Showing posts with label razlan KP seputeh. Show all posts
Showing posts with label razlan KP seputeh. Show all posts

Monday, January 12

TIADA RUANG BUAT FAHAMAN EKSTREMISME @razlanrafii



Tindakan Pengarah Eksekutif Lawyers of Liberty, Eric Paulsen yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremisme pada setiap hari Jumaat merupakan satu perbuatan provokasi terancang.


Apa agenda peguam NGO pro pembangkang Lawyer for Liberty Eric Paulsen yang membuat dakwaan JAKIM menaman semangat ekstremis?

Soalan tersebut ditanya oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Beliau merujuk kenyataan biadap Eric Paulsen yang mendakwa JAKIM cuba menanam semangat ekstremis setiap minggu yang merujuk kepada khutbah Jumaat.

Kenyataan itu berbunyi: “Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu membanteras ekstremisme di Malaysia.”

Menurut Razlan sikap penentangan terhadap Islam secara terbuka saban hari semakin mendapat perhatian daripada sesetengah pihak di negara ini yang cuba memupuk kebencian terhadap Islam.

"Apakah agenda tersembunyi beliau sebenarnya? Atau adakah beliau sengaja mahu melaga-lagakan orang bukan Islam dengan orang Islam?" soal Razlan.

Jelasnya, Eric Paulsen atau mana-mana pihak jangan cuba menduga kesabaran orang-orang Islam di Malaysia.

"Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur, baru kita sedar betapa pentingnya hubungan toleransi beragama di Malaysia. Kami menggesa Eric Paulsen supaya berani tampil ke hadapan dan berikan penjelasan terhadap ayat provokasi terhadap Islam yang cuba disampaikan.

"Jangan hanya sekadar berani berhujah di dalam laman media sosial dan menjadi bacul bila berhadapan," ujar Razlan.



Thursday, August 23

Kenapa SAMM Meroyan? @CheguBard @razlanrafii


Ekoran dari laporan Polis yang telah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Seputeh pihak SAMM meroyan sekali lagi dengan menyiarkan gambar yang telah diubahsuai kononnya milik Ketua Pemuda Umno Seputeh Saudara Razlan didalam BBM(blackberry messenger).berikut adalah screen shot yang MKP ambil dari twitter.Chegu Bard sudah menafikan bahawa pelekat ABU yang dilekatkan pada banner UMNO Seputeh itu bukan dari pihak SAMM.Bila dah berak tepi jalan sapa nak mengaku der....Sama jugaklah taktik yang telah dibuat oleh anwar berkenaan video skandalnya dengan chinadoll , walaupun video itu telah disahihkan 99% namun masih lagi membuat penafian......taktik lu orang dah basi der!!!! main game penafian yang serupa selalu macam nie.

Thursday, March 1

Bantahan Pemuda UMNO Seputeh Isu Gambar Tatoo Eryka Badu Oleh The Star cc @NajibRazak @HishammuddinH20




Kenyataan Rasmi

Akhbar The Star sudah kerap kali menghina orang Islam. Pada bulan Ogos tahun lalu Akhbar ini telah menyiarkan Iklan Ramadhan dengan sajian daging Babi. 

Hari ini, sekali lagi digemparkan dengan Akhbar The Star menghina nama Allah. 

Dalam banyak-banyak gambar Eryka kenapa mereka masih mahu memakai gambar yang ada tato Allah di dada penyanyi itu? 

Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sengaja dan permohonan maaf sahaja tidak memadai kerana ianya sudah kali kedua dalam jangka masa yang terdekat ini mereka menghina Agama Islam. 

Editornya Mr Wong sepatutnya di pecat kerana beliau jugalah yang melakukan kesalahan semasa iklan bulan ramadhan itu. 

Ini jawapan Wong Sai Wan "yeaah really sorry guys! Don't know what else to say". 

Saya tidak nampak mereka tidak sengaja melakukan kesalahan menghina Nama Allah, mereka sudah lakukan kesalahan dan hukuman tidak diambil, hanya permohonan maaf tidak memadai kerana Penghinaan sudah dilakukan. 

Saya mendesak Kementerian Dalam Negeri mengantung lesen mereka selama 1 tahun kerana ini kesalahan ke dua dalam jangka masa 6 bulan. 

Sekiranya pihak Kerajaan hanya terima permohonan maaf tanpa tindakan, saya pasti Nama Allah dan Agama Islam akan terus dihina dan di pijak-pijak. 

Kerajaan mesti menganbil tindakan tegas kerana ini melibatkan kesucian Agama Islam, dan tindakan yang sama juga diambil sekirany ia terjadi kepada Agama-agama lain. 

Mohd Razlan Muhammad Rafii 
Ketua Pemuda UMNO 
Bahagian Seputeh

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive