Showing posts with label Baling. Show all posts
Showing posts with label Baling. Show all posts

Wednesday, March 21

BENDERA APA KAT BELAKANG DATUK AZEEZ TUE?

Kalau bendera Hijau dan ada Bulat putih ditengah tue sudah tentu bendera PAS.Apa kejadah yang Datuk Azeez buat kat rumah ahli tegar PAS nie?Depa nie boleh bagi undi dekat UMNO ke ? Sudah tentu tidak jika UMNO tidak berusaha mendekati Ahli PAS ini.Sentuhan sebegini boleh melembutkan hati mereka dalam menerima UMNO.Ternyata apa yang telah dibuat oleh Datuk Azeez memang terbaik.Bekerja dan membantu rakyat yang susah dan ditimpa bencana demi menyahut cabaran dari Slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Di utamakan.Laporan Penuh hampa pi baca kat Sinar harian Edisi Utara http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara itu yang rasmi........

Datuk Azeez ketika mengalik barang didalam rumah.

Gambaq nie kot lebih jelas.

Keadaan bumbung rumah tersebut.

Video Ucapan Terima Kasih kepada Datuk Azeez Rahim.

MKP Ayat Sempoi : Kalau Depa nie tak undi BN jugak, Tak tau la lepas nie?oh lupa pulak nama pakcik nie zakaria abdullah umur 51 tahun.

Tuesday, March 20

AHLI PAS MENGAMUK BILA UMNO BERI BANTUAN.

Ini adalah sikap kurang matang ditunjukkan oleh penyokong PAS membuang Bendera UMNO didalam sungai.Kenapa?

Program Gotong Royong Perdana 1 Malaysia yang telah diadakan pada pagi tadi bersama Presiden KP1M Datuk Azeez Rahim merangkap Ketua UMNO Bhgn. Baling.

Kelab Putra 1Malaysia dengan 300 ahlinya telah turun padang hari ini membaiki bumbung rumah penduduk di sekitar Baling Lapan rumah terlibat dalam kejadian ribut pada Ahad lepas.

Apa kata kita tengok apa Datuk Azeez berucap,semuanya telah jelas dan tak perlu MKP jelaskan semua.Datuk Azeez nie memang dekat dengan penduduk Baling.

Ahli Tegar PAS berterima kasih kepada UMNO dan Datuk Azeez Rahim.

MKP Ayat Sempoi ; Siapa kata UMNO hanya tolong ahlinya sahaja?banyak lagi isu di Baling MKP akan bagitau kemudian. 



Monday, February 20

GEMPAR KUALA KETIL BAH KERANA BALAK PAS?



TIDAK dinafikan hutan mempunyai nilai kormesial dan ekonomi. Hutan membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber pendapatan penting bagi negara. Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Aktiviti ini telah mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar. Eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan dan sebagainya telah menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Keadaan Banjir di salah satu kampung di Kuala Ketil Baling. Adakah banjir ini berpunca oleh penebangan balak yang semakin berleluasa di Baling yang didalangi oleh Parti Pas?




Kita harus sedar bahawa sumber bekalan air negara kita datang dari sungai, laut, kolam dan tasik. Air boleh dicemari melalui hakisan tanah akibat penebangan hutan. Penebangan hutan akan menyebabkan berlaku hakisan tanah dan seterusnya hakisan tanah ini akan memasuki sungai. Mendapan akan terbentuk di mana akan menyebabkan pula paras sungai semakin cetek dan ia boleh meningkatkan risiko berlakunya banjir.


Ketua Pemuda UMNO BHGN. Baling merangkap Penyelaras Kuala Ketil.Saudara Khairul Azhar baling menyampaikan bantuan.MKP nak tanya jugak mana pi Ahli Parlimen ????


MAKLUMAT
 
NamaTaib Azamudden bin Md Taib, Y.B. Dato' Haji
Jawatan dalam KabinetTiada
PartiPAS
ParlimenP016
KawasanBaling
NegeriKedah
No. Telefon04-4706 787
No. Fax04-4706 787
E-Mailbaling@parlimen.gov.my / parlimenbaling@gmail.com
Alamat Surat-menyuratPusat Khidmat Ahli Parlimen Baling (PUSKAB) V4 Bangunan MDB Jalan Syed Sheikh 09100 Baling Kedah Darul Aman


Jikalau ada kawasan petempatan di kaki bukit di situ yang menggunakan air telaga, kesemua bahan berbahaya ini akan masuk sekali. Baja dan racun perosak mengandungi amonia, nitrat dan fosfat.


Apa yang memeranjatkan,terdapat banyak kayu2 balak yang bersaiz kecil. Bagaimana kayu balak yang bersaiz demikian boleh di tebang? Patutlah hasil kutipan balak Kedah di bawah pentadbiran Pas meningkat berkali ganda berbanding kutipan di zaman kerajaan BN dulu. Rupa-rupanya,sekarang ini semua pokok di tebang tanpa mengira saiz,sama kecil ataupun besar hingga habis gondol hutan. Rakyat Baling pulak menanggung beban kerana kerakusan PAS Kedah menggondol hasil bumi ini.Demi keuntungan kepada proksi, PAS sanggup menggadaikan keselamatan rakyat Baling.   

Monday, February 13

Datuk Azeez Rahim bagi gadis muda menangis kerananya?



Hari ini aku nak ceritakan pasal Azeez Baling atau dahulu dikenali sebagai Azeez Rempit. Siapa tak kenal brader Azeez ni kan? Asal saja rakyat Baling menghadapi masalah atau bala bencana, dia ni la orang pertama akan menyiapkan diri untuk kesana dan membantu mereka.


Tahukah korang Azeez telah menjaga Baling dari awal lagi sejak dia kalah di tangan Taib Azamuddin dulu? Daripada seorang yang tidak disukai dulu, Azeez berkorban wang dan ringgit serta masa dan tenaga untuk menjaga penduduk di Parlimen Baling ni, akhirnya dia berjaya juga menambat hati penduduk di sini.


Ini bukan soal duit, tapi manusia menilai segala pengorbanan yang dilakukan oleh seorang manusia yang lain. Kalau aku nak cerita pasal kebaikan Azeez kat Baling ni memang banyak la, nanti korang kata Azeez bayar aku pulak! Cerita banyak tak mau, sekarang aku nak tunjukkan pada korang apa yang terbaru Azeez buat kat Baling ni



Di mana agaknya ahli parlimen Baling, ketika rakyatnya sedang susah?

Ini hanya satu usaha dari Datuk Azeez, banyak lagi yang beliau lakukan untuk membantu penduduk Baling. Kalau nak cari ahli parlimen, cari yang macam ni, bukan cari yang hanya pandai cakap semata, kerja haram taktau buat.


Thursday, January 26

Pas Nak Jual Gunung Pulak!! #SaveKedah

Kerajaan Kedah di bawah Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya meningkatkan hasil balak hampir 205 peratus berbanding hasil yang dikutip oleh Barisan Nasional (BN) semasa pemerintahan mereka sebelum ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengulas mengenai pencapaian memberansangkan ini berkata, hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah PR berjaya memberi pulangan yang menggalakkan kepada negeri.



Itu propaganda Ostaz Zizan untuk mengaburkan mata rakyat Kedah,Depa dok pukul canang kata depa baguih,Akan tetapi inilah hakikat rakyat kedah perlu ambil tau.Depa kata telus sampai Gunung Pulai kat baling pun PAS bagi kat Pemaju. 

Gunung Pulai terkenal dengan batu-batu berkualiti dan mempunyai beberapa Gua asli yang begitu berharga. 
Cubaan menjual Gunung untuk dijadikan kuari batu dengan harga rm50 juta telah dibantah oleh penduduk kampung disekeliling Gunung tersebut, termasuklah penduduk di Kampung Paya Lama.

Pemaju kuari yang disokong oleh kerajaan negeri, mengunakan pelbagai cara untuk memujuk penduduk kampung, termasuklah dengan merasuah lembu bagi mengadakan korban pada hari raya yang lepas.

Bancian penduduk terhadap kuari itu telah 3 kali dilakukan, namun penduduk semuanya sepakat untuk menolak projek kuari batu yang mereka khuatiri akan menjejaskan kehidupan mereka.

Baca surat bantahan dari penduduk dibawah,











Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive