Wednesday, September 3

GUAN ENG BAKAL BERMANDIKAN LUDAHNYA SENDIRI....?


SEPERTI dijangka dari awal lagi, isu penahanan 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) pada 31 Ogos lalu terus hangat diperkatakan, terutama sekali setelah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar untuk berdebat secara terbuka dengannya mengenai penubuhan PPS itu.

Guan Eng secara terbuka mengecam tindakan polis menahan anggota PPS itu, sambil menyifatkan tindakan Khalid itu sebagai menyalahgunakan kuasa. Beliau turut bertanya apakah pihak polis akan turut menahannya sama seperti polis menahan Exco yang menjaga hal ehwal PPS, iaitu Phee Boon Poh?

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, memberitahu bahawa polis sedang memburu saki baki anggota PPS yang dianggarkan berjumlah lebih 9,000 orang.

Rahim mendedahkan bahawa 11 anggota PPS dari 156 orang yang ditahan polis pada 31 Ogos itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau - antaranya melibatkan jenayah cubaan membunuh, ahli kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, kesalahan di bawah Akta Kastam dan kesalahan di bawah Ordinan Darurat 1969.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut menasihatkan kerajaan Pulau Pinang membubarkan PPS kerana badan itu merupakan satu pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Satu entiti haram

Justeru pada sambutan Hari Kemerdekaan lalu, Polis menahan 156 anggota PPS semasa mereka mengambil bahagian dalam perayaan Merdeka di peringkat negeri Pulau Pinang. Menjelaskan rasional tindakan polis itu, Khalid menyatakan bahawa PPS dianggap satu entiti haram di bawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana ia tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.

Guan Eng sebaliknya mempertahankan bahawa PPS adalah satu organisasi yang sah kerana ia ditubuhkan oleh kerajaan negeri. Selama empat tahun PPS tidak berdepan dengan apa-apa masalah dari pihak polis kecuali satu dua insiden, di mana tindakan tatatertib telah pun diambil oleh kerajaan negeri dan mereka yang bersalah telah pun dihukum.

Sehari sebelumnya, pada 30 Ogos, Guan Eng menegaskan bahawa anggota PPS akan tetap mengambil bahagian dalam perayaan sambutan Merdeka itu, walaupun telah diberi amaran oleh polis bahawa sesiapa sahaja dalam kalangan anggota PPS yang menyertai perarakan itu akan ditangkap.

Di bawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan, satu pertubuhan itu menjadi pertubuhan haram (unlawful society) sekiranya ia tidak didaftarkan di bawah Seksyen 7.

Mengikut Seksyen 2, istilah "pertubuhan" diberi takrif yang luas, meliputi antara lain "kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan tujuh orang ahli atau lebih, tidak kira apa pun sifat atau matlamatnya, sama ada sementara atau berkekalan", tetapi tidak termasuk beberapa entiti yang disebutkan secara nyata dalam seksyen itu.

Menjadi pegawai satu pertubuhan haram adalah salah di bawah Seksyen 42 - boleh dihukum penjara selama 5 tahun, denda RM15,00 atau kedua-duanya sekali. Menjadi ahli pertubuhan haram juga satu kesalahan di bawah Seksyen 43 - boleh dihukum penjara 3 tahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Perbuatan mendorong, menggalakkan atau mempelawa orang lain untuk menjadi ahli atau menyertai satu pertubuhan haram juga satu kesalahan di bawah Seksyen 45 - boleh dihukum penjara 4 tahun, denda RM15,000 atau kedua-duanya sekali.

Ini bermakna bukan hanya pegawai dan ahli PPS yang boleh ditangkap, ditahan dan didakwa di mahkamah di bawah Akta Pertubuhan. Mana-mana orang (termasuk ahli Exco kerajaan atau Ketua Menteri sekali) yang sengaja mendorong, menggalakkan atau mempelawa (incite, induce or invite") orang awam lain menyertai PPS juga boleh dikenakan prosiding jenayah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman.

Kenapa Pulau Pinang perlukan PPS?

Mengikut Exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh, PPS ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada 8 April 2009 untuk membantu kerja "community policing" disebabkan Kerajaan Persekutuan tidak begitu berminat melayan permintaan kerajaan negeri untuk meningkatkan Rukun Tetangga dan Rela Corp demi keselamatan negeri.

Pihak yang menyokong penubuhan PPS ini menyatakan bahawa disebabkan kekurangan polis menjaga keamanan di negeri ini, orang awam terpaksa membuat rondaan secara sukarela. Apabila suatu jenayah berlaku, para sukarelawan inilah yang kadangkala sampai dulu ke tempat kejadian jenayah, dan mereka dibenarkan oleh undang-undang menjalankan "citizen's arrest".

Tidak semua yang berpendapat sedemikian itu. Ada yang berkata bahawa negara ini sudahpun ada PDRM, ada Rela, ada Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk membantu rakyat negara ini dan menjalankan tugas menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat. Selain itu, Guan Eng sendiri telah pun mengakui bahawa Pulau Pinang telah mencatatkan penurunan kadar jenayahnya selama ini - iaitu 27% pada tahun 2010 dan 25% dalam 6 bulan pertama tahun 2011.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga telah mengakui bahawa penurunan kadar jenayah di negeri adalah hasil kerja kuat PDRM, serta pemasangan CCTV dan penyertaan anggota masyarakat. Jadi apa perlunya lagi diwujudkan PPS?

Isu patut diselesaikan lama dulu

Pengerusi Majlis Peguam Negeri Pulau Pinang, Abdul Fareed Abdul Gafoor, berpendapat isu PPS itu sepatutnya diselesaikan lama dulu lagi. Pada pendapatnya, PPS sepatutnya didaftarkan dengan ROS sebaik sahaja ia diwujudkan oleh kerajaan negeri.

Mengikut Fareed, kerajaan negeri mendakwa PPS ini tertakluk kepada bidang kuasanya. Tetapi tidak ada satu pun undang-undang negeri yang ada menyatakan sedemikian itu. Andainya kerajaan negeri berkeras menyatakan PPS di bawah bidang kuasanya dan PDRM telah bertindak salah terhadapnya, ia perlu mendapatkan perisytiharan dari mahkamah.

Pada hemat saya, persoalan utama dalam isu PPS ini adalah sekalipun ia didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan, apakah fungsinya boleh meliputi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam? Bolehkah ROS membenarkan satu pertubuhan di negara ini menjalankan fungsi sedemikian itu?

Andainya kita semak secara terperinci Jadual ke Sembilan Perlembagaan Persekutuan, kita akan dapati bahawa dalam Item 3 Senarai I (iaitu Senarai Persekutuan) bahawa "Internal security, including - (a) Police …. Public order" adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri.

Jelas sekali, sebuah kerajaan negeri seperti Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak ada kuasa di sisi Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan apa-apa badan atau pertubuhan yang fungsinya seperti polis, iaitu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Kerja berkaitan keselamatan, kepolisan dan ketenteraman awam adalah kerja PDRM. PPS, yang ditubuhkan sebagai pertubuhan ala polis oleh Guan Eng, adalah jelas sekali haram di sisi undang-undang negara.

Oleh Salleh Buang

PENULIS ialah Penganalisis Undang-undang

Monday, September 1

@CmLimGuanEng JANGAN CABAR @MPKotaBelud


Jangan politikkan isu rumah kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan menunjukkan siapa yang lebih berkuasa memberi kelulusan atau menghalang pembinaannya.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kerajaan Pulau Pinang tidak wajar menghalang secara senyap perumahan mampu milik yang bakal dilaksanakan oleh beberapa agensi kerajaan Pusat dan pemaju dari kalangan pemimpin Umno.

Beliau berkata, alasan tidak munasabah yang diberi Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyebabkan matlamat pihak lain menyediakan 10,000 rumah mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang tidak menjadi kenyataan.

"

Kasihan kepada rakyat yang memerlukan rumah menjadi mangsa kepada karenah birokrasi yang diwujudkan kerajaan negeri.

"Jika ada masalah, apa salahnya Guan Eng mencari jalan dengan berunding bagi menyelesaikannya. Ini adalah untuk keperluan rakyat dan bukan kepentingan politik mana-mana pihak," katanya.

Menurutnya, Guan Eng sepatutnya bersyukur kerana ada pihak lain, terutama agensi kerajaan Pusat yang sanggup membantunya menyediakan rumah mampu milik.

Bagaimanapun, agak malang apabila ketua menteri tidak mampu melihatnya secara positif sebaliknya bertindak seperti samseng jalanan dan pemimpin tiada kelas walaupun membabitkan isu kecil semata-mata perasaan dendam kepada kerajaan Pusat.

"Siapa yang rugi. Rakyat terutama yang memang berhasrat memilik rumah sendiri. Nak harap kerajaan negeri, sampai sekarang belum nampak usahanya membina sendiri rumah untuk rakyat.

Abdul Rahman juga menegur sikap kerajaan negeri yang memberi tumpuan rumah mahal di bahagian pulau dan membina rumah mampu milik dan kos rendah di tanah besar.

"Ramai juga penduduk di pulau yang memerlukan rumah mampu milik. Bukan semuanya berupaya membeli rumah mahal. Perkara itu sepatutnya diseimbangkan," katanya.

PENYOKONG DAP BERDEMO DIHADAPAN BALAI POLIS PETANI ROAD....


Situasi terkini dari Balai Polis Jalan Petani. Kelihatan penyokong DAP berkumpul dihadapan pintu masuk. Mereka ini dah sampai tahap melampau kalau nak buat demo pun tunggu sampai esok. Arahan dari Ketua Polis Negara jelas bahawa anggota PPS ditahan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.


Ini semua adalah angkara DAP. Mereka akan menggunakan keseluruhan kekuatan PASUKAN PEGUAM mereka untuk membela anggota-anggota PPS yang ditangkap oleh polis.

Kekuatan PASUKAN PEGUAM.... itu adalah senjata utama Lim Guan Eng yang berikrar untuk memalukan PDRM dan memufliskan PDRM dengan saman-saman berharga mahal.

Dan perlu juga diingat, selain PASUKAN PEGUAM, Lim Guan Eng dan DAP juga memiliki PASUKAN HAKIM dan MAJISTRET yang akan memenangkan mereka, sepertimana yang kita dapat lihat dalam kes-kes saman melibatkan Lim Guan Eng dan DAP ke atas defendan-defendan termasuklah PDRM, Kerajaan Malaysia dan instrumen UMNO-BN.


Penjajahan Komunis/Sosialis dalam bentuk baru. Kalau dahulu mereka bersenjata dan menggunakan taktik peperangan gerila, tetapi disebabkan ASKAR-ASKAR MELAYU dan Angkatan Tentera Malaysia serta Polis Diraja Malaysia, senjata serta taktik peperangan gerila mereka gagal. Peluru tidak boleh dilawan peluru kerana secara tradisinya, pelarian dari negara China tidak mempunyai kekuatan atau keberanian apabila mereka berada di negara kedua. Mereka adalah jenis pengecut walaupun kerap kali mereka melaung-laungkan kehebatan. Kebiasaannya, yang berani akan bersama-sama Kerajaan, ATM dan PDRM di samping berusaha bersungguh-sungguh untuk membalas budi negara ini tanpa membawa lari keluar kekayaan seperti yang dilakukan oleh Robert Kuok, taukeh terbesar DAP!


Sekarang mereka menggunakan senjata baru iaitu UNDANG-UNDANG. Dengan mengukuhkan DAP menerusi pengkaderan dan pengagungan ke atas peguam, DAP dan Lim Guan Eng kini akan 
menyerang apa-apa sahaja menerusi kaedah saman dan hukuman penjara.

Itu yang sedang dilakukannya sekarang. Dan dengan kerjasama talibarut-talibarutnya dalam Jabatan Kehakiman Malaysia, mudahlah kerja mereka.

Inilah yang kita akan dapat saksikan dalam kes PPS nanti. Perhatikan nama-nama hakim dan majistret yang akan menyebelahi DAP serta menghukum PDRM melakukan penangkapan tidak sah tanpa membahaskan tentang motif serta status penubuhan PPS selain cabaran Lim Guan Eng ke atas pihak berkuasa.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive