Sunday, January 1

Mahasiswa Utama 901 di Pulau Pinang!!!



Siapakah di belakang pro M USM yang mahu dan telah pun bersekongkol dengan dap, pkr dan pas pulau pinang.Persatuan mahasiswa islam, bahasa tionghua , PRS,kadet polis dan DEMA nama yang selalu di sebut di peringkat perbincangan luar . lulusan usm yang memimpin persatuan bahasa tionghua mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan guan eng. lahir nama seperti genei lim ( pkr), lim huat seng ) dan sok soh hua yang menggerakan DEMA dan berselindung di sebalik nama wartawan. semua dana dari dap di masukkan melalui mereka.


Gerakan 901 melibatkan mahasiswa usm secara tidak disedari. apapun, VC baru usm harus peka tentang hal ini. bukankah usm mempunyai pegawai keselamatan yang terbaik? jabatan keselamatan terbaik dan dinaiktaraf seharusnya memberi maklumat risikan yang juga terbaik.enjin utama 901 di pulau pinang di gerakkan juga oleh mahasiswa usm. tak percaya.....moleklah jabatan keselamatan melalui risikannya mendedahkan.


Seterusnya KLIK DISINI


UPSI Tragedi Berdarah Ambang 2012


Mereka berbaring di jalan raya dan mengusung keranda tertera perkataan “AUKU’ dengan imej gambar Datuk Seri Najib Razak sebagai simbolik bantahan.


Mereka turut membawa bunga Ros untuk dihadiah kepada Perdana Menteri itu dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin.

Sekurang-kurangnya dua sekatan jalan raya dibuat dari susur keluar Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke UPSI untuk menghalang mahasiswa dan aktivis hadir memberi sokongan.Selepas tangkapan dibuat, pengguna twitter terkejut dan marah apabila akaun atas nama Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyatakan polis menyerbu lokap dan memukul mahasiswa yang sudah ditahan manakala sebahagian ditahan ketika mahu membuat laporan berkaitan keganasan pihak berkuasa itu.



Ikut logik akal,yang tengah baring nak mampus tu..
dalam Tweet Adam Adli,kata kepala dibalun FRU..
Apsal tgk kepalanya ok je...nak kata kena balun belakang kepala
satu titik darah pun takde kat katil tu...
Tulang rusuk patah,dakwa adam adli...
kalau tulang rusuk patah,medical mesti letak dia atas pengusung yang keras tu
bukan letak atas tilam...


Yang kepala berbalut beriya-iya tu...
kenapa baju dalam yang berdarah beriya-iya
tapi baju melayu yang dipakai ok je....
dan kalau kepala yang dibalun,apsal baju dalam yang kena darah
baju melayu dipakai tak kena???

Politik Malaysia Akan KIAMAT 2012!!!


Melangkah masuk ke tahun 2012,semua orang sudah sedia maklum ini adalah tahun penentuan.
Mahu tidak mahu mereka yang layak mengundi perlu membuat pilihan yang bakal mencorak arah tuju negara ini.
Nampak macam kerja mudah - pangkah saja.
Soalnya apakah Malaysia bakal 'kiamat' pada tahun ini?
Para pemimpin Barisan Nasional mengakui pilihanraya umum ke 13 adalah soal 'hidup mati' dalam konteks politiknya.
Disebelah pakatan pembangkang, mereka tidak pernah mengunakan istilah itu yang mengambarkan betapa sengitnya persaingan itu.
Namun hakikatnya,gambaran mereka amat terdesak memang tidak dapat diselindung seurat benang menerusi apa jua gelagat dan lakonan.
Bulan Januari...rasanya tidak mungkin,begitu juga Februari...apa kata bulan Mac atau April ?
Ketika dag dig dug  mengenai tarikh pilihanraya berkumandang di udara, kehangatan suhu politik sudah amat terasa...apa lagi pada 9 Januari ini ada satu keputusan besar bakal dbuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Ia adalah satu keputusan perundangan yang akan membuat penentuan bersalah atau tidak keatas satu dakwaan perbuatan jijik melibatkan moral dan intregiti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pokok pangkalnya kalau bukan di mahkamah,siapa lagi yang lebih layak memutuskan.
Walaupun cuma seorang insan kecil yang menjadi pembancuh kopi kepada bekas bosnya,Saiful Bukhari Azlan, juga seorang warganegara yang mempunyai hak sama untuk untuk mendapat keadilan.
Riak pembangkang nak bawa keputusan kes itu ke jalanan memang melucukan.
Teori konspirasi terus menjadi alat untuk berselindung walaupun ramai yang sudah nampak kelibat orang 'macam pernah kenal' dalam aksi video seks 99.9 peratus tulen.
Kita faham mereka sudah tidak ada pilihan dan jalan lagi jika kantoi dalam kes mahkamah yang jadi perhatian ramai ini.
Jalan mudah ialah spin kes itu habis-habisan untuk dijadikan senjata terbesar mereka untuk PRU13.
Seronok memang seronok orang yang (jika betul) sendiri bikin untuk syok sendiri boleh perguna dan perbodohkan penyokongnya untuk mempertahankan satu sifat keji.
Menarik untuk dilihat apa yang bakal terjadi pada 9 Januari dan hari-hari seterusnya.
Juga bagaimana pihak berkuasa menangani drama ini.
Negara sudah melalui pelbagai kemelut semasa kes liwat pertama tahun 1998 dulu.
Malaysia terus utuh dan rakyat tetap hidup dalam suasana amai damai... sekalipun terpaksa melayan pelbagai gelagat ribut itu.
Disebalik semua ini kehangatan suhu politik sudah menjadi makanan harian rakyat sejak PRU12 Mac 2008.
Negara tidak pernah sunyi dengan segala macam kontroversi kerana pembangkang merasa sudah berada di persimpangan masuk ke dalam pagar Putrajaya.
Ada saja yang berbangkit...tak itu...ini tak ini...itu.
Pembangkang menjadi besar kepala apa lagi dengan dakwaan orang bukan Melayu kini dalam poket mereka.
Dari sinilah kita lihat pelbagai isu yang dulunya tidak berani disentuh dan sensitif dirobek sesuka hati.
Ini adalah realiti politik semasa.
Tanya mana-mana pemerhati politik sekalipun...semuanya tentu bersetuju PRU13 adalah 'kemuncak' bagi negara ini sejak kita merdeka pada 31 Ogos 1957.
Samada 'Kiamat' atau tidak 'kiamat' Malaysia...untuk menempuh badai kali ini...itu elok sendiri-sendiri mau ingat.
AGENDA DAILY

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive