
Banner Bantahan yang telah dipamirkan semasa Perhimpunan pada petang tadi. Ternyata Tian Chua tidak desenangi oleh Rakyat Pulau Pinang dengan keceluparan mulutnya menghina pejuang negara.
Lepas nie siaplah Guan Eng bakal diserang disetiap Program yang dihadirinya.
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berikrar untuk 'menyerang' program-program yang dihadiri Lim Guan Eng sekiranya Ketua Menteri itu terus membisu berhubung beberapa perkara dalam pembinaan terowong dasar laut.
Menggelarkan diri sebagai Pergerakan Pembela Hak Rakyat Pulau Pinang (Pehar), mereka mahu bersemuka dengan Setiausaha Agung DAP itu untuk mendesaknya menjawab keraguan rakyat berhubung projek tersebut.
Presidennya, Wong Kun Hoo berkata, pihaknya tidak menghalang pembinaan terowong dasar laut berkenaan tetapi terdapat empat persoalan yang memerlukan penjelasan terperinci daripada Guan Eng supaya rakyat tidak lagi ragu-ragu.
"Guan Eng perlu menerangkan kepada rakyat berhubung beberapa perkara dalam pembinaan terowong dasar laut yang sehingga kini masih menimbulkan tanda tanya.



