Showing posts with label 1m4u. Show all posts
Showing posts with label 1m4u. Show all posts

Wednesday, July 18

JANGAN TENGOK JIKA TIADA KEKUATAN IMAN?


Video semasa latihan diwaktu pagi sebelum 1M4U berlangsung.Agak menarik untuk dikongsi bersama.Nampak penglibatan golongan belia dengan minat dengan cara orang muda.Pendekatan terbaik dari 1M4U dari golongan belia untuk golongan belia masa kini.

Monday, July 16

BERITA TERBAIK BUAT BELIA.


4 inisiatif empat 1 malaysia for youth 1m4u program.Terbaik buat belia yang kini telah menunjukkan daya saingan serta jatidiri untuk memajukan Malaysia.

Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan empat (4) inisiatif penting di bawah program 1Malaysia For Youth (1M4U) dalam usaha memperkasakan gerakan sukarelawan belia di negara ini.

Perdana Menteri berkata, empat perkara itu ialah penubuhan Lembaga Amanah 1M4U, Dana Sukarelawan 1Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM100juta dan mengisytiharkan 2013 sebagai
Tahun Sukarelawan serta mewujudkan Stesen Radio 1M4U. Najib berkata demikian ketika berucap pada program 1M4U di KLCC petang tadi.

Sunday, July 15

KECEWA BELIA JIKA TIDAK DIPEDULIKAN? #1M4U


Program 1Malaysia For Youth (1M4U) yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada petang ini bakal memberikan momentum baru kepada golongan belia.


Pada program pagi tadi, Datuk Seri Najib Razak telah menyempurnakan program’ walk about’ di Esplanade Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Najib sempat beramah mesra dengan sebahagian daripada 40,000 belia yang hadir di KLCC sebelum perasmian 1M4U petang ini.

Selain Kementerian Belia dan Sukan, terdapat 15 kementerian, 16 agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta institusi kesukarelaan terlibat dan menjalankan sebanyak 16 aktiviti sepanjang hari ini di beberapa lokasi berlainan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


Antaranya Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaraan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sementara itu antara agensi, NGO dan institusi yang terlibat pula ialah i-Volunteer, Yayasan Salam Malaysia, Belia 4B Ampang, 4B Titiwangsa dan banyak lagi.

Setiap kementerian bertanggungjawab menggerakkan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, program derma darah dan kempen kesihatan sebelum berkumpul dan menyertai pelbagai aktiviti di Esplanade, KLCC.

Malah program 1M4U ini diwujudkan oleh kerajaan untuk menggalakkan peglibatan pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan yang bersifat kenegaraan dan semangat 1Malaysia.

Selain itu, 1M4U juga merupakan platform bagi mengetengahkan inovasi dan kreativiti menerusi perancangan dan penglibatan dalam program atau aktiviti yang boleh menguntungkan negara dan belia.



MKP Ayat Sempoi : Tahniah Tun kerana dapat no 2  dan Lisa Surihani mendapat no 1 impressions untuk #1M4Uvolunteers

Video Artis Malaysia Di #1M4U Meriah?


Hai Datuk Aziz Rahim pun ada masa Program #1M4U nie masih merempit lagi ke?Tahniah dari MKP i feel u Bro.....



Friday, July 13

KENAPA PERLU LAGI 1M4Y KBS GAGAL KE?


Kementerian Belia Dan Sukan akan menganjurkan satu acara besar-besaran melibatkan sukarelawan belia.Program ini dikelanali sebagai   ’1MALAYSIA FOR YOUTH’  kenapa perlu ada program sebegini selepas Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 yang telah mengumpulkan lebih dari 2.4 juta belia.Adakah KBS gagal atau mahu mengeratkan lagi golongan belia dengan KBS.


Pihak Pakatan Harami memang menunggu dan menanti kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak KBS serta kerajaan Malaysia terutama KBS dengan mengadakan program bersama belia.Apa tidaknya banyak isu telah dibangkitkan semasa Himpunan Jutaan Belia 2012.Akan tetapi jika direnungkan kembali mereka hanya pandai berkata-kata seperti Burung Tiong akan tetapi tiada usaha untuk mendekati golongan belia seperti KBS.


Berdasarkan laporan ‘World Giving Index 2011’ atau Indeks Memberi Sedunia tahun 2011 yang dikeluarkan Charities Aid Foundation menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-87 berbanding 153 negara yang dinilai.

Bukan untuk mempertikaikan keikhlasan pelbagai pihak,namun dikatakan ramai rakyat Malaysia kononnya begitu berbangga kononnya mereka adalah rakyat paling pemurah ada yang berasakan apa yang mereka lakukan sudah memadai.

Realitinya rakyat Malaysia seharusnya berasa malu kerana negara jiran kita iaitu Thailand berjaya meletakkan dirinya jauh ke hadapan sebagai masyarakat pemurah iaitu di tempat ke-9.

Dilaporkan bahawa 85% rakyat Thailand membuat sumbangan wang secara berkala sepanjang tahun. Berkemungkinan ia ada kaitan dengan ajaran agama mereka yang amat menitik beratkan praktik memberi sedekah dalam kehidupan mereka.

Dilaporkan juga bahawa hanya 37 peratus rakyat negara kita sanggup menyumbangkan wang untuk keperluan orang lain. Hanya 20 peratus rakyat sanggup menyediakan masa untuk kerja sukarela dan 30 peratus sanggup membantu orang asing yang kesusahan.

Penilaian berdasarkan tingkah laku serta sikap rakyat kita terhadap tiga elemen iaitu menyumbang wang, menyediakan masa untuk kerja sukarela serta membantu orang asing.

Hasil laporan tersebut juga menunjukkan bahawa kejayaan mana-mana negara mencapai tahap paling banyak memberikan sumbangan bergantung kepada nilai asas terbentuk dalam masyarakat negara itu.

Sifat mengambil tahu dan sanggup membantu orang lain secara mendalam sememangnya diakui amat tebal bagi warga Amerika Syarikat, Ireland, Australia dan United Kingdom yang semuanya berada pada kedudukan tertinggi sebagai masyarakat pemurah.

Amat membanggakan apabila masyarakat di United Kingdom tidak menjadikan alasan kemelesetan ekonomi dihadapi blok Eropah sebagai alasan untuk mengurangkan jumlah wang dan masa untuk membantu orang lain.

Dah nampakkan kenapa diwujudkan 1M4Youth, kalau yang berminat nak join jadi sukarelawan korang klik sini

Ahad ni akan berlangsung pelancaran 1M4Youth, ada kejutan dan paling menarik akan diadakan flashmob terbesar di Malaysia apabila akan disertai oleh ribuan sukarelawan.

Pelancaran ’1MALAYSIA FOR YOUTH’ bermula jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam bertempat di Esplanade Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Majlis Pelancaran ini akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada jam 4.00 petang. Oleh itu sempena pelancaran ini Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan persembahan flash mob terbesar di KLCC bagi memeriahkan majlis.


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive