Showing posts with label bola malaysia.. Show all posts
Showing posts with label bola malaysia.. Show all posts

Monday, December 8

Laman web FAM digodam #ATFSuzukiCup #HarimauMalaya


Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam oleh penggodam yang tidak dapat mendedahkan identitinya.

Bagaimanapun, hanya muka depan laman FAM yang diubah dengan memuatkan ayat dalam bahasa Vietnam.

Godaman berlaku susulan kemenangan Vietnam ke atas Malaysia dalam perlawanan bola sepak peringkat separuh akhir Piala Suzuki AFF malam tadi (Ahad) yang dicemari insiden ganas beberapa penyokong Malaysia yang membelasah penyokong Vietnam.

Penggodam memasukkan ayat dalam bahasa Vietnam yang sebahagiannya bermaksud "mereka bermain sangat teruk ... semua penggodam serentak di laman web Malaysia ... "

Selain, satu ayat dalam bahasa Inggeris 'bad play fans Malaysia'.

Namun, ikon-ikon lain termasuk logo FAM di laman web tersebut tidak disentuh penggodam.

APA KEJADAH MAIN BOLA SAMPAI PECAH KEPALA............. @KhairyKJ #‎AFFSuzukiCup‬ ‪#‎HarimauMalaya‬


Apa yang lebih mengecewakan saya malam tadi bukan kekalahan kita atas padang tetapi tindakan segelintir penyokong Malaysia terhadap penyokong Vietnam.

Walaupun saya masih menunggu laporan rasmi dari pihak polis dan FAM, berdasarkan maklumat yang saya terima dan apa yang saya sendiri nampak, para penyokong Vietnam diserang oleh segelintir fans Malaysia di Stadium Shah Alam semasa perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF.
Tiada alasan bagi tindakan ganas tersebut. Lebih-lebih lagi terhadap tetamu dalam negara kita.

Apakah ini cara kita layan tetamu? Tak kiralah mereka datang melancong ke memang dah kerja sini ke, ini bukan budaya Malaysia.

Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tak terfikir pula apa boleh jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi, Vietnam untuk perlawanan kedua. Bukankah tindakan mereka ini boleh dianggap sebagai satu provokasi dan mengundang risiko keselamatan terhadap penyokong-penyokong Malaysia di Hanoi nanti?

Oleh kerana penyokong-penyokong ganas ini tidak akan mohon maaf dan tiada sebarang respons daripada FAM (mungkin esok ada), saya mohon maaf kepada penyokong-penyokong Vietnam yang diserang di Stadium Shah Alam pada malam tadi.

Saya akan minta kerjasama polis untuk siasat kes ini dengan segera dan bertindak atas siasatan tersebut. Tindakan ganas segelintir fans Malaysia ini tidak mewakili rakyat Malaysia yang sebenar. These violent fans do not represent Malaysia. My sincere apologies on behalf of Malaysia for the actions of these small number of irresponsible thugs.



Saturday, December 1

TOLONG GARU DADA KU MALAM NIE?


Ada awek nie minta tolong supaya garu dadanya pada malam nie? Biar Sang Garuda pulang ke Jakarta dengan sayap patah.

Sudah pasti selaku juara bertahan, pasukan Malaysia tidak rela menamatkan kempen kali ini lebih awal dan para pemain sedar mereka berdepan satu lagi ujian untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012.


Thursday, November 29

REMAJA INI AKAN BOGEL DEPAN PAVILLION?


MKP melahirkan rasa simpati pada MakBapak remaja ini kerna bersikap kurang waras atau sengaja untuk mencari publisiti murahan.......Ramaja sekarang selalu membuat pekara sebegini tanpa memikirkan impak kepada keluarga beliau......

"Kalau Malaysia menang lawan Laos malam ini, saya akan buka baju depan Pavillion" - Itulah ungkapan dan janji seorang gadis di Facebook yang dikenali sebagai Hazwani XXXXX. Bagi aku, peluang Malaysia untuk menang malam ini agak tinggi kerana Malaysia memang perlu wajib menang menentang Laos jam 8.45 malam ini. Korang boleh baca post Facebook dari gadis comel ini di bawah.

Tuesday, October 23

LEMBU LAGI CERDIK DARI MAMAT NIE?


Kenapa pencacai PAS nie bawak lembu ke-Stadium semasa perlawanan bola-sepak final.Mungkin kerana taksub dengan idola gila meroyan PAS untuk memalukan UMNO akan tetapi mamat bodoh umpama lembu yang dibawanya ini tidak menyedari siapa yang menjadi tulang belakang kepada Persatuan bola Sepak Kelantan...

Sedangkan kibar bendera PAS dan pakai t-shirt "R" itu pun sudah menjadikan kita semua mual. Apa tidaknya, penat-penat Tan Sri Annuar Musa (TAM), salah seorang pemimpin kanan UMNO negeri membangunkan semula bola sepak Kelantan, sedap-sedap sahaja puak-puak kahak hijau ini hendak ambil nama.

Tuesday, November 22

Mentaliti Yang Kurang Ajaq.


Penyokong Bolasepak Indonesia yang marah dengan kejayaan malaysia telah bertindak diluar batasan tanpa menghormati bendera Malaysia.Apa punya celaka nie tak hormat pada negara jiran langsung dan sengaja mencetuskan rasa marah rakyat malaysia dengan berbuat demikian tanpa berfikir ramai diantara rakan-rakan mereka mahupun adik beradiknya yang datang mencari makan dibumi bertuah ini........Malaysia.Dalam bab ini saya menghormati rasa tenang dan sikap yang matang ditunjukkan oleh rakyat malaysia tidak melenting dengan tindakkan ini.Dan memahami perasaan marah kepada pemain bolasepak mereka tidak mencuba bersungguh-sungguh.Namun begitu dalam bolasepak kalah dan menang adalah adat permainan.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive