Tuesday, October 20

LALUAN BARU BAS DUA TINGKAT,TAMBANG CUMA RM3.00 @Myrapidkl @azmiaziz60


Rapid Bus Sdn Bhd, pengendali bus RapidKL hari ini memperkenalkan perkhidmatan bas dua tingkat bagi laluan U64 iaitu dari Taman Sri Muda di sini ke Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Pengurus Zon Tiganya, Sarifudin Saidin berkata, perkhidmatan itu adalah laluan keempat menggunakan kemudahan bas dua tingkat selepas laluan U80 dari Seksyen 2 Shah Alam ke Pasar Seni, U30 dari Ampang ke KLCC dan dari Kajang ke Jalan Silang di ibu kota.

"Bagi laluan U64 ini kami memperuntukan empat bas dua tingkat kerana jumlah pengguna di sini mencatat 5,000 penumpang sehari pada hari bekerja dan meningkat kepada 6,000 pada hari cuti.

"Tiada cas tambahan dikenakan kepada pengguna yang menaiki bas dua tingkat ini, kadar tambangnya tetap sama seperti bas RapidKL yang lain," katanya  selepas memperkenalkan perkhidmatan bas berkenaan.

Tambang dikenakan bagi perjalanan sehala dari Taman Sri Muda ke Pasar Seni ialah RM3. Katanya, sejak dilancarkan September lepas, perkhidmatan bas dua tingkat berkenaan telah mendapat sambutan baik daripada pengguna.

Ada pengguna yang mahu perkhidmatan bas itu disediakan di semua laluan RapidKL tetapi ia tertakluk kepada kesesuaian laluan memandangkan bas berkenaan adalah setinggi 4.2 meter, katanya. Sehingga kini 14 daripada 40 bas dua tingkat telah beroperasi di sekitar Lembah Klang.

Bas berkenaan yang mampu membawa sehingga 108 penumpang pada setiap masa dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya tandas dan Wifi selain mesra OKU. -

Thursday, October 15

"POLITIK BARU' ADA PUN TIDAK MENAMBAH PERGIMU TIDAK DITANGISI....


MKP pernah hadir Program yang dianjurkan oleh DAP di Komtar Pulau Pinang beberapa tahun lepas.Ketika ini Datuk Saifuddin masih lagi menjadi Timbalan Menteri. Dah dijemput oleh timbalan menteri hadir ajelah kalau tak hadir nanti dikatakan sombong pulak.

Program pada hari itu dihadiri oleh Nurul Izzah dan Zairil Khir Johari. Ianya berkonsepkan politik baru. Berkali-kali Nurul Izzah menjemput Saifuddin menyertai PKR namun ditolak secara baik oleh Saifuddin. Ternyata pelawaan itu dimakbulkan hari ini.

Sudah pasti yang paling gembira adalah Nurul Izaah raut wajah didalam gambar diatas menceritakan segala-galanya. Berbalik pada program di Komtar tempohari. Selepas program sempatlah MKP makan nasi kandaq beratoq dengan Saifuddin dan Nurul Izaah kali pertama bertentang mata ngan Nurul Izzah. Tak sangka lepas tayangkan video mengaibkan lepas tue duduk semeja dengan pelaku. Bayangkan hati MKP masa itu.

Gundah gelana duduk tak senang dan pelbagai imaginasi timbul. Tapi MKP tetap cool walaupun didalam hati bagai nak rabak jantung dibuatnya. Cerita selebihnya nanti kita sambung. MKP nak ceritakan benda lain dulu.

PKR ghairah mahu menjadi “abang besar” di kalangan parti-parti pembangkang dengan mengundang mereka menyertai rundingan Meja Bulat khas bagi membincangkan strategi pembangkang untuk pilihanraya umum (PRU) ke-14.

Yang hadir ialah beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memang condong pada politik pembangkang seperti Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) , Persatuan Ulama Malaysia, WADAH dan IKRAM.

Yang tidak hadir ialah PAS, parti yang menjadi di antara pelopor pembentukan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan tujuh tahun lalu bersama PKR dan DAP. Bagaimanapun DAP pertengahan tahun ini mengisytiharkan pakatan itu berkubur.

PKR yakin perbalahan di antara PAS dan DAP tidak akan berpanjangan dan ia boleh ditaut semula seperti yang pernah dilakukan oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2008.

Malangnya, PAS pula kurang bernafsu untuk menjalin hubungan baru dengan DAP yang atas alasan prinsip, tidak mahu mengiktiraf kepimpinan presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Ini mendorong PAS menerima usul Dewan Ulamanya dalam Muktamar ke-61 Jun lalu supaya tahaluf dengan DAP dibatalkan. Maka terlerailah sebarang kerjasama di antara kedua parti itu.

Namun PKR tetap optimis hubungan kedua parti itu boleh dipulihkan.

Malangnya, apabila tewas dalam pemilihan kepimpinan PAS di muktamar berkenaan ramai pemimpin kanan PAS yang mengaku progresif bertindak keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara 16 September lalu.

PAS menganggap tindakan kumpulan yang dipimpin oleh bekas Timbalan Presidenya, Mohamad Sabu sebagai satu pengkhianatan. Maka PAS pun, atas dasar prinsip juga, enggan “bertahaluf” dengan pengkhianat.

Sama ada sudah dirancang atau kebetulan, presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang mempengerusikan rundingan meja bulat itu dengan “terkocoh-kocoh” pula mengumumkan Pakatan Harapan ditubuhkan.

Ini memeranjatkan ramai pemimpin PKR sendiri yang sebelum itu merestui Wan Azizah memimpin rundingan berkenaan. Mereka menarik balik restu yang diberikan dan menuntut supaya PKR mengkaji semula langkah presidennya itu.

Kumpulan yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Azmin Ali itu berjaya dalam petisyen mereka supaya mesyuarat khas diadakan bagi mengkaji semula pendirian PKR dalam isu Pakatan Harapan dan penyertaan PAS itu.

Namun bagi PAS, tanpa perlu mengumumkan pendirian rasminya berhubung penyertaan dalam pakatan baru itu, keputusan PAS adalah cukup jelas difahami oleh kawan dan lawan. Ia tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Azmin mahu PAS tetap bersama Pakatan Harapan. Sebagai bekas Pengarah Pilihanraya PKR dalam PRU ke-13 dua tahun lalu, Azmin tahu betapa pentingnya PAS dalam strategi besar menumbangkan Umno-BN dalam PRU 14.

Bagaimanapun sikap terburu-buru Wan Azizah mengumumkan hasil rundingan meja bulat pada 22 September kononnya sebagai konsensus menubuhkan pakatan baru tanpa PAS, menjentik sensitiviti pemimpin PKR sendiri.

PKR boleh menggunakan alasan bahawa hakikat mesyuarat khusus diadakan untuk meneliti semula pendirian PKR dalam isu ini adalah manifestasi hak kebebasan bersuara wujud dalam parti itu. Namun umum menghidu ada perbalahan dalam PKR.

Untuk mengelak persepsi kurang elok terhadap ketulusannya dalam menangani isu PAS, maka Timbalan Presiden, Azmin Ali menyatakan pendirian umum PKR ialah ia akan terus cuba memujuk PAS kembali pada pakatan.

Namun jika PAS benar mahu menjadi parti yang beristiqamah, adalah sukar dibayangkan betapa ia akan membuat pusingan-U dan mengkaji semula pendiriannya terhadap DAP dan Amanah.

Ini bermakna sejak DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah berkubur, tidak banyak kemajuan dicapai dalam membentuk sebuah pakatan politik baru.

PKR kini perlu mengatur permulaan baru. Satu rundingan meja bulat belum memadai untuk “menghidup dan meraikan” Pakatan Harapan. Yang menjadi persoalan ialah, apakah status Pakatan Harapan kini? Wujud atau tidak?

Bagaimanapun petisyen Azmin dan kawan-kawannya pasti mencalar sedikit kewibawaan kepimpinan Wan Azizah. Kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di parlimen tidak memberinya kuasa automatik sebagai ketua pergerakan pembangkang.

Kini beliau menghadapi cabaran lebih getir. Cabaran utamanya kini ialah bagaimana mendapat kepercayaan penuh partinya bahawa beliau mampu memimpin PKR dan bukan hanya “pemanas” kerusi Ketua Umum sahaja.

Isu ini jika tidak ditangani segera akan mengoyakkan lebih besar lagi hamparan kepercayaan ahli-ahli PKR sendiri.

DAP dan Amanah kini nampaknya semakin serasi dalam politik. Adalah dibimbangi kedudukan ini akan menimbulkan keyakinan dua parti itu untuk memikirkan kemungkinan melanjutkan tahaluf mereka tanpa PKR pula.

Mesyuarat malam kelmarin cuba menyembunyikan kemungkinan ini. Namun memang satu kelaziman politik, perpecahan akan berlaku bila hilang kepercayaan terhadap pemimpin.

Demikian masalah PAS sejak Jun lalu. Kini ia menjadi masalah yang menghantui PKR pula.  

Monday, October 12

Kenapa Johari Hadir di Pejabat Mahathir?


Kehadirannya menimbulkan tanda tanya apa peranan orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam 'kem' Mahathir yang kini semakin agresif mengkritik kempimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selepas selesai sidang media, Johari  kemudiannya kelihatan bergegas menaiki kenderaan bersama Ku Li.

Persoalannya, adakah kehadiran Johari itu ada kaitan usaha mendapatkan kerjasama ahli parlimen pembangkang untuk undi tidak percaya PM di parlimen atau tidak tidak dapat dipastikan.

Ku Li dalam sidang media sebelum itu ada menyatakan sekiranya usaha undi tidak percaya gagal dibuat di Dewan Rakyat kerana speaker ada kuasa berbuat demikian, ada lagi cara lain boleh dibuat tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

Ketua WHIP PKR dan Ahli Parlimen Sungai Petani itu kelihatan duduk di sofa bangunan itu semasa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan sidang media membantah penahanan Matthias Chang dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA 2012.

Beliau bagaimanapun 'melarikan diri' ketika wartawan cuba bertanyakan lebih lanjut mengenai kehadirannya dalam pertemuan yang turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal itu dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive