Wednesday, April 18

RUU Memperkasakan Peranan RELA Dibentang Di Parlimen! @HishammuddinH2O


Kerajaan akan membentangkan satu rang undang-undang baru berkaitan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) demi memperkukuhkan lagi instituisi terbabit yang memberi sumbangan kepada pembinaan bangsa dan negara.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata kelahiran semula RELA perlu didokong undang-undang supaya RELA dapat melaksanakan tugas mereka secara sah.

"Menuntut kita membentangkan satu rang undang-undang baru ini untuk memastikan RELA merupakan satu instituisi yang penting tetapi pada masa yang sama mengambil kesempatan untuk memposisikan RELA supaya mereka merupakan satu gerakan sukarela yang masih tetap relevan pada masa ini."

"Yang lebih penting adalah melihat ke hadapan dari segi konteks latihan, bagaimana dapat menyelia dan memastikan bagaimana jumlah ahli yang begitu ramai dapat dikendalikan (supaya) tidak lari daripada agenda besar kerajaan, saya percaya bahawa struktur RELA kalau diluluskan kedua-dua dewan Rakyat dan Negara."

Jelas Hishamuddin lagi Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 menggantikan Peraturan Perlu Ikatan Relawan Rakyat 1964 pindaan 2005, menyentuh beberapa perkara untuk menjadikan RELA lebih relevan, antaranya had minima seseorang untuk menyertai RELA ditingkatkan daripada 16 tahun kepada 18 tahun.

Dalam undang-undang baru RELA ini juga meggugurkan kuasa untuk menahan, memeriksa dan menangkap mana-mana individu yang tidak diingini seperti pengganas tanpa izin dan sebagainya serta kuasa membawa senjata api.

Justeru itu untuk meningkatkan lagi kuasa, RELA dikehendaki menghadiri latihan yang akan disediakan demi memastikan standard.

"Apa yang lebih penting adalah (kewujudan rang undang-undang) saya mahukan RELA lebih profesional, progresif dan mengambil tempat dalam agenda transformasi politik dalam perubahan yang telah dibuat Najib," katanya.

Tambah beliau lagi lebih sekiranya rang undang-undang baru ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Negara banyak lagi perkara akan diumumkan mengenai kepentingan kerajaan dalam menggubal undang-undang baru ini.

Untuk rekod jumlah keahlian RELA di Malaysia adalah sebanyak 2.93 juta orang.

Undang-undang RELA akan dibentangkan esok bagi mengantikan undang-undang tubuh RELA yang akan berhenti berkuatkuasa pada 21 Jun ini selepas penarikan balik Proklamasi Darurat 1969 yang diumumkan perdana menteri, Datuk Sri Najib Razak.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive