Wednesday, November 29

LIM GUAN ENG KANTOI SONGLAP DUIT PERUNTUKKAN


Laporan Audit Negara menunjukkan ada banyak perkara mencurigakan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP dan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Dalam laporan setebal 112 halaman itu, ada bukti menunjukkan ada perkara yang tidak kena yang menunjukkan Guan Eng cuba untuk menyeleweng peruntukan kerajaan negeri selepas diaudit.

Dalam ruangan rumusan, di muka surat 44, sejumlah wang RM307.45 juta telah direkodkan sebagai telah dibelanjakan daripada peruntukan sejumlah RM346.12 iaitu 88.8 peratus tetapi pihak Jabatan Audit Negara mendapati perbelanjaan sebenar adalah RM233.84 juta sahaja atau hanya 67.6 peratus sahaja.

Baki lagi RM73.61 juta pergi ke mana? Songlap masuk tabung DAP kah?

Ada juga ruangan dalam laporan audit berkenaan yang menunjukkan ada projek yang diberikan kepada kontraktor melalui lantikan terus dan tidak pun diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah di Pulau Pinang.

Siapa kontraktor yang dipilih secara terus itu? Apakah kontraktor itu orang sama yang sama dapat projek di lereng bukit hingga runtuh habis tanah di Pulau Pinang?

Di muka surat berikutnya pula, dinyatakan daripada 2,868 projek yang dirancang, sebanyak 2,761 projek atau 96.3 peratus dilaporkan telah berjaya disiapkan, tetapi semakan audit mendapati bilangan sebenar projek yang siap sepenuhnya dalam tahun lepas ialah 2,737 projek sahaja atau 95.4 peratus berbanding 2,761 projek siap yang dilaporkan.

Lagi 24 projek itu jadi projek hantukah? Apa yang terjadi kepada projek yang dikatakan siap tapi sebenarnya tidak siap itu? Pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu siasat sepenuhnya. Dua kes di mahkamah berkaitan rasuah pun Guan Eng masih belum selesaikan, datang pula misteri 24 projek hantu seperti yang disebut dalam Laporan Audit yang terbaru ini?

Di Pulau Pinang juga, peruntukan yang besar disediakan untuk Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan peruntukan RM161.59 juta tetapi dari 243 projek, ada 40 projek yang dibatalkan, jumlah terbesar berbanding projek di jabatan lain dalam kerajaan negeri DAP. Peruntukkan untuk pejabat Lim Guan Eng juga bertambah setiap tahun. Apa Guan Eng buat dengan semua duit ini?

Contoh projek yang Guan Eng songlap duit ialah laluan berbasikal yang menelan kos RM30 juta. Apabila siap, laluan yang mahal itu, sebenarnya hanya dicat di atas laluan pejalan kaki, dan menggunakan cat yang tidak berkualiti yang selepas beberapa hari ia akan tertanggal.

Sekarang ini, timbul pula dakwaan bahawa wang yuran Marathon Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang yang berjumlah RM3 juta pun DAP hendak kebas. Peserta diberi coklat yang sudah tamat tempoh, saiz baju T yang salah serta pemenang terpaksa menunggu lebih dua jam untuk menerima pingat mereka.

Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mempersoalkan kerajaan DAP supaya menjelaskan ke mana wang kutipan yuran pendaftaran tersebut disalurkan. “Yuran pendaftaran sebanyak RM80 hingga RM100, dan terdapat 35,000 peserta dan sekurang-kurangnya pihak penganjur menerima yuran enrolmen hampir RM3 juta.

“Di manakah yuran pendaftaran ini digunakan? Lagi pun, hampir semua perbelanjaan, termasuk makanan, pakaian, trofi dan pingat telah ditaja,” katanya. Duit Marathon pun Guan Eng hendak songlap. Sebelum ini kita pernah dengar kisah duit mangsa banjir pun DAP songlap. Umum hendak beri kepada 100,000 orang mangsa banjir seorang RM500 tetapi hanya beri kepada 7,000 orang sahaja. Mana lagi baki RM46.5 juta?

Duit yang dikutip untuk mangsa banjir masuk dalam tabung DAP pun dikebasnya. Kutip RM6.18 juta tetapi serah kepada mangsa banjir hanya RM5 juta sahaja. Baki lagi RM1.18 juta mereka songlap. Laporan Audit yang terbaru juga sahkan kerajaan DAP Pulau Pinang buat magik lagi. RM73.61 juta wang pembangunan entah ke mana, ada 24 projek hantu dan ada 40 projek misteri di pejabat Guan Eng.

Rakyat sudah tahu tembelang besar Guan Eng. Ada wakil rakyat DAP yang tidak mahu lagi bersekongkol dengan Guan Eng kerana malu. Ada wakil rakyat PKR bantah Guan Eng. Namun Guan Eng buat bodoh sahaja. Dia tetap anggap dia suci untuk lakukan apa sahaja, termasuklah menyeleweng duit rakyat dengan begitu rakus sekali atas tiket Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sampai bila rakyat Pulau Pinang hendak biar DAP “rompak dan curi” duit sebegini?

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive