Showing posts with label Himpun.. Show all posts
Showing posts with label Himpun.. Show all posts

Saturday, January 28

LIVE : HIMPUN Rakyat Penang Serbu Kompleks Budi Penyayang Kepala Batas


Pertemuan ini memberi peluang untuk berkongsi idea dan pendapat berkaitan isu permasalahan umat seperti agenda murtad dan Kristianisasi.
Para Mufti bersepakat bahawa keperluan persoalan aqidah perlu ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.Dalam pertemuan bermakna ini, para Mufti yang hadir menyatakan persetujuan menyokong objektif dan agenda yang dibawa oleh HIMPUN selagi mana HIMPUN terus menolak usaha Kristianisasi dan gejala murtad yang semakin sukar dikawal dan membimbangkan ini.

Friday, January 27

Sapa Punya Kerja Nie?


Sapa yang dok penipu pasal surat yang ditunjukkan oleh Malik Itik semalam,Depa nie kadang-kadang boleh membuat pasal dengan membuat Provokasi bagi menjahanam Program yang telah dianjurkan oleh pihak Himpun.eloklah Pengerusi Himpun dah wat penafian,kita tunggu apa pulak kata Malik Itik.
Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) hari ini menafikan mereka mengeluarkan surat yang didakwa menggunakan tandatangan palsu anggota exco kerajaan negeri Pulau Pinang Abdul Malik Kassim.
Pengarah Urusetia Himpun negeri Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata pihaknya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu dan tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kepada mana-mana masjid.
"Kami tidak perlu mengeluarkan surat untuk mengajak umat Islam menghadiri perhimpunan ini. Sudah sebulan kami gunakan segala 'networking' yang ada untuk menguar-uarkan Himpun ini.
Beliau juga tidak tahu siapa yang mengeluarkan surat terbabit yang dikatakan ditandatangani Abdul Malik selaku  Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang. 
Perkara itu dilapor sebuah portal berita yang antara lain menyebut surat tersebut memaparkan logo kerajaan negeri dan disebarkan kepada jawatankuasa masjid, meminta mereka menghadiri Himpun yang akan diadakan di Kepala Batas, esok.
Abdul Malik yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Maung sebelum ini menafikan beliau mengeluarkan surat terbabit dan telah membuat laporan polis semalam. 
Mengulas mengenai Himpun esok, Mohamed Hafiz berkata jumlah orang yang hadir tidak penting asalkan matlamat untuk mengembali dan memantapkan akidah umat Islam tercapai.
Lebih 10,000 orang dijangka hadir esok dan bekas anggota exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali adalah antara empat penceramah yang akan berucap pada perhimpunan yang bertemakan "Selamat Akidah" itu.

Sunday, October 23

HIMPUN: Manifestas​i kekecewaan gerakan Islam kepada PAS



Sama-sama kita renungkan analisis rakan media tentang #himpun oleh Helmi hanafi
JIKA kita selalu menghadiri program ceramah besar-besaran PAS, kita akan dapati cara kerjanya (SOP) sama dengan Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang diadakan di Stadium Shah Alam petang Sabtu.
Baik dari segi kedudukan petugas yang menyambut orang ramai, susun atur program, ungkapan takbir setiap kali habis ucapan, bentuk dan design banting yang tergantung di sekeliling stadium, dan paling terang sekali, sebelum penceramah terakhir berucap, keluar karung khas kutip derma, memang sah DNA PAS.
Bagi wartawan yang biasa liputi program UMNO dan PAS, sebahagian besar daripada 10,000 hadirin itu adalah aktivis-aktivis Islam yang sinonim dengan PAS bukannya UMNO.
Deretan belia dan beliawanis, berkopiah dan bertudung litup, duduk tertib dari awal hingga akhir majlis, jarang bertepuk tangan, memang sinonim dengan gerakan Islam di manapun.
"Mereka ini aktivis Islam yang selama ini menyokong PAS dan mula kecewa dengan Pakatan Rakyat," kata seorang bekas pemimpin PKR pusat ketika kami terserempak di majlis tersebut.
Menurut beliau, majoriti yang hadir itu adalah golongan yang kecewa dengan pengaruh kumpulan Erdogan dalam parti Islam tersebut.
"Mereka merasakan PAS di era Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang ini terlalu berkompromi dengan isu-isu Islam seperti murtad yang sudah lama menjadi retorik dalam ceramah-ceramah PAS.
"Tapi mereka juga bukan penyokong apatah lagi pengundi UMNO, jadi HIMPUN menjadi medan mereka untuk menzahirkan ketidakpuasan hati terhadap PAS Baru yang lari dari asas perjuangan dan retorik tradisi mereka," katanya.
PAS dalam muktamar terakhirnya Jun lalu bahkan menukar konsep Negara Islam kepada Negara Kebajikan bagi menarik sokongan bukan Islam kepada parti itu.
Penganjur bersama HIMPUN, Dr Yusri Mohamad memberitahu Agendadaily, beliau teruja melihat kehadiran ramai orang muda dalam majlis tersebut.
"Kami hanya mengharapkan NGO-NGO yang menyertai HIMPUN agar memobilisasi ahli mereka," katanya ketika ditanya cara penganjur kumpul peserta program tersebut.
Ada yang kata angka 10,000 itu tanda kegagalan penganjur kumpul satu juta tapi kalau kita lihat dari sudut lain, angka 10,000 adalah angka kehadiran biasa bagi program-program besar PAS di Lembah Klang.
"Sebut apa saja program besar PAS samada di Stadium Melawati atau Taman Melewar, kehadiran mesti kurang atau lebih 10,000, sebab apa, sebab itulah akar umbi mereka," kata bekas pemimpin PKR yang biasa dengan kerja-kerja mobilisasi penyokong PAS apabila program melibatkan Anwar Ibrahim.
"Jika di Kelantan atau Kedah mungkin boleh dakwa sehingga 50,000 tapi kalau di Lembah Klang, 10,000 itu angka sebenarnya," katanya penuh yakin.
Jika ditolak satu pertiga daripada 10,000 itu untuk penyokong Perkasa, UMNO, dan NGO seperti PPIM dan PEMIMPIN yang dilihat condong kepada kerajaan, yang lain itu memang dikenali berat belah pembangkang.
Dalam bahasa mudahnya, perhimpunan petang Sabtu itu adalah manifestasi kekecewaan kelompok gerakan Islam kepada PAS Baru.
Mereka kecewa melihat PAS yang tunduk kepada Anwar, yang tunduk kepada DAP sehingga hilang jati diri parti itu.
Sehingga mereka sendiri (ketua-ketua NGO Islam) perlu 'turun padang' menjadi satu kumpulan pendesak baru tanpa lagi bergantung harap kepada PAS yang kini dilihat banyak berkompromi asas perjuangannya untuk meraih undi bukan Islam.
Soal kehadiran bukan isu besar, bagi mereka yang duduk dan menyaksikan betapa bersemangatnya kumpulan HIMPUN ini, pasti sedar tapak sokongan PAS sudah bergoyang.
Apatah lagi bila ada cadangan dari wakil-wakil NGO yang berucap, mahu  menjelajah setiap negeri dengan HIMPUN dan disambut dengan laungan 'allahuakbar' yang gegak gempita.
PAS sehari dua lagi, akan merasai kesannya dan jangan terkejut sekali lagi parti menggunakan nama Islam itu menukar retoriknya seperti kes hudud baru-baru ini.
Selepas melihat PAS semakin hilang sokongan Melayu terutama di Kelantan, Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba-tiba membangkitkan semula soal pelaksanaan hudud yang PAS sudah tidak bincang sekian lama.
Hujah PAS kepada DAP dan Anwar mudah, orang Kelantan mengundi PAS sebab nak laksana hudud.
Di Shah Alam petang Sabtu, kisah Datuk Dr Hasan Ali yang hadir dan berdoa menutup majlis bukan sebagai pemimpin atau ahli PAS tetapi sebagai umat Islam (seperti kata pengerusi majlis) pasti menjadi bualan dikalangan gerakan Islam.
Terutama ratusan wakil NGO, yang khuyuk mengaminkan tatkala Hasan Ali dengan mata berair berdoa "Ya Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati. Kekalkan kami di atas landasan Islam,".
Stadium yang boleh memuatkan 100,000 pengunjung itu mungkin terlalu besar untuk 10,000 yang hadir, tapi gema doa munajat yang dibaca Hasan Ali, pasti berbekas di hati mereka yang mengaminkannya dan berkembang kepada yang lain juga.
Kita sama-sama lihat nanti.-22\10\2011- OLEH HELME HANAFI

Saturday, October 22

PROVOKASI OLEH PIHAK HAPRAK #HIMPUN


Sedih MKP tengok ada pihak cuba memprovokasi himpunan sejuta umat dengan mengedarkan risalah bebaurkan perkauman yang telah tersebar.Siapa yang bertanggungjawap harap pihak yang berkuasa mengambil tindakkan yang sewajarnya.


This is a peaceful assembly. Tolong jangan resahkan perhimpunan ini.Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis.Risalah, yang kelihatan seperti buku kecil (di bawah), memaparkan salib besar pada kulit, dan di dalam menggambarkan pastor kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho sebagai 'dalang' kepada dakwaan usaha mengkristian tersebut.


HIMPUNAN SEJUTA UMAT.

Ramai yang menyokong himpun dan lihat masih ada yang sayangkan keamanan dan mempertahankan umat dari murtad.

Dalam PAS dok kata ahlinya tidak membenarkan menyertai HIMPUN kerana ada agenda dari parti politik tertentu masih ada lagi pemimpin dari PAS yang sayangkan Islam dan mengetepikan politik demi Islam.Hassan Ali berada diHIMPUN.

Mohd Yusri Mohamad dalam ucapannya menjelaskan bahawa perhimpunan hari ini bertujuan menyuntik kebenarannya kepada orang Islam dalam berdepan dengan isu murtad.

"Kita harap dapat suntik keberanian dalam diri kita, semuanya akan gerakkan perubahan dari segi undang-undang, dasar dan sikap terutamanya di kalangan mereka yang berkeras ingin murtadkan umat Islam, sedangkan ia kesalahan sebar agama lain kepada orang Islam."

kajian ke atas isu Natrah - Fatini Yaacob - pula menyeru supaya golongan bukan Islam berhenti memurtadkan orang Melayu dan membuat provokasi ke atas orang Islam.

"Marilah hormati pilihan agama masing-masing," katanya yang berkata perhimpunan orang Islam yang membuat bantahan dalam isu Natrah pada waktu itu juga disertai golongan bukan Islam.

 Farhan Abdullah - seorang pendakwah dari Sabah - yang mahu perlembagaan persekutuan dipinda untuk menyekat murtad.

Menurutnya, Perkara 11 menyatakan bahawa terdapat kebebasan beragama untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.

Beliau menggesa ahli parlimen meminda perlembagaan untuk menambah 'kebebasan agama hanya untuk orang bukan Islam'.

Tidak ada kebebasan (untuk menukar agama) untuk orang Islam, katanya.

Bagaimanapun, Farhan tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana usaha memurtadkan orang Islam berlaku di Malaysia.

Beliau memberitahu hadirin bahawa mereka yang berminat, hendaklah membeli bukunya, yang hasil jualannya adalah untuk membina sebuah pusat Islam di Sabah.




Bangkitlah KuSeru HIMPUN.



Jika kita masih sayangkan Agama dan Islam marilah ramai-ramai menyertai HIMPUN  yang diadakan Petang ini.Pakatan Rakyat telah melakukan pelbagai helah supaya memecahkan umat Islam dan umumnya melayu dibumi bertuah ini.Teresa Kok telah mengeluarkan sms yang berbaur hasutan supaya rakyat tidak menyertai perhimpuan yang bakal berlangsung pada petang ini.Khalis Ibrahim Pula telah mengarahkan supaya stadium shah alam ditutup,Kita tengok dan saksikan apa yang bakal berlaku pada petang ini.

Friday, October 21

Himpunan Sejuta Umat.



PAS seperti juga UMNO dan parti-parti politik lain, bukanlah penganjur dan hadir sebagai organisasi, sebaliknya ahli-ahli parti tersebut hadir sebagai umat Islam.HIMPUN akan diadakan di Stadium Shah Alam pada SABTU INI 22 Oktober bermula jam 2.00 hingga 6.00 petang.Jelas Dr Yusri, orang ramai perlu datang awal, masuk ke stadium, kerana ada beberapa acara dilakukan termasuk bacaan sajak dan nasyid sebelum ucapan daripada pimpinan.Tidak ada wakil parti politik akan berucap dan selepas itu ada bacaan deklarasi peserta perhimpunan tersebut.


HIMPUN menerima banyak sokongan moral dari pelbagai pihak  masyarakat termasuk artis-artis seperti Aznil Nawawi,Faizal Tahir, Yuna,Scha Alyahya, Heliza Helmi, Shaheizy Sam,Afldin Shauki ,Lisa Surihani,Zizan raja lawak,Inteam,Hijjaz,Wardinah Safiya,Aaron Aziz,Nur Fazura,DJ Faisal Ismail,Ally Iskandar,pemain bola Mohd Safee Sali dan ramai lain melalui facebooknya.
 
Sokongan juga diterima dari tokoh politik seperti Datuk Seri Najib Tun Razak,Tun Dr Mahathir Mohamad ,Datuk Ibrahim Ali, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga Nurul Izzah Anwar.
 
Semua mereka dan lebih 8,000 yang lain menyatakan sokongan dengan menekan butang LIKE di laman facebook HIMPUN.
 
Sehingga kini lebih 2,000 NGO berbagai latar belakang setuju hadir antaranya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia , PEKIDA, Persatuan Bekas Perajurit (PBTM), Persatuan Bekas Anggota Polis (PBPM) PERKASA, Gabungan Wawasan Generasi Felda Malaysia (GWGFM) dan banyak lagi  
 
Selain itu semalam empat pertubuhan mahasiswa terbesar Malaysia GPMS, Gamis, Pembina dan MPP juga mengadakan sidang media mengisytiharkan mereka akan hadir.
 
Mungkin sebab tengok ‘mood’ PAS sekali lagi ‘koner baring’ bila tiba-tiba memberitahu ahlinya tidak dilarang pergi.
 
 PAS Selangor pada Rabu memberitahu tidak menghalang ahlinya jika mereka pergi atas tiket peribadi. 
 
Pesuruhjaya PAS negeri, Dr. Abd. Rani Osman berkata perhimpunan itu melibatkan NGO seperti mana yang dikehendaki oleh pihak penganjur.
 
‘‘Bagaimanapun, kita tidak menyekat mana-mana ahli PAS untuk menghadiri perhimpunan itu atas kapasiti peribadi atau penglibatan mereka dengan NGO,”kata beliau.
 
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma’amor Osman berkata, pihaknya menyokong HIMPUN dan menggerakkan ahli seramai mungkin. 
 
“Program sebegini yang asas tujuannya penyatuan ummah yang menentang mana-mana organisasi yang cuba mendakyahkan agama mereka untuk memurtadkan umat Islam,” katanya.
 
Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) pula berharap program itu akan menjadi satu himpunan bersejarah sekiranya umat Islam dapat bersatu walaupun mempunyai latar belakang, ideologi dan fahaman politik yang berbeza.
 
Presiden JIM, Zaid Kamaruddin berkata, beliau mahu semua umat Islam dapat melupakan politik buat seketika demi kebaikan Islam kerana ini merupakan isu Islam yang melibatkan akidah umatnya.

Umno tidak terlibat HIMPUN.



Ramas nenen pun salah UMNO dan semuanya nak hempuk atas kepala umno mana boleh macam nie.Awat puak-puka pembang\kang nie terkangkang bila sesuatu yang baik dan tidak memeihak kepada mereka dan salahkan UMNO.Nak tanya kenapa main politik terdesak macam nie?ini penjelasan dari Setiausaha Agung UMNO.

Umno tidak terbabit dalam penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam, esok.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dakwaan kononnya parti itu menjadi dalang penganjuran per-himpunan itu, bersifat liar dan tidak berasas“Itu aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kami (Umno) tiada kena mengena dengannya, kenapa pula ia mengaitkan perkara tersebut dengan Umno.

“Saya juga tidak melarang mana-mana ahli untuk menyertainya, terpulang kepada mereka,” katanya di lobi Parlimen di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mendakwa kemungkinan perhimpunan itu itu didalangi parti politik tertentu.

Tengku Adnan berkata, terdapat pihak tertentu cuba mempolitikkan perhimpunan itu dengan menuduh ianya program Umno yang kononnya cuba membangkitkan sentimen perkauman.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau hanya mengetahui mengenai perhimpunan itu melalui media massa dan menafikan pemglibatan Umno dalam program itu.
Namun begitu katanya, Umno tidak menyekat anggotanya menyertai perhimpunan berkenaan, memandangkan ia diadakan di tempat bertutup dan mendapat permit polis.

“Ia tidak akan menimbulkan masalah berbanding perhimpunan jalanan atau demonstrasi tidak terkawal,” katanya.

Ahmad berkata, beliau suka mengingatkan agar mana-mana pihak tidak membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa.

“Kenapa tuduhan berkenaan dilemparkan kerana Umno tidak pernah mengadakan perbincangan dengan penganjur (Himpun),” katanya.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive