Monday, May 2

OMEGAKANTOI:Syazril Eskay Sedia Jalani Ujian Poligraf Bersama Anwar


Satu malaya kenal siapa yang membawa tsunami politik sekarang sudah kantoi dengan jam omeganya rakan karibnya  Datuk Shazryl Eskay Abdullah menyambut cabaran pimpinan PAS supaya mengambil ujian poligraf bagi memastikan beliau tidak bercakap bohong melibatkan video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun dengan syarat Ketua Pembangkang tersebut turut menjalani ujian poligraf yang sama. "Saya mahu proesedur itu disiarkan secara langsung di televisyen. Saya mahu dunia lihat saiapa yang benar dan berbohong," kata Shazril Eskay yang pada Jumaat lalu bersumpah laknat bahawa pelaku dalam video berkenaan ialah Anwar.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa yang mahukan trio Datuk T menjalani ujian itu bagi membuktikan mereka bercakap benar.
Shazryl Eskay; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim pada 21 Mac lalu mendedahkan kepada sekumpulan wartawan rakaman video kontroversi berkenaan.
Anwar kemudian membuat laporan polis menafikan bahawa beliau adalah pelaku dalam rakaman itu.
Husam yang dipetik dari sebiah akhbar berkata, Datuk T perlu menjalani ujian berkenaan bagi membuktikan bahawa mereka tidak melakukan pendedahan semata-mata untuk kepentingan politik murahan mereka.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Husam, Shazryl Eskay berkata, itu membuktikan bahawa pemimpin PAS sedia menerima bukti secara saintifik.
"Itu menunjukkan mereka sanggup menerima rakaman video itu sebagai bukti. Mereka juga perlu terima bukti DNA dan kaedah saintifik bagi mengenal pasti lelaki dalam video itu," ujarnya.
Beliau juga menjemput Anwar untuk sama-sama bersumpah tetapi Ketua Pembangkang itu menolaknya.
"Saya yakin Anwar tiada masalah menggnakan teknik sains untuk membuktikan siapa yang bersalah selepas menolak untuk bersumpah dengan pelbagai alasan," katanya.

1 comment:

izad12 said...

saya rasa biawak ni akan buat konar baring dan mengatakan cabarannya terhadap ketiga2 datuk dan bukannya pada eskay seorang.kenyataan beliau lebih bersifat politik berbanding mencari kebenaran.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive