Bermula 15 November 2017 Rapid KL telah menjalankan operasi secara besar-besaran bagi mengesan penyalahgunaan kad konsesi MyRapid dikalangan pengguna rel dan bas.
Pada hari pertama dan kedua operasi, sebanyak 81 kad konsesi yang terdiri daripada 48 kad konsesi pelajar, 31 kad konsesi warga emas dan 2 kad konsesi OKU telah dirampas.
“Kami mendapati ada pelajar yang telah diperalatkan oleh ahli keluarga mereka untuk memohon kad konsesi pelajar, namun kad konsesi tersebut disalahgunakan oleh ahli keluarga mereka untuk ulang alik ke tempat kerja,’ kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman dalam satu kenyataan hari ini
Antara sebahagian kad konsesi yang dirampas dalam operasi kesan penyalahgunaan kad konsesi MyRapid
Terdapat juga kes dimana warga emas memberikan kad konsesi mereka kepada ahli keluarga untuk tujuan yang sama.
Harus diingatkan bahawa kad konsesi MyRapid tidak boleh dipindah milik seperti mana tertakluk dalam terma dan syarat.
“Pasukan pemantau Rapid KL akan memperhebatkan operasi ini sehingga tiada lagi yang berani melanggar undang-undang.”
Pengguna yang dikesan menyalahgunakan kad konsesi MyRapid akan disenarai hitam selain kad mereka akan dirampas.
Kad konsesi MyRapid ini disediakan khusus untuk golongan orang kelainan upaya (OKU), pelajar dan warga emas untuk menikmati kadar diskaun tambang 50 peratus bagi semua perkhidmatan kendalian Rapid KL.
Pengguna yang ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan tiket boleh berbuat demikian dengan menghubungi khidmat pelanggan Rapid KL di talian 03-7885 2585 atau berhubung terus menerusi media sosial Rapid KL.
1 comment:
Satu tindakan yang sangat disokong. Blacklist mereka yang menyalahguna tidak kira sesiapa pun. Pemeriksaan perlu di buat berterusan.
Post a Comment