Showing posts with label johari abdul. Show all posts
Showing posts with label johari abdul. Show all posts

Monday, May 7

JOE BEDUL BERLAKON DEMI MENYELAMATKAN ASSMIN?

Johari Abdul Pengerusi PKR Kedah kali ini tampail dengan cara dan penampilan baru demi menyelamatkan ASSmin pulak dah....masihkah pembaca ingat dulu Joe Bedul nie pernah mempertahankan Ketuanya iatu Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) dalam kes video seks bersama china doll.Tahap paling sanggap dan lawak tak terhingga sehingga menghasilkan video Joe Bedul nie berlakon menjadi P.Ramlee.Nasib baik masih ada lagi rakaman yang menyiarkan beliau bersama Datuk Eskay yang sah menyatakan beliau pecaya watak dalam video tersebut adalah Anwar....Kali nie pun benda yang sama cuba dilakukan...Pecayakah kita pada kreditbiliti Joe Bedul nie?Kantoi kali kedua mungkin akan menghancurkan masa depan politik beliau..Apa nak buat telah dibayar untuk cover boss,


Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui Azmin Ali mempunyai musuh dalam parti itu tetapi menafikan pengambilan dan penyebaran gambar seks mirip wajah Ahli Parlimen Gombak itu adalah perbuatan orang dalam.
"Dia ada musuh tapi kita tak main kes macam ini," kata Ahli Majlis Pimpinan PKR Datuk Johari Abdul kepada Antarapos.com.
Ahli Parlimen Bebas, Datuk Zulkifli Noordin semalam mendakwa musuh politik Azmin dalam parti pembangkang sendiri bertanggungjawab memasang "perangkap" untuk mengambil gambar dan video berkenaan.
Beliau turut mendakwa mengenali akan identiti pihak yang mengambil rakaman tersebut dan berjanji akan mendedahkannya pada masa sesuai.


Azmin walaubagaimana pun menafikan beliau adalah individu di dalam gambar yang disiarkan di laman-laman blog Selasa lalu selain menunding jari kepada Umno sebagai mendalangi perbuatan tersebut.
Kata beliau, ianya sebahagian daripada usaha untuk menjatuhkan kredibiliti dirinya menjelang pilihanraya umum ke 13.
Johari yang juga Pengerusi PKR Kedah turut menyalahkan Umno di atas penyebaran gambar-gambar itu tetapi hujahnya agak bercelaru.
"Pertama video tersebut adalah fitnah, yang kedua video tersebut tidak masuk akal. Yang ketiga sebutkan saya di dunia ni ada CCTV dalam tandas. Maknanya ini suatu pembohongan iaitu Umno dan Barisan Nasional." katanya.
Pemimpin-pemimpin Umno menafikan tuduhan itu dan menasihati Azmin supaya membuat laporan polis.
Walaubagaimana pun ADUN Bukit Antarabangsa itu enggan berbuat demikian seterusnya telah mengemukakan saman RM100 juta terhadap Utusan Malaysia kerana mengaitkan dirinya dengan gambar-gambar itu. 
Johari mendakwa Umno mendalangi penyebaran gambar-gambar itu kerana "orang melayu suka benda sensasi, dipaparkan cerita kotor ini."

Friday, March 23

PKR Dakwa Tanpa Undi India, PR Masih Kekal Di Kedah



RADIO Kedah kelmarin menyiarkan temuramah dengan Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul yang mendakwa Pakatan Rakyat masih mampu mengekalkan kuasa di Kedah, walaupun tanpa sokongan dan undi dari masyarakat India.

Kenyataan ini menunjukkan betapa bongkak dan takburnya Johari Abdul dengan tahap kekuatan Pakatan Rakyat di Kedah sekarang sehingga memandang rendah keupayaan pengundi kaum India dan sumbangan mereka kepada pembangunan negeri tersebut.

Sedangkan kita semua tahu bahawa Kedah adalah antara negeri yang bakal terlepas semula ke tangan Barisan Nasional, bukan sebab kekuatan BN tapi kerana kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi pemerintahan yang baik, dibanding dengan kerajaan BN sebelumnya. Cakap memang banyak tapi satu apa tak dibuat. Tak kira lagi perbalahan dalam kerana masing-masing mabuk nak menjadi Menteri Besar.

Dulu bolehlah, masa jadi pembangkang, semua pun digebang besar-besaran. Itu boleh ini boleh. Tapi bila dah jadi kerajaan baru tahu susahnya nak menguruskan kerajaan.

Kalau pun ada ‘sumbangan’ PAS di Kedah yang boleh diingati rakyatnya ialah kejadian banjir kilat yang kerap, hasil dari penggondolan hasil hutan (terutama balak) di Kedah sejak PAS mengambil alih.

Walaupun kita tahu, kenyataan Johari Abdul itu terhasil dari rasa tidak puas hatinya kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengisytiharkan keluar PKR pada tahun sudah, tapi tidak wajarlah dia mempalitkan tindakan tersebut kepada seluruh masyarakat India di Kedah.

Undi, walaupun satu, mampu memberi kesan kepada keputusan pilihanraya di kawasan tersebut.

Johari Abdul sedar, hilai tawanya bersama trio Datuk T dalam kes pendedahan video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim, sedikit sebanyak sudah mencalarkan imejnya sebagai penyokong setia Anwar. Di belakang buat main lagi tunduk patuh pada Anwar ya, dibelakang, dialah yang paling hebat mengata.

Semua inilah sebenarnya yang mengurangkan ‘nilai’ Johari Abdul untuk dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen dalam kempen pilihanraya umum akan datang. Dia tahu itu, maka itu dia banyak membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya boleh merosakkan PKR dari luar dan dalam.

Malangnya orang India pula dijadikan subjek kecama Johari Abdul dalam usahanya mensabotaj PKR dari dalam.

Orang India di Kedah sepatutnya mengambil kenyataan Johari Abdul ini dalam menentukan kerajaan mana yang mahu dipilih dalam pilihanraya akan datang. Malulah orang India jika peranan dan kepentingan mereka di pandang mudah dan rendah oleh parti yang memerintah. Walhal sebagai warganegara, orang India mempunya peranan dan fungsi besar memajukan negate ini, tidak terkecuali negeri Kedah – walaupun populasi mereka di negeri tersebut adalah kecil.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive