Wednesday, October 1

MINYAK RON 95 NAIK LAGI....20SEN SELITER..


Nasib baik MKP hanya ada motor kapcai. Kalau pakai motor besar agak susah jugak nak kawal pembelanjaan yang kian meningkat. 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Okt 2014.

Dengan ini harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Kali terakhir harga RON95 disemak adalah pada September 2013.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.

VIDEO RAKAMAN KETUA Unit Amal PAS PUKUL Safwan Anang #MahasiswaPKR


Dah elok buku bertemu Ruas. Krisis dalam PAS dan PKR telah merebak hingga melibatkan Golongan Mahasiswa pulak. Umum tahu bahawa Mahasiswa sengal yang selalu membuat kacau ini adalah dari KEM PKR.

Anwar sekali lagi akan memperalatkan rakyat dan mahasiswa serta mahasiswi yang pendek akal berselindung di sebalik nama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk mencetuskan huru hara bersama sayap parti PKR iaitu AMK malah gerakan SMM dan BEBAS.

Jika dahulu mereka ini berdemo dan bergaduh sebagainya untuk mencemarkan nama baik Pemimpin Kerajaan Malaysia tapi kini telah beralih arah kepada KEM PAS pulak.


Siapa Perancangnya mungkin pembaca dapat membaca serta mengetahui dalang disebalik onar ini....

Kumpulan haram SMM ini lebih rela jual diri pada PKR demi duit upahan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk pemimpin agung mereka iaitu Anwar Ibrahim.

Menurut maklumat yang diterima, SMM hanya popular dikalangan portal media pembangkang sahaja tetapi ditolak majoriti Mahasiswa seluruh Malaysia.

Sikap kurang ajar dan biadap mereka tidak wajar menjadi ikutan golongan muda hari ini.

Dan hari ini rakyat tahu bahawa agenda SMM hanya untuk menjadi platform pemimpin pelajar utk menyertai dunia politik bersama pembangkang semata-mata dan bukannya perjuangan untuk Mahasiswa.

Spesis Musang berbulu ayam tapi Mahasiswa bukan boleh diperkuda dan diperbodohkan balaci SMM dan sosialis PKR.

PAS PULAU PINANG HANYA MACAI DIMATA @LimGuanEng


Dah elok kalau jadi macam nie, Dulu nak bertahlul Siyasi sangat kononnya DAP boleh membela PAS di Pulau Pinang tapi sekarang dah terbalik jadinya. Mungkin ini balasan dari Allah kepada PAS.

Punya bersungguh memaki UMNO yang zahirnya sesama Islam.PAS perlu ingat bahawa DAP adalah Cauvanis mereka bertindak ala Diktator didalam rangka politik mereka.

PAS Pulau Pinang semalam menggesa kerajaan negeri supaya menarik balik pemecatan Anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap pihak berkuasa tempatan (PBT).

Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang Fadzil Kemi berkata sebagai pemimpin PAS yang komited, Iszuree lantang menyuarakan isu berkaitan nasib penduduk di negeri ini.

"Isu yang dibangkitkan Iszuree pada Muktamar PAS (bulan lepas) melibatkan rakyat dan bukan memburuk-burukkan kerajaan Pulau Pinang. Perkara ini harus ditangani dengan bijaksana, perlu adakan perbincangan," katanya.

Iszuree, yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, dipecat daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP berikutan ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS Ke-60 di Batu Pahat, Johor Baharu, yang dikatakan menegur kerajaan Pulau Pinang berhubung isu dasar perumahan.

Iszuree, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata beliau hanya membangkitkan isu rakyat sama seperti yang dilakukan pemimpin DAP atau PKR ketika mereka menghadiri perhimpunan agung parti masing-masing.

Sementara itu, Pengerusi Lujnah Tanah PAS Pusat Mazlan Aliman berkata pihaknya mahu mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng berhubung isu tanah dan penduduk negeri ini.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive