilanda pelbagai ujian.

Dr Mahathir membuat tuduhan melulu hanya untuk membuatkan rakyat berpandangan negatif kepada Najib dan kerajaan supaya mereka tidak lagi mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Sekalipun, Dr Mahathir adalah bekas mentor kepada Najib ketika beliau menjadi Perdana Menteri, sedikit pun Najib tidak terkesan dengan perkara itu dan terus mentadbir negara dengan baik serta cekap.

Apa lagi cabaran dan ujian yang akan bakal mendatang? Bulan ini, rakyat Malaysia melihat sendiri bagaimana Dato Seri Najib menggunakan dengan baik diplomasi politiknya.

Dengan Raja Salman, berjaya menarik pelaburan RM31 billion ke Malaysia. Dengan Korea Utara, Dato Seri Najib berjaya membawa pulang dua daripada sebelas rakyat Malaysia yang telah ditahan.

BR1M sudah dinikmati. Kestabilan ekonomi dan keamanan negara berjaya dikekalkan. Bersatu hatilah semua rakyat, bersama kita membantu Dato Seri Najib memimpin negara menghadapi apa jua badai yang bakal melanda selepas ini.

Jangan biarkan pemimpin kita keseorangan. Ayuh berganding tangan bersama hadapi badai, taufan dan ribut yang datang sekali pun.

6 comments:

Anonymous said...

Hebat kat mana nyer kalau buah kerandut kecut walaupun hanya sesi local Nothing2Hide???? Global lagi ler terus kering buah kerandut....dah kelihatan dah pusing pergi pusing balik kes Korea Utara nih....

42 Juta sengat apasal tak kasi balik? Belum 2.6 Billion lagi....dasar PM01 PENYAMUN-LANUN....

Anonymous said...

Hebat la... Dah setahun lebih mamak kerala berkomplot dengan dapig, pkr.. najib tetap utuh di tempatnya. PRK, PRN pun tetap menang bergaya...

nak buat perhimpunan bershit untuk turunkan najib... Ha, setakat sembang kencang je la. Kehadiran pun tak seberapa...

Belum lagi crite pasal deklarasi rakyat, agong tengok pun campak dalam tong sampah je...

Anonymous said...

Kenapa sempit sangat pengetahuan kamu?
2 orang rakyat Malaysia yang dilepaskan oleh pihak Korea Utara ialah atas usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pihak PBB yang bertanggungjawab menguruskan pelepasan 2 kakitangannya mereka yang merupakan rakyat Malaysia dengan pihak Korea Utara.

Kedua-dua rakyat Malaysia itu ialah kakitangan PBB, bukannya kakitangan Kedutaan Malaysia seperti yang lain. Kedua kakitangan itu dihantar ke Korea Utara oleh PBB untuk menjalani kursus berkaitan Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah tajaan PBB. Sebab itulah Korea Utara lepaskan mereka kerana mereka bukan kakitangan kerajaan Malaysia.

Jadi tolong luaskan pengetahuan anda tentang perkara ini dari sibuk mengambil kredit atas usaha penat lelah orang lain. Harus diingat PBB adalah satu pertubuhan besar dan berpangaruh yang diiktiraf oleh dunia termasuk negara-negara kuasa besar. Kita patut malu dan segan untuk ambil kredit atas usaha mereka.

Oleh yang demikian hanya 2 orang saja yang dilepaskan oleh Korea Utara, sedangkan 3 orang kakitangan kerajaan di Kedutaan Malaysia di sana dan 6 orang ahli keluarga mereka masih lagi ditahan.

Anonymous said...



http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/03/08/pbb-bantu-bawa-keluar-2-rakyat-malaysia-dari-korea-utara/

Anonymous said...


http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/03/08/un-to-repatriate-2-malaysian-staff-in-north-korea/

haku said...

hebat dalam bab2 menyorokkan telur!

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive