Monday, September 7

ORANG MELAYU & SIFAT (PHD)


Sejak dari kecil kita dimomokan dengan cerita sifat serta hasrat dengki orang melayu, Ini bukanlah cerita yang direka oleh MKP akan tetapi ramai yang telah merasai sendiri. Jika berniaga sudah pasti benda sebegini diperhebahkan "amalan dukun serta bomoh".

Sejarah memperlihatkan empayar dan tamadun Islam jatuh disebabkan berlakunya khianat, hasrat dengki dan benci-membenci malah ada yang sanggup berkompromi dengan musuh.

Khianat, hasrat dengki dan benci-membenci ini akan kurangkan juga akan mengikis kekuatan, agama dan perpaduan dalam kalangan orang Melayu terutama kita ahli UMNO. Ini yang berlaku sekarang.

Ketentuan untuk meletakkan kedudukan seseorang itu adalah urusan Allah dan hambaNya tidak sepatutnya mempersoal ketentuan itu dengan mempunyai sifat hasad dengki.

Kedudukan seseorang itu sangat jelas, kita boleh berusaha dan tawakal kepada Allah sebab qada dan qadar itu boleh ditukar dengan doa.

Tetapi hakikatnya apabila seseorang diletakkan di tempatnya, sama ada di peringkat cawangan, bahagian, negeri atau pusat, maka sokongan dan dokongan perlu diberi secara padu.


Perpecahan di kalangan anggota UMNO kerana menyokong pemimpin tertentu perlu ditamatkan serta-merta dan anggota Umno di setiap peringkat perlu bersatu di bawah satu sokongan dengan menyokong satu kepimpinan.

Sifat itu perlu dihapuskan segera kerana anggota UMNO sudah tidak mempunyai masa lagi untuk berbalah sesama sendiri memandangkan pilihan raya umum ke-14 sudah semakin dekat bagi memastikan UMNO kekal memerintah bagi membela nasib rakyat.

UMNO pada masa ini menghadapi 'peperangan' persepsi dan dihukum melalui 'mahkamah' pendapat umum, justeru anggota parti perlu menggunakan minda mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini.Perpecahan di kalangan anggota UMNO boleh menimbulkan persepsi yang negatif terhadap parti keramat orang Melayu.

Dahulu kekuatan politik di zaman penjajah berdasarkan kekuatan senjata, kini politik dipengaruhi kekuatan minda, apabila persepsi negatif diwujudkan akan jadi negatif, bila positif akan jadi positif, seseorang itu telah dihukum terlebih dahulu melalui persepsi.

Anggota Umno perlu lebih kuat terutamanya dalam menguasai media sosial bagi menangkis segala serangan musuh politik parti. Jangan kita gagal dalam peperangan minda melalui media sosial, jangan sesekali ada anggota UMNO yang 'menembak' sesama sendiri dalam media sosial, hentikan segera.


Saturday, September 5

JAHAT SUNGGUH Wartawan The Malaysian Insider. @MpKotaBelud

Berikut adalah video yang telah buat dimana etika kewartawanan itu tidak dipatuhi oleh seseorang wartawan dan boleh menjatuhkan reputasi seseorang. Video ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak dan ini hanya lakonan semata-mata.

Pagi tadi, seorang wartawan The Malaysian Insider (TMI) bertanyakan soalan berhubung respon saya terhadap kebimbangan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa penyiasatan ke arah YAB Perdana Menteri tidak akan dapat dilaksanakan secara telus memandangkan mereka bertanggungjawab kepada Perdana Menteri. 
Saya menjawab bahawa jika pihak penyiasat bertanggungjawab kepada sesiapa pun, orang ramai tetap akan menuduh pihak penyiasat sebagai tidak telus.  
Sebagai contoh, sekiranya mereka bertanggungjawab kepada Parlimen, orang ramai akan berkata bahawa mereka tidak telus memandangkan ada lebih ramai ahli parlimen BN di Parlimen berbanding pembangkang. 
Walau pihak penyiasat bertanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong sekalipun, orang ramai akan tetap menuduh Yang di-Pertuan Agong sebagai menyebelahi sebelah pihak sahaja. 
Dengan kata lain, saya hanya menjelaskan bahawa sekiranya pihak penyiasat bertanggungjawab kepada sesiapa pun, orang ramai akan tetap menuduh mereka sebagai tidak telus. 
Saya turut menambah bahawa pengundi-pengundi sahaja yang boleh menentukan keputusan pilihanraya umum yang akan datang. Mereka boleh terus mengundi kami, dan mereka jugalah yang boleh menghukum kami. 
Malangnya, kenyataan saya ini telah diputarbelit oleh The Malaysian Insider. Tajuk utamanya dengan gah mendakwa, “Tiada siasatan terhadap Najib akan telus, kata menteri.” Tajuk berita ini ternyata sungguh tidak bertanggungjawab. 
Saya tidak pernah berkata sedemikian. Apa yang saya katakan adalah bahawa sekiranya pihak penyiasat bertanggungjawab kepada sesiapa pun, orang ramai akan tetap meragui ketelusan mereka. 
Saya harap TMI akan lebih bertanggungjawab dan telus dalam laporan mereka dan berhenti dari memutarbelitkan kenyataan-kenyataan saya. Saya telah meminta mereka membetulkan laporan mereka dengan segera.
Dato' Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
FACEBOOK LINK  

 
 

Friday, September 4

7 PEMIMPIN UMNO BAKAL DIPECAT.......


Mutakhir ini pergolakan dalaman UMNO menjadi buah mulut dikalangan Rakyat. MKP pun ditanya mengenai pergolakan ini. Jawapan MKP amat mudah "saya hanya ahli biasa bukan boleh masuk mesyuarat Majlis Tertinggi pun". Yang pastinya setiap keputusan perlulah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi. 

Tapi MKP agak terkilan jugak kerana sampai sekarang isu besar sebegini masih lagi belum selesai dimeja perundingan. Jika berlarutan kelak yang hancur adalah UMNO itu sendiri. 

Pemimpin datang dan pergi akan tetapi UMNO kekal dengan reputasi yang kurang meyakinkan rakyat. Siapa yang rugi...? Pihak pembangkang mengambil kesempatan hanya mengapikan sedikit melalui media yang dikuasai mereka. Ayat menyedapkan hati adalah mungkin ada kebaikan disebalik kemelut yang berlaku sekarang ini. 

Pada zaman ini dimana ramai asyik bergayut pada handphone dan melayari internet sekelip mata saja siapa saja boleh cetuskan khabar angin yang merebak luas.

'Tembak' satu cerita,lempar masuk mana-mana whatsapp group maka akan menjalar dengan pantas hingga kerap kali ada kisah orang yang segar bernafas terkejut dia dikhabarkan sudah dikuburkan.

Terbaru paling hangat ialah penyebaran di media sosial senarai tujuh orang pemimpin UMNO konon akan dipecat pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan pada Rabu,9 September ini.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sepatutnya diadakan pada 31 Julai lalu.Namun ia dibatalkan  kerana dikatakan untuk sejukan keadaan selepas rombakan kabinet dibuat.

Rombakan itu agak panas bila melibatkan penguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Macam mana senarai yang disebar tak jadi panas.Ia membariskan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO,Shafie Naib Presiden dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baru,Datuk Aziz Sheikh Fadzir,Ketua UMNO Bahagian Kemaman,Datuk Ahmad Said,bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO,Datuk Hamidah Osman dan Ketua UMNO Bahagian Sepanggar,Sabah,Datuk Jumat Idris.

Jika betul bagai disebar UMNO/BN akan kehilangan empat kerusi Parlimen yakni Muhyiddin di Pagoh,Johor ,Shafie di Semporna,Sabah,Aziz di Kulim Bandar Bharu,Kedah dan Jumaat di Sepanggar,Sabah.

Dua kawasan Dewan Undangan Negeri pula Ahmad Said di Kemaman,Terengganu dan Mukhriz di Air Hitam,Kedah.

Sekalipun tidak diketahui siapa yang 'tembak' tetapi penyebaran senarai itu telah mencetuskan tandatanya.Betulkah?

Ada yang berkata mana lojiknya cerita yang disebar berasaskan situasai politik semasa.

Dalam pada itu ada juga yang merasa cerita itu sengaja 'ditembak' oleh pihak tertentu untuk menghangat suasana dalam UMNO menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Apapun ia telah mendorong Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia,Tan Sri Mohamad Aziz yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor adakan sidang akhbar Khamis mengenai hal berkenaan.

Beliau antara lain kata jika benar Majlis Tertinggi 9 September ini hendak ambil tindakan memecat atau gantung keahlian Muhyiddin dan Shafie ia keputusan tidak bijak dan tentu akanm mencetuskan kemarahan ahli parti.

Mukhriz pula yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Alor Star Khamis enggan mengulas mengenai kisah kononnya beliau akan dipecat dari parti itu.

Katanya setakat ini beliau sendiri belum dapat apa-apa makluman dari UMNO Pusat mengenai hal berkenaan.

"List ni macam-macam, ...tetapi selagi benda itu tak jadi kenyataan, saya tak boleh la nak bagi respon.

"Saya sendiri ada tengok macam-macam dihantar melalui WhatsApp dan sebagainya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa kenyataan daripada mana-mana pihak khususnya pimpinan UMNO Pusat,"katanya.

Sementara itu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga ditanya wartawan semasa satu majlis di Batu Pahat Khamis.

Baginya senarai yang disebar itu konon Muhyiddin dan Shafie hendak dipecat atau digantung keahlian UMNO adalah khabar angin yang tidka berasas.

"Jika ada pihak tertentu yang mahu terus percaya khabar angin berkenaan, terpulanglah tapi saya sendiri pun masih tidak tahu apa agenda mesyuarat ( Majkis Tertinggi UNNO )  itu nanti.

"Malah mesyuarat Majlis Tertinggi juga sebenarnya adalah tertutup dan apa saja agenda yang dibincangkan juga tidak perlu dibincangkan umum, jadi saya nasihatkan tidak perlulah sebar khabar angin yang bukan-bukan seperti ini," katanya.

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil pula ingatkan ahli UMNO tidak terpengaruh dengan penyebaran senarai seumpama itu.

Ketika ditanya mengenainya dalam sidang akhbar selepas Ketua-ketua Wanita UMNO Bahagian adakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC Khamis,beliau berkata," kalau lihat trend sekarang setiap hari ada senarai baru."

Agenda Daily 

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive