Kehadiran pihak berkuasa di sekolah-sekolah di negara ini akan ditambah terutama pada waktu pelajar masuk dan keluar sekolah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas,susulan kes penculikan kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, yang diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke sekolah berhampiran rumahnya.
"Kita akan cuba libatkan badan sukarela termasuk Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) kerana saya percaya dengan kehadiran lebih ramai mereka di kawasan tertentu pada masa tertentu akan mengubah persepsi bercanggah dengan kadar jenayah yang menurun yang telah diumum sebelum ini," katanya.
Hishammuddin turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada kementerian jika terdapat kawasan tertentu yang perlu dimasuk ke dalam senarai "hot spots" bagi kawasan jenayah supaya tindakan selanjutnya boleh diambil.
Hishammuddin bagaimanapun berkata, kadar jenayah sebenarnya tidak bertambah, namun apa yang berlaku adalah terdapat kes-kes yang digembar-gembur sehingga menimbulkan persepsi bahawa negara ini tidak selamat.
Honor Pad X9 LTE Kini Ditawarkan Dengan Memori Dan Storan Lebih Besar Pada
RM1,199
-
Honor Pad X9 LTE mempunyai variasi baharu dengan kapasiti memori dan storan
lebih besar berbanding sebelum ini. Kini ia boleh didapati dengan pilihan
mem...
No comments:
Post a Comment