Monday, February 14

Melayu Di Pulau Mutiara,Balik Pulau "Leik Lau".

Durian Balik Pulau sedap la kalau mau sila mai sini.

BALIK Pulau Bayan Lepas, di sana terpelau di sini terlepas. Nampaknya ingatan atau sindiran sinis terhadap Melayu Pulau Pinang menghampiri kenyataan. Maksud sindiran itu boleh disamakan dengan peribahasa Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Balik Pulau boleh dianggap satu-satunya kawasan Melayu yang masih bertahan di pulau itu. Dulu Bayan Lepas juga pernah menjadi tumpuan Melayu. Tetapi disebabkan keperluan ekonomi, Bayan Lepas bertukar wajah. Ramai Melayu terpaksa ‘berhijrah’.

Kawasan itu akhirnya menjadi tempat anak-anak Melayu menjadi operator pengeluaran di kilang elektronik. Turut menumpang ialah anak-anak Melayu dari Kedah, Perlis dan Perak. Khabarnya ada juga Melayu yang tidak tahan tinggal di Bayan Lepas kerana faktor lain.
Mereka terpaksa ‘angkat kaki’. Apakah nasib yang sama akan menimpa Melayu Balik Pulau?

Jika ini berlaku, sahlah sindiran yang menjadi mukadimah Selak hari ini.

Isu Melayu Pulau Pinang tidak pernah selesai. Melayu dihimpit pelbagai masalah seperti kampung diroboh, gerai perniagaan diranapkan, status tanah mahu ditukar dan macam-macam lagi.

 Keadaan ini menyebabkan Melayu Pulau Pinang terasa berlaku ketidakadilan.
Maka atas faktor itulah, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada satu majlis Tahun Baru Cina yang turut dihadiri Ketua Menteri, Lim Guan Eng meminta kerajaan DAP memberi keadilan – bukan keadilan yang menjadi slogan politik – tetapi dalam bentuk tindakan dan peluang.

Di Pulau Mutiara itu, Melayu Pulau Pinang adalah minoriti. Ada minoriti dipinggirkan dan ada minoriti yang mendapat lebih perhatian daripada majoriti.

Melayu Pulau Pinang boleh menilai sendiri apa yang berlaku. Adakah silap sendiri atau kerajaan? Tanyalah diri sendiri seperti Hang Tuah bertanya kepada dirinya selepas Hang Jebat mati bertikam dengannya dalam filem Hang Tuah.

Hang Tuah bertanya: ‘‘Siapa yang benar. Jebatkah benar atau akukah (Hang Tuah) benar’’.
Kerajaan DAP dan Melayu ibarat durian dengan mentimun. Sebagai kerajaan, merekalah paling berkuasa.

Kembali ke Balik Pulau, sejak akhir-akhir ini timbul keresahan di kalangan orang Melayu khususnya orang UMNO di kawasan itu berhubung risalah My Balik Pulau yang didakwa mempunyai banyak fakta tidak tepat. Salah satu rencana bertajuk Jom! Ketahui Balik Sana Pulau! Balik Pulau juga digambarkan bukan dibuka oleh orang Melayu.

Ilustrasi dalam risalah itu juga menyakitkan. Melayu digambarkan seperti peminta sedekah, berpakaian compang-camping. Mereka meminjam wang ceti untuk membiayai upacara besar-besaran seperti majlis perkahwinan. Orang Cina pula dengan berpakaian kemas pinjam duit untuk buka perniagaan baru.

Begitulah gambaran yang diberi terhadap Melayu Balik Pulau.
Masing-masing menafikan bertanggungjawab menerbit atau menaja risalah itu. Sebagai catatan, pada risalah itu tercatat nama serta logo Arts Ed selaku penerbit manakala Majlis Pendidikan Pulau Pinang, Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Pulau Pinang dan 
syarikat telekomunikasi DiGi sebagai penaja.

Kerajaan negeri juga nafi.

Guan Eng dilaporkan berkata, peruntukan untuk risalah itu dikeluarkan oleh kerajaan terdahulu. Maknanya kerajaan DAP boleh ‘cuci tangan’. Lainlah jika pelaburan berbilion ringgit yang masuk ke negeri itu hasil usaha sebelum 2008, maka bolehlah kerajaan DAP menadah tangan dan tumpang semangkuk meraikan kemasukan pelaburan itu walaupun ia adalah hasil usaha BN.

Dalam maksud lain, apa juga usaha kerajaan BN sebelum ini yang ‘dituai’ dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini maka bolehlah dikatakan usaha kerajaan DAP.

Macam pilih durian di Balik Pulau, semua yang baik masuk bakul sendiri dan yang tidak elok humban ke dalam bakul orang lain. Begitulah adat manusia terutama dalam politik.
Selain sejarah duka Melayu Balik Pulau itu, isu roboh gerai terutama milik Melayu juga semakin panas. Tentu kita masih ingat nasib gerai Do Re Mi, Three N Ikan Bakar, G-Station, Medan Ikan Bakar Gold Coast, Sunset Bistro dan banyak lagi.

Dulu semasa BN perintah, ada juga gerai yang diroboh bagi memberi laluan kepada projek pembangunan contohnya di kawasan Meriam Timbul Butterworth. Tetapi kerajaan memberi pilihan lain untuk berniaga. Kini keadaan jauh berbeza seolah-olah tidak ada kompromi. Sedangkan di dalam kedai, ada yang berani masuk bertindak secara angkuh, inikan pula gerai di tepi jalan. Lagak seperti ini menakutkan orang untuk makan di kedai atau gerai. Takut nanti meja diusung ketika sedang makan.

Apa nak jadi?

Lebih malang, dalam menegakkan undang-undang ciptaan manusia, Melayu bergasak sesama sendiri. Peniaga, penguat kuasa, polis bantuan semuanya Melayu. Yang kena kosongkan gerai Melayu, yang kena belasah Melayu dan yang kena tahan Melayu. Malang sungguh Melayu.
Jangan pula keluh kesah ini akan dianggap rasis . Setiap tindakan yang hendak diambil mestilah secara adil supaya tidak menyakitkan hati orang lain. Janganlah seperti kuman di seberang lautan nampak gajah di pelupuk mata tiada tampak.

Siapa pun akan marah apabila sudah berpuluh tahun berniaga tiba-tiba dalam tempoh tiga tahun keadaan berubah. Lebih terasa tentunya penyokong Pas yang turut dikenakan tindakan. Sudah tentulah baginya sokongan membawa rebah.

Hakikatnya tidak sampai satu penggal kerajaan pakatan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (Pas), macam-macam hal berlaku. Di manakah suara yang sering melaungkan soal tindakan secara demokratik, adil dan berlandaskan Islam?

Sebelum menyelak pintu Selak ini, kepada umat Islam diucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul esok. Tema kali ini ialah 1Malaysia 1Ummah. Bagaimanapun Pulau Pinang menolak tema ini sebaliknya menggunakan tema Wasatiyyah Tonggak Kecemerlangan Ummah.

Tahun lalu, Pulau Pinang juga mengejutkan banyak pihak berhubung sambutan ini. Rasanya tidak perlu diselak semula ‘kekalutan’ yang berlaku. Apa yang ingin diselak di sini mengenai perkataan 1Malaysia yang menakutkan kerajaan DAP Pulau Pinang sama seperti ‘ketakutuan’ kerajaan PKR Selangor sebelum ini.

Entah apa salah dan dosa 1Malaysia. Entah apa yang dibimbangkan dengan 1Malaysia ini. 1Malaysia sama seperti SeMalaysia. Moga-moga selepas ini Pas pula tidak dipaksa menggugurkan perkataan SeMalaysia yang juga membawa maksud 1Malaysia. Apa pun terima sajalah tema Wasatiyyah Tonggak Kecemerlangan Ummah yang membawa maksud kesederhanaan dalam Islam. Apa yang penting, sambutan.

 Jangan pula ada puak nakal menaikkan sepanduk yang terpampang 1Malaysia semasa perarakan esok.

Kecoh satu pulau nanti! Terlanjur menyentuh wasatiyyah yang diguna oleh Pulau Pinang kali ini, bagi yang kurang faham bolehlah selak semula ucapan dasar Presiden UMNO, Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO Kali Ke-61 pdaa 21 Oktober 2010. Ucapan Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran itu menyentuh sepintas lalu mengenai wasatiyyah. 

Ucapan pembukaannya dimulakan dengan firman Allah SWT.

Pertama: “Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu umat Islam ‘umat pertengahan’ agar kamu menjadi saksi atas perbuaan manusia dan agar Rasul yakni Muhammad menjadi 
saksi atas perbuatan kamu”. - Maksud surah Al-Baqarah, ayat 143.

Satu lagi yang elok menjadi renungan termasuklah kerajaan Pulau Pinang yang mendakwa mahu mencontohi pemerintahan salah seorang khalifah Islam, iaitu “Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka. Mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermusyawarah dengan mereka dalam urusan itu,”.


Sumber klik disini

Mat kilau isu cabar-mencabar,saman-menyaman.Guan Eng jika lu ada Teloq saman sama DS Rizal Merican jika dakwaanya tidak benar mengenai risalah My Balik Pulau.  

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive