Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

Friday, August 16

RAMAI LAGI PEMIMPIN UMNO PULAU PINANG YANG LANTIK ANAK SEBAGAI PEGAWAINYA...........?


Ini bukan rekaan akan tetapi kenyataan yang harus diterima oleh semua pihak. Ternyata benda yang pahit amat sukar untuk ditelan, Ibarat kata pepatah "diluah mati bapak ditelan mati anak" akan tetapi hakikat sebenarnya itulah amalan sejak dari dahulu dan sampai kini.

Jangan menipu ahli UMNO Pulau Pinang atau nak berdalih jika dipecah pekung ini sudah pasti ramai yang melompat seperti ANJING DIBALING BATU KENA DEKAT KEPALA.

So pada yang berkenaan tolong jangan kacau orang lain atau mempertikaikan kerja orang lain kerana kita ini semua manusia.Ingat tue!!!!  Walau bagaimanpun kita semua dari semua segi sudah pasti ada kesalahan serta tidak sempurna juga akhirnya.

Kuman diseberang laut pastinya nampak akan tetapi BANGKAI GAJAH DIDEPAN MATA DITUTUP RAPAT NAMUN BANGKAI TETAP BANGKAI......BAUNYA TETAP MENUSUK HIDUNG......

MKP ambil pendekatan mahu melondehkan amalan KRONISME yang dilakukan oleh Ketua Menteri POJAAN CINABENG DAP dulu sebelum buka pekung UMNO.......

 Setakat ini ADUN Pakatan DAPING Chong Eng (Bukit Mertajam), Lim Hock Seng (Bagan Jermal) dan MELAYU TAK SEDAQ DIRI Abdul Malik Abul Kassim (Batu Maung). Meraka ini telah melakukan kesalahan yang pastinya ditutup mata oleh Guan Eng walaupun melakukan kesalahan mengaji kaum kerabat sebagai pegawai pada mereka.

Anak lelaki Chong Eng sedang membantu ibunya itu secara sukarela dan tidak dibayar gaji oleh kerajaan negeri. Adakah dakwaan ini benar? Mana ketelusan CAT yang dicanang oleh DAP?

Abdul Malik pula telah mengaji adik perempuannya bekerja di pejabatnya sejak 2008. Siapa yang bayar gaji....DAP tutup mata??? untuk mengaburi mata rakyat Pulau Pinang jawapan ini telah diberikan..  Adik perempuannya meletakkan jawatannya pada bulan ini bagi mematuhi arahan kerajaan negeri pada Mei lalu yang tidak membenarkan ahli keluarga dilantik sendiri oleh ahli exco. Depa buat tak apa tapi kalau UMNO depa korek sampai lubang cacing.....

Hock Seng pula mengakui adiknya membantu beliau di kawasan pilihan rayanya tetapi telah meletakkan jawatan. Betul ka dakwaan ini...?

Tuesday, December 4

BELUKANG TAIK MENULAR DI PULAU PINANG....


Kat Pulau Pinang nie kalu cakap "BELUKANG TAIK" ayat paling popular untuk orang macam yang bakal MKP sebut sibawah...Perumpamaan jelas ikan belukang yang hitam dan gelap kulitnya sanggup makan taik untuk kenyangkan perut sendiri tapi tak sedar yang dimakan itu adalah "TAIK".


Wednesday, June 6

Ombak Kuat Melanda Pantai Sekitar Pulau Pinang.


Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter didapati melanda pantai sekitar Pulau Pinang mulai 2 petang Rabu.Di Kampung Tsunami Tanjung Bungah, tidak kurang daripada 11 buah rumah dimasuki air laut kesan pukulan ombak itu.

Seorang penduduk, Tan Eng Kee, 67, berkata air memasuk rumahnya sehingga paras buku lali dan menyebabakan halaman rumahnya berbecak.

"Kejadian seumpama ini pertama kali berlaku sejak 20 tahun lepas dan ia bencana kedua terburuk selepas kejadian Tsunami empat tahun lepas," katanya.

Katanya penduduk telah membina benteng pasir di sekeliling kediaman mereka.

Tinjauan Bernama di sekitar Padang Kota Lama dan Persiaran Gurney yang berhampiran laut, mendapati air laut melimpah sehingga ke jalan raya di samping membasahi ruang pejalan kaki.

Namun bagi kaki pancing, Hamzah Sidik, 54, dia sedikit pun tidak bimbang dengan keadaan itu dan tetap meneruskan hobinya bersama isteri dan dua anaknya, biarpun keadaan ombak berkeadaan tidak seperti biasa.

"Waktu macam ini ikan banyak naik, tiada apa yang hendak dibimbangkan. Jika keadaan berbahaya sudah tentu amaran menjauhi pantai dikeluarkan," katanya.

Di Batu Ferringhi dan Teluk Bahang pula keadaannya didapati agak lenggang apabila orang ramai menjauhi kawasan pantai sementara nelayan dikatakan tidak turun ke laut sejak Selasa.

Namun aktiviti perniagaan masih berjalan seperti biasa.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meterologi, Muhammad Helmi Abdullah menyifatkan kejadian itu adalah fenomena biasa kesan pertukaran angin dari monsun timur laut kepada monsun barat daya bermula 4 Mei lepas.

Katanya keadaan ombak turut dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam yang diramal berterusan sehingga Jumaat ini.

"Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda," katanya. - BERNAMA

Friday, May 18

GUAN ENG SAMPAI TAHAP KURANG WARAS FITNAH UMNO. @DZainalAbidin


MKP mentelaah apa yang telah dikeluarkan oleh bernama sekejap tadi.So betullah DAP nie sanggup berbuat apa saja untuk memperburukan imej UMNO kerana kekuatannya.Waima sehebat mana pun UMNO tak akan berjaya jika tidak mendapat kerjasama dari komponen BN.Berikut artikel dari Bernama.

The High Court hearing the defamation suit filed by Penang Umno liaison chairman Datuk Zainal Abidin Osman against Chief Minister Lim Guan Eng was told that Lim's action in issuing false statement was meant to tarnish Umno's image.

Zainal Abidin, 52, said that the articles, which were published in Keadilan Daily on July 3 last year and in Suara Keadilan on July 5 last year, were also meant to show that Umno was a party with no ethic and principle for supporting an action which could lead to violence.

The articles, he said, which mentioned his name also quoted Lim as saying that Umno was involved in organising the demonstrations at the Komtar building and on the Penang bridge on July 1 last year.

Zainal Abidin denied the allegation by Lim and said that Umno would not get involved in a demonstration that would jeopardise public order and security.

He told the court that there was no restriction for Umno members to join bodies like the Hawkers Association, Seni Silat Gayung Association, etc.

As such, the presence of Umno members at the demonstrations at the Komtar building and Penang Bridge on July 1 last year could not be used to gauge Umno's participation in the event, he added.

Questioned by Lim's lawyer, Jagdeep Singh Deo, whether there was any mention of the word "organise" in the article published by Suara Keadilan, Zainal Abidin said the word used was "involvement".

Zainal Abidin also said he was not at the locations and did not know the number of Umno members who were involved.

He also did not know about Senator Mohamad Ezam Mohd Nor's presence there.

Zainal Abidin, 52, filed the suit on Oct 24 last year.

Apart from Lim, who is DAP secretary-general, the other defendants named are Parti Keadilan Rakyat as the owner of the electronic news portal Keadilan Daily and newspaper Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn Bhd as the publishing company of Keadilan Daily and Suara Keadilan, and its chief sub-editor, Fazallah Pit.

Zainal Abidin is seeking RM30mil in compensation, interest, cost and other relief deemed appropriate by the court and an injunction to prevent all the defendants from continuing to issue or publish the allegedly defamatory statements.

The hearing before Justice Amelia Tee Hong Geok Abdullah continues on Monday. - Bernama

Monday, May 7

LGE CUBA MENGELIRUKAN RAKYAT BERKENAAN HARGA TANAH BAYAN MUTIARA


Pemuda UMNO pulau pinang amat kecewa dengan sikap LGE yang masih cuba mengelirukan rakyat dan terus memesongkan rakyat berkenaan isu harga tanah bayan mutiara. Terbaru adalah pengakuan LGE bahawa harga tanah yang dijual kepada pemaju adalah lebih baik daripada harga penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan harta (JPPH) Georgetown. 

LGE telah memaklumkan bahawa nilaian JPPH adalah RM65 sekaki persegi manakala harga yang ditetapkan oleh kerajaan negeri adalah RM200 sekaki persegi dan harga yang diperolehi daripada pemaju adalah RM240 sekaki persegi yakni jauh lebih bagus daripada harga penilaian JPPH. Kenyataan ini sebenarnya adalah kenyataan yang mengelirukan rakyat pulau pinang dan cuba menutup kesalahan kerajaan negeri DAP dalam hal penjualan tanah tersebut.

Penilaian JPPH telah dibuat pada 14/9/2009 dan surat kepada pejabat ketua menteri telah dihantar kepada pejabat ketua menteri pada 5 November 2009 no.rujukan surat PKM:JPPH/01540109 yang ditandatangani oleh Penilai Daerah iaitu Zuraidar Husin telah menyatakan harga antara RM 65 ke RM 83 sekaki persegi untuk pegangan tanah kekal. Untuk pegangan tanah pajakan 99 tahun pula harga yang dinilai adalah antara RM60 ke RM 77 sekaki persegi.Namun begitu surat tersebut juga telah menyatakan bahawa penilaian telah dibuat berdasarkan 4 perkara berikut iaitu:

1.Penilaian untuk tanah sahaja.
2.Nilaian adalah berasaskan kegunpaan tanah kosong tanpa Infrastruktur dan mengikut kegunaan iaitu untuk pembangunan bercampur dan komersil.
3.Pegangan hakmilik tanah adalah kekal dan pajakan 99 tahun.
4.Nilaian adalah sah untuk tempoh 6 bulan sahaja.

Pada 7/4/2010 yakni setelah tamat tempoh sah 6 bulan penilaian daripada 14/9/2009, kerajaan negeri telah menetapkan harga rizab bagi tender tersebut pada RM200 sekaki persegi. Tender tersebut pula ditutup pada 31/12/2012 yakni setelah hampir 16 bulan daripada tarikh penilaian pada 14/9/2009. Dengan mengambilkira kepesatan pembangunan yang terlalu drastik di Pulau Pinang dan kadar harga tanah yang meningkat setiap hari di Pulau Pinang adakah harga rizab RM200 sekaki persegi yang ditetapkan oleh kerajaan negeri DAP tanpa disokong oleh sebarang penilaian boleh diterima pakai.

Untuk makluman,kerja2 infrastruktur untuk keseluruhan pembangunan bayan mutiara telah disiapkan.Kononnya pula pemaju telah menawarkan harga yang lebih baik iaitu RM240 sekaki persegi boleh dijustifikasi dan perjanjian pula hanya ditandatangani dengan pemaju pada 11/11/2011 pada kadar harga RM240 sekaki persegi yakni selepas 26 bulan selepas tarikh penilaian. Manakala pembayaran pertama 2% yakni sekadar 20 juta lebih untuk tanah yang bernilai 1.1 billion hanya diterima pada februari 2012 yakni 29 bulan dari tarikh penilaian.

Bukankah rakyat pulau pinang akan lebih untung jika penilaian yang lebih tepat dan baru dibuat pada tarikh perjanjian jual beli iaitu pada 11 November 2011.Hakikatnya LGE telah mengelirukan rakyat Pulau Pinang dan Rakyat Pulau Pinang telah dikhianati dengan kepercayaan yang telah diberikan kepada KetidakCekapan, KetidakTelusan,KetidakAkauntabel Kerajaan Negeri DAP.

Ir.Shaik Hussein Mydin, KP UMNO Pulau Pinang

Wednesday, April 18

TERKINI : Pengerusi MIC Pulau Pinang meninggal dunia


Pengerusi MIC Pulau Pinang, Senator Datuk P.K. Subaiyah, meninggal dunia di rumahnya di Butterworth kira-kira jam 5 pagi tadi akibat serangan jantung.

Mendiang adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam dan Exco Kerajaan negeri.

MKP ucapkan takziah kepada keluarga mendiang...........

Wednesday, April 11

TERKINI SUASANA SEKITAR GURNEY PLAZA,ORANG RAMAI PANIK.


BERIKUT APA YANG TELAH BERLAKU DISEKITAR PERSIARAN GURNEY DRIVE...ORANG RAMAI AGAK PANIK DENGAN BERITA YANG DITERIMA OLEH TWITTER DAN FACEBOOK..SEMUA PUSAT MEMBELI BELAH DIARAHKAN TUTUP OLEH PIHAK BERKUASA. 







Sunday, February 12

BOM Padang Kota Meletus Lagi?

Inilah Pakcik Halim yang telah disogok untuk memaki hamun Kerajaan Pusat Di Speaker Corner Padang Kota Lama.


Gambaq Jelas bahawa beliau membawa tin minuman Tiger.
amukan anjing dap yang hanya diberi air kencing syaitan
Penceramah memberi  pendapat di Speaker Corner
Pemuda BN memberi ucapan sebagai penerangan yang tepat mengenai apa yang telah dicemuh oleh Pakcik Halim Tiger.
Seorang Brother nie menbuat ucapan yang meghentam pihak Polis dan KDN.

Ucapan Pakcik Halim Mabuk air kencing syaitan Tiger menghentam kerajaan Pusat dan mengagungkan Cauvanis DAP dek kerana telah diberi Upah Air Kencing Syaitan.

Tercetus sedikit perbalahan apabila pakcik Halim kalah berhujah dengan Pemuda UMNO yang hadir.

MKP akan memberi ulasan mengenai pekara ini selepas ini.tunggu

Tuesday, January 31

DAP Tunggang PAS di Pulau Pinang!

Jika benar DAP berniat ikhlas, jujur dan tidak cauvinis sudah pasti wakil rakyat Pas dilantik ke jawatan Exco negeri Pulau Pinang. Apakah DAP tidak sedar bahawa penyokong Pas juga ada memberi sumbangan terhadap kemenangan parti itu di negeri ini”, demikian pandangan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Justeru beliau yakin tindakan DAP yang ketika ini begitu ghairah untuk memancing orang Melayu menyertai parti itu adalah satu agenda licik untuk mereka membuat persediaan bagi menyingkirkan PKR dan Pas apabila tiba masanya nanti.

“Saya telah menerima maklumat bahawa DAP Pulau Pinang akan meletakkan calon berbangsa Melayu di kerusi Parlimen dan DUN semasa pilihanraya umum akan datang. Ini adalah salah satu cara dan taktik halus mereka untuk menikam belakang PKR dan Pas.

“Cuba kita lihat kembali, pada pilihanraya umum lalu, DAP memenangi 19 kerusi daripada 40 yang dipertandingkan. Kejayaan mereka ini dilihat adalah hasil daripada sokongan penyokong-penyokong Pas yang mengundi mereka. Tetapi apabila mereka berjaya menguasai Pulau Pinang, tiada seorangpun pemimpin Pas yang dilantik sebagai Exco Negeri”,

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal percaya tindakan mereka untuk meletakkan orang Melayu sebagai calon mereka tidak lebih sekadar ‘membeli’ jiwa orang Melayu.

“Sekiranya calon Melayu diletakkan dan rakyat pula memberikan mandat kepada mereka, ini bermakna DAP akan berkuasa sepenuhnya tanpa perlu melibatkan PKR dan Pas kerana mereka telah ada calon Melayu dari parti mereka sendiri.

“Inilah cara licik mereka untuk berkuasa sepenuhnya dan menyingkirkan rakan sekutu mereka. Kita berharap agar penyokong Pas dan PKR tidak terus diperguna dan diperodohkan oleh DAP ini,” ujarnya.

Beliau juga menyeru kepada semua penyokong PKR dan Pas agar dapat mempertimbangkan semula sokongan mereka terhadap DAP kerana sejak pakatan pembangkang ini diwujudkan ternyata yang mendapat untung besar ialah DAP bukan Pas mahu pun PKR.

“Lihatlah apa yang telah terjadi kepada Pas setelah bergabung dengan pakatan pembangkang. Parti mereka bergolak dan perjuangan mereka kini jauh tersasar. DAP memang berharap agar orang Melayu berpecah kerana kekuatan perpaduan orang Melayu adalah kelemahan utama DAP,” ujarnya lagi.

Monday, June 6

JIKA GUAN ENG BUBAR DUN SEBELUM PRU13.



Jika Guan Eng membubarkan DUN Pulau Pinang pasti akan menjadi gempak gila,ura-ura menyatakan mungkin terjadi dan disusuli dengan kelantan,selangor dan kedah.


Persoalan-persoalan ini timbul apabila terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa terdapat perancangan di kalangan Kerajaan Pakatan Rakyat yang menjurus kepada arahan bersiap sedia ke arah pilihanraya mengejut dinegeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Perkembangan terbaru ini sudah tentunya akan memberi kejutan besar kepada jentera BN negeri dan pusat jika perancangan tersebut menjadi kenyataan.

Persepsi dan sangkaan awal kita ialah Pakatan Rakyat tidak akan mengubah tarikh pilihanraya dan akan mengadakan bersama-sama dengan Pilihanraya Umum ke13. Jika tidak pun, pembubaran DUN akan hanya di adakan selepas PRU13.

Terdapat cerita-cerita yang mengatakan bahawa parti pembangang sedang cuba mengeksploitasikan isu kaum Melayu di Pulau Pinang dan Kedah sebagai umpan untuk mendapat undi daripada kaum Melayu yang rata-ratanya menyokong UMNO Dan BN.



Dengar kata Guan Eng bercuti ke china serta membuat perancanganya disana,jika ini benar-benar terjadi pasti terkejut dibuatnya. 

 
Jika satu negeri yang membubarkan DUN, ini bermaksud jentera Pakatan Rakyat boleh memfokuskan tenaga mereka kepada satu negeri sahaja seperti yang berlalu Di Sarawak.

Dan dek kerana itu, pemfokusan menjadi lebih terancang manakala pihak lawan iaitu BN terperangkap tidak bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya DUN sebelum PRU13.

Apakah UMNO dan BN sudah bersedia jika DUN dibubarkan sebelum PRU13?

Saturday, March 26

Nie Pasai Dok Ikut Amal Makruh Nahi Hota Hang Ketua Menteri RM100



Taktik sebuah premis urut golongan gay menggunakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu kaca berkod untuk mengelakkan kegiatan mereka dihidu terbongkar setelah diserbu polis. 

Sepasukan anggota Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut menyerbu premis terletak di Kompleks Midland Pulau Tikus awal pagi kelmarin selepas menerima aduan orang awam. 

Difahamkan, premis itu beroperasi tanpa lesen itu didapati tersenarai sebagai destinasi gay antarabangsa berdasarkan namanya terdapat dalam majalah yang ditemui ketika serbuan itu. 

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Fauzi Mohd Yusof yang mengetuai serbuan itu, mendapati nama pusat urut di Kompleks Midland itu turut mencatat dalam majalah Gay ‘Pluto’ 

“Majalah itu merupakan terbitan Singapura mengandungi pelbagai gambar aksi lucah dan peta lokasi gay di rantau Asia turut dirampas. 

“Dalam serbuan itu, polis menahan tiga lelaki berusia 28 yang bekerja sebagai tukang urut dan dua lelaki berusia 30-an dipercayai pelanggan,” katanya. 

Menurutnya, siasatan awal mendapati pekerja di situ menawarkan khidmat urutan dan khidmat seks luar tabii jika diminta pelanggan berdasarkan penemuan beberapa kondom yang sudah digunakan. 

Polis turut merampas beberapa barang termasuk dua keping kondom, losen minyak, krim putih, tuala dan dua majalah ‘Pluto’. 

Kesemuanya dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan di bawah Seksyen 377 B Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii. 


Saturday, February 26

Feringghi atau Feringgi?



Orang ramai khususnya pelancong asing dan tempatan yang mengunjungi bandar raya ini keliru dan ‘pening kepala’ untuk ke destinasi setiap kali melihat papan tanda arah yang mempunyai ejaan berbeza.
Ini berikutan, walaupun destinasi yang bakal dituju itu adalah betul, papan tanda arah yang terpampang mempunyai ejaan berbeza menyebabkan mereka sering tersesat dan hilang arah.



Sebagai contoh, pelawat sudah pasti terkeliru sama ada mahu mengikut nama Batu Feringghi atau Batu Feringgi, manakala Tanjong Bungah atau Tanjung Bunga.


Mereka sudah pasti tertanya-tanya sama ada ia adalah lokasi sama atau sebaliknya berdasarkan perbezaan ejaan.

Pemasangan papan tanda yang tidak selaras itu menyebabkan ramai di kalangan pengunjung termasuk penduduk tempatan sering merungut dan mahu tindakan segera menanganinya diambil.


Difahamkan, sebelum ini, penyelarasan ejaan pada papan tanda itu sudah dilakukan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), namun masih terdapat perbezaan pada beberapa papan tanda arah di persimpangan laluan.




Lokasi yang menempatkan papan tanda arah berbeza itu dikesan berhampiran jejambat Gelugor, Jalan Udini serta Jalan Air Hitam.

Selain itu, nama Air Itam atau Air Hitam juga didapati berbeza walaupun lokasinya adalah sama.




Peniaga, Shaik Ibrahim Ishak, 51, berkata perbezaan ejaan juga terdapat pada banyak papan tanda di premis perniagaan persendirian.

“Papan tanda yang mengelirukan ini termasuk ada yang hilang pasti akan menyukarkan pemandu mencari sesuatu destinasi khususnya yang baru tiba untuk melawat negeri ini,” katanya.


Menurutnya, keadaan itu memberi gambaran buruk kepada pelancong mengenai kurangnya keprihatinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertindak dalam menyediakan keperluan lengkap seperti penyediaan papan tanda arah.


Katanya, lokasi dan ejaan pada papan tanda adalah penting kerana ia menunjukkan arah destinasi pelancongan serta tempat tumpuan lain.

Monday, February 14

Melayu Di Pulau Mutiara,Balik Pulau "Leik Lau".

Durian Balik Pulau sedap la kalau mau sila mai sini.

BALIK Pulau Bayan Lepas, di sana terpelau di sini terlepas. Nampaknya ingatan atau sindiran sinis terhadap Melayu Pulau Pinang menghampiri kenyataan. Maksud sindiran itu boleh disamakan dengan peribahasa Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Balik Pulau boleh dianggap satu-satunya kawasan Melayu yang masih bertahan di pulau itu. Dulu Bayan Lepas juga pernah menjadi tumpuan Melayu. Tetapi disebabkan keperluan ekonomi, Bayan Lepas bertukar wajah. Ramai Melayu terpaksa ‘berhijrah’.

Kawasan itu akhirnya menjadi tempat anak-anak Melayu menjadi operator pengeluaran di kilang elektronik. Turut menumpang ialah anak-anak Melayu dari Kedah, Perlis dan Perak. Khabarnya ada juga Melayu yang tidak tahan tinggal di Bayan Lepas kerana faktor lain.
Mereka terpaksa ‘angkat kaki’. Apakah nasib yang sama akan menimpa Melayu Balik Pulau?

Jika ini berlaku, sahlah sindiran yang menjadi mukadimah Selak hari ini.

Isu Melayu Pulau Pinang tidak pernah selesai. Melayu dihimpit pelbagai masalah seperti kampung diroboh, gerai perniagaan diranapkan, status tanah mahu ditukar dan macam-macam lagi.

 Keadaan ini menyebabkan Melayu Pulau Pinang terasa berlaku ketidakadilan.
Maka atas faktor itulah, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada satu majlis Tahun Baru Cina yang turut dihadiri Ketua Menteri, Lim Guan Eng meminta kerajaan DAP memberi keadilan – bukan keadilan yang menjadi slogan politik – tetapi dalam bentuk tindakan dan peluang.

Di Pulau Mutiara itu, Melayu Pulau Pinang adalah minoriti. Ada minoriti dipinggirkan dan ada minoriti yang mendapat lebih perhatian daripada majoriti.

Melayu Pulau Pinang boleh menilai sendiri apa yang berlaku. Adakah silap sendiri atau kerajaan? Tanyalah diri sendiri seperti Hang Tuah bertanya kepada dirinya selepas Hang Jebat mati bertikam dengannya dalam filem Hang Tuah.

Hang Tuah bertanya: ‘‘Siapa yang benar. Jebatkah benar atau akukah (Hang Tuah) benar’’.
Kerajaan DAP dan Melayu ibarat durian dengan mentimun. Sebagai kerajaan, merekalah paling berkuasa.

Kembali ke Balik Pulau, sejak akhir-akhir ini timbul keresahan di kalangan orang Melayu khususnya orang UMNO di kawasan itu berhubung risalah My Balik Pulau yang didakwa mempunyai banyak fakta tidak tepat. Salah satu rencana bertajuk Jom! Ketahui Balik Sana Pulau! Balik Pulau juga digambarkan bukan dibuka oleh orang Melayu.

Ilustrasi dalam risalah itu juga menyakitkan. Melayu digambarkan seperti peminta sedekah, berpakaian compang-camping. Mereka meminjam wang ceti untuk membiayai upacara besar-besaran seperti majlis perkahwinan. Orang Cina pula dengan berpakaian kemas pinjam duit untuk buka perniagaan baru.

Begitulah gambaran yang diberi terhadap Melayu Balik Pulau.
Masing-masing menafikan bertanggungjawab menerbit atau menaja risalah itu. Sebagai catatan, pada risalah itu tercatat nama serta logo Arts Ed selaku penerbit manakala Majlis Pendidikan Pulau Pinang, Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Pulau Pinang dan 
syarikat telekomunikasi DiGi sebagai penaja.

Kerajaan negeri juga nafi.

Guan Eng dilaporkan berkata, peruntukan untuk risalah itu dikeluarkan oleh kerajaan terdahulu. Maknanya kerajaan DAP boleh ‘cuci tangan’. Lainlah jika pelaburan berbilion ringgit yang masuk ke negeri itu hasil usaha sebelum 2008, maka bolehlah kerajaan DAP menadah tangan dan tumpang semangkuk meraikan kemasukan pelaburan itu walaupun ia adalah hasil usaha BN.

Dalam maksud lain, apa juga usaha kerajaan BN sebelum ini yang ‘dituai’ dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini maka bolehlah dikatakan usaha kerajaan DAP.

Macam pilih durian di Balik Pulau, semua yang baik masuk bakul sendiri dan yang tidak elok humban ke dalam bakul orang lain. Begitulah adat manusia terutama dalam politik.
Selain sejarah duka Melayu Balik Pulau itu, isu roboh gerai terutama milik Melayu juga semakin panas. Tentu kita masih ingat nasib gerai Do Re Mi, Three N Ikan Bakar, G-Station, Medan Ikan Bakar Gold Coast, Sunset Bistro dan banyak lagi.

Dulu semasa BN perintah, ada juga gerai yang diroboh bagi memberi laluan kepada projek pembangunan contohnya di kawasan Meriam Timbul Butterworth. Tetapi kerajaan memberi pilihan lain untuk berniaga. Kini keadaan jauh berbeza seolah-olah tidak ada kompromi. Sedangkan di dalam kedai, ada yang berani masuk bertindak secara angkuh, inikan pula gerai di tepi jalan. Lagak seperti ini menakutkan orang untuk makan di kedai atau gerai. Takut nanti meja diusung ketika sedang makan.

Apa nak jadi?

Lebih malang, dalam menegakkan undang-undang ciptaan manusia, Melayu bergasak sesama sendiri. Peniaga, penguat kuasa, polis bantuan semuanya Melayu. Yang kena kosongkan gerai Melayu, yang kena belasah Melayu dan yang kena tahan Melayu. Malang sungguh Melayu.
Jangan pula keluh kesah ini akan dianggap rasis . Setiap tindakan yang hendak diambil mestilah secara adil supaya tidak menyakitkan hati orang lain. Janganlah seperti kuman di seberang lautan nampak gajah di pelupuk mata tiada tampak.

Siapa pun akan marah apabila sudah berpuluh tahun berniaga tiba-tiba dalam tempoh tiga tahun keadaan berubah. Lebih terasa tentunya penyokong Pas yang turut dikenakan tindakan. Sudah tentulah baginya sokongan membawa rebah.

Hakikatnya tidak sampai satu penggal kerajaan pakatan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (Pas), macam-macam hal berlaku. Di manakah suara yang sering melaungkan soal tindakan secara demokratik, adil dan berlandaskan Islam?

Sebelum menyelak pintu Selak ini, kepada umat Islam diucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul esok. Tema kali ini ialah 1Malaysia 1Ummah. Bagaimanapun Pulau Pinang menolak tema ini sebaliknya menggunakan tema Wasatiyyah Tonggak Kecemerlangan Ummah.

Tahun lalu, Pulau Pinang juga mengejutkan banyak pihak berhubung sambutan ini. Rasanya tidak perlu diselak semula ‘kekalutan’ yang berlaku. Apa yang ingin diselak di sini mengenai perkataan 1Malaysia yang menakutkan kerajaan DAP Pulau Pinang sama seperti ‘ketakutuan’ kerajaan PKR Selangor sebelum ini.

Entah apa salah dan dosa 1Malaysia. Entah apa yang dibimbangkan dengan 1Malaysia ini. 1Malaysia sama seperti SeMalaysia. Moga-moga selepas ini Pas pula tidak dipaksa menggugurkan perkataan SeMalaysia yang juga membawa maksud 1Malaysia. Apa pun terima sajalah tema Wasatiyyah Tonggak Kecemerlangan Ummah yang membawa maksud kesederhanaan dalam Islam. Apa yang penting, sambutan.

 Jangan pula ada puak nakal menaikkan sepanduk yang terpampang 1Malaysia semasa perarakan esok.

Kecoh satu pulau nanti! Terlanjur menyentuh wasatiyyah yang diguna oleh Pulau Pinang kali ini, bagi yang kurang faham bolehlah selak semula ucapan dasar Presiden UMNO, Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO Kali Ke-61 pdaa 21 Oktober 2010. Ucapan Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran itu menyentuh sepintas lalu mengenai wasatiyyah. 

Ucapan pembukaannya dimulakan dengan firman Allah SWT.

Pertama: “Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu umat Islam ‘umat pertengahan’ agar kamu menjadi saksi atas perbuaan manusia dan agar Rasul yakni Muhammad menjadi 
saksi atas perbuatan kamu”. - Maksud surah Al-Baqarah, ayat 143.

Satu lagi yang elok menjadi renungan termasuklah kerajaan Pulau Pinang yang mendakwa mahu mencontohi pemerintahan salah seorang khalifah Islam, iaitu “Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka. Mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermusyawarah dengan mereka dalam urusan itu,”.


Sumber klik disini

Mat kilau isu cabar-mencabar,saman-menyaman.Guan Eng jika lu ada Teloq saman sama DS Rizal Merican jika dakwaanya tidak benar mengenai risalah My Balik Pulau.  

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive