Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sebuah taman teknologi tinggi yang diilhamkan dari Silicon Valley di Amerika dahulunya merupakan projek kebanggaan Negeri Kedah. Ia adalah satu-satunya projek di bawah naungan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang berjaya.
Diuruskan oleh Kulim Technology Park Corporation (KTPC), projek ini telah menerima beberapa anugerah hartanah peringkat antarabangsa sekali gus meletakkannya di antara kawasan pelaburan paling berprestij dalam peta pelaburan dunia.
Tapi, ini semua cerita lama iaitu sebelum pihak pengurusan KTPC dan negeri bertukar tangan kepada PAS. Zaman kegemilangan KHTP telah berakhir selepas PRU 2008, dan KHTP kini tidak ubah bagai sebuah syarikat hartanah yang hanya menunggu masa untuk dikuburkan.
Pihak pengurusan KHTP yang baru iaitu yang diketuai oleh Haji Muhammad Sobri Osman, Presiden KTPC, langsung tidak mampu membawa pelaburan baru. Di bawah telunjuk Annuar Safar, Naib Presiden Ind. Dev. & Research, Haji Sobri mengiakan apa saja cadangan dan keputusan beliau.
Annuar Safar ialah salah seorang dari 3 pengurusan atasan yang kekal sejak dari zaman Barisan Nasional menerajui Kedah. Dan sejak dari zaman BN lagi, Annuar Safar telah diketahui sebagai penyokong Pakatan Rakyat malah semua pekerja tahu bahawa beliau pernah menyalahgunakan peralatan pejabat untuk membantu parti Keadilan dalam pilihanraya kecil Lunas pada tahun 2000.
Sejarah Annuar Safar juga menunjukkan yang beliau pernah diminta surat tunjuk sebab oleh Lembaga Pengarah KTPC akibat terdapat bukti jelas yang beliau terlibat dalam salahlaku rasuah. Sebelum menyertai KTPC, Annuar Safar juga pernah diminta meletak jawatan dari sebuah GLC atas alasan salahlaku rasuah juga.
Di kalangan pekerja, Annuar Safar terkenal dengan sikap dengki khianat dan dendam terhadap sesiapa saja yang lebih tinggi pangkat darinya atau orang bawahan yang dilihat mampu mencabarnya. Beliau yang ditugaskan mengurus Techno Center, pada ketika itu, memenuhi pejabatnya dengan wanita-wanita muda dan sering menambah bilangan pekerja walaupun tiada keperluan untuk syarikat berbuat demikian. Segala teguran dan kritikan dari pihak atasan akan disimpan sebagai dendam, tanpa berbuat apa-apa.
Apabila PAS mengambil alih negeri Kedah, KTPC juga diambil alih oleh PAS. Ini menyebabkan ramai orang-orang lama yang berpengalaman meninggalkan KTPC kerana tidak sesuai bekerja dalam suasana politik dan tidak professional.
Setiap keputusan dibuat dalam konteks politik terutama apabila ia melibatkan pekerja. Pengurusan baru juga mengambil tindakan ‘membuang’ pekerja secara halus atau tidak langsung jika dikenalpasti sebagai penyokong BN. Hampir kesemua tindakan ini diambil oleh Haji Sobri kerana menerima bulat-bulat segala nasihat Annuar Safar, yang pastinya berniat untuk membalas dendam.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Haji Sobri adalah seorang Ahli Jawatankuasa PAS Kedah dan ura-ura menyatakan yang beliau akan bertanding di kawasan Pantai Merdeka, Sungai Petani dalam PRU 13 nanti. Mungkin juga kerana terlalu sibuk berpolitiklah maka beliau meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pegawai-pegawai pengurusan atasan untuk mengendali KTPC. Namun, khabar juga jelas kedengaran yang beliau sebenarnya tidak cukup pengalaman dan pengetahuan untuk mengendalikan syarikat korporat bertaraf dunia seperti KTPC. Membawa sikap biasa seorang ‘lebai PAS’, Haji Sobri juga dikatakan jenis yang suka melalut berbual mengenai wanita di dalam mesyuarat-mesyuarat yang diterajuinya serta tidak gemar berbincang perihal kerja yang dianggapnya terlalu berat untuk dicernakan.
Di sinilah terletaknya persoalan besar mengenai KHTP iaitu, apakah wajar seorang Presiden syarikat milik kerajaan negeri di bawah naungan Pusat bergerak aktif dalam politik yang menentang kerajaan pusat?
Haji Sobri ini juga kelihatan di Himpunan Hijau PAS pada 1 Jun lalu memberi sokongan penuh untuk menjatuhkan kerajaan. Amatlah janggal apabila seorang peneraju syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan langsung asing, menentang kerajaan pusat sedangkan beliau perlu bekerjasama erat dengan pusat.
Tanpa bantuan, kerjasama dan sokongan pusat, usaha menarik pelaburan adalah hampir mustahil.
Untuk pengetahuan, pengurusan KTPC terdahulu menghadkan program promosi pelaburan keluar negara paling kerap hanyalah 3 atau 4 kali setahun. Ini kerana setiap program promosi pelaburan ke luar negara memakan belanja ratusan ribu ringgit dengan hanya membawa 4 – 5 orang delegasi dari KTPC dan kerajaan negeri.
Oleh itu, adalah lebih praktikal jika program promosi ini diadakan bersama kerajaan pusat agar setiap prosedur, tawaran atau perbincangan khas mengenai cukai dan sebagainya boleh dilakukan terus antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dengan pihak kerajaan pelabur terbabit tanpa membuang masa. Pastinya, satu-satu pelaburan yang besar memerlukan komitmen bukan sahaja antara syarikat pelaburan dengan KTPC tetapi juga Duta dan Menteri, malah mungkin Perdana Menteri.
Dengan sikap Haji Sobri yang menentang pusat, bagaimana rakyat Kedah mampu mengharapkan beliau untuk membawa masuk pelaburan baru?
Di tambah dengan kemunculan pesaing-pesaing lain di luar dan dalam negara, terutamanya Senai Hi-Tech Park yang diterajui oleh Dato’ Ahmad Shukri Tajuddin iaitu bekas CEO KTPC yang ‘ditendang’ oleh PAS, bagaimana KHTP mampu terus hidup? Senai Hi-Tech Park dikatakan giat mendapat pelaburan baru walaupun jumlah kekerapan pegawai-pegawainya keluar negara tidak mampu menyaingi kekerapan pegawai-pegawai KTPC - iaitu berkali-kali setiap bulan. Bayangkan, jika program promosi pelaburan 3-4 kali setahun juga memakan jumlah ratusan ribu ringgit setahun, berapa agaknya yang dileburkan oleh pihak KTPC untuk keluar negara berkali-kali sebulan?
Sudahlah kerajaan PAS Kedah langsung tidak mampu menjana wang untuk negeri, kini, pengurusan KTPC pula meleburkan wang sebanyak jutaan ringgit setahun untuk promosi KHTP tanpa membawa sebarang hasil. Pelaburan sedia ada pula ada yang sudah berkira-kira untuk keluar dari KHTP atas berbagai-bagai alasan seperti rombakan pengurusan serta ketidaktentuan ekonomi dunia.
Nampaknya, selagi PAS Kedah tidak mampu memisahkan politik dengan pengurusan negeri dan syarikat-syarikat milik negeri, selagi itulah satu projek pun tidak akan mampu membawa hasil kepada negeri, malah projek yang telah berjaya seperti KHTP juga akan turut hancur sekali.
Apakah nasi telah menjadi bubur bagi KHTP? Apakah masih ada harapan yang ia akan dipulihkan selagi pengurusan KTPC dan negeri tidak bertukar tangan kembali?
Apapun, buat masa ini kita ucapkan setinggi tahniah kepada Haji Sobri, Azizan dan PAS secara keseluruhannya, kerana berjaya dengan cemerlang sekali dalam menjahanamkan KHTP. Beruang biru
Monday, June 11
Terima Kasih Kerana Hancurkan Kulim Hi-Tech Park?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
3 Pelajar Cedera Akibat Mercun Diubah Suai Meletup Dalam Asrama - Seorang pelajar dilaporkan parah manakala dua lagi mengalami kecederaan selepas insiden letupan melibatkan mercun yang telah diubah suai di sebuah asrama s...
-
Nikon COOLPIX P1100 Dilancarkan – Kamera Digital Kompak Dengan Zum Optikal 125X - Nikon secara rasminya melancarkan COOLPIX P1100 iaitu kamera digital kompak dengan kemampuan zum optik 125 kali. Ia direka untuk mereka yang memerlukan kam...
-
0x1c8c5b6a - 0x1c8c5b6a The post 0x1c8c5b6a appeared first on My TV ONLINE.
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2012
(2109)
-
▼
June
(158)
- PARKING KANCIL GUAN ENG PERLU MINTA MAAF?
- MARINA KENA SOUND DENGAN TUN M?
- PAS CUBA LAGAKAN PEMIMPIN UMNO TERANGGANU?
- Abby Abadi Malukan Moderator PAS di Pasir Putih?
- RAFIZI SAMAN PERDANA MENTERI @NAJIBRAZAK
- Adakah DAP pembunuh Melayu Memali?
- MAYA KARIN MENANGIS JERMAN KALAH?
- STACY PILIH AKIM?
- GPRS CABAR RAFIZI PULANGKAN WANG RAKYAT?
- ALAHAI MELOYAKINI APA DAH JADI?
- PRU 13 SEMINGGU LAGI,HARI TELAH DITENTUKAN AHAD SA...
- SIAPA YANG NEELOFA CIUM TUE?
- SAMPAI MACAM NIE DEPA HINA PAS?
- Nik Aziz ke Parlimen, KJ ganti MB Kelantan?
- NIE SEMUA AJARAN NIK AZIZ?
- NURUL IZZAH DIPANGGIL BODOH DALAM PARLIMEN?
- MARIA DAN KISAH POLITIK TAN SRI?
- ANAK DARA TUA NIE ADE APA-APA NGAN KHALID?
- SIAPA PEREMPUAN GEDIK INI?
- GUAN ENG DAN CYBERTROOPER "TINGKAT 28" LANCARKAN P...
- ZURAIDAH AKA MAK LAMPIR INI NATIJAHNYA BILA SERBU ...
- ADUN DAP R.S.RAYER TAK PEDULI RAKYAT YANG MENGUNDI...
- @NAJIBRAZAK RASUAH PEMANDU TEKSI?
- TAHNIAH MYMASSA : DEDAHAN TELAH MENGUGAT SINGPORK?
- Demo anti-Lynas hambar, hanya 500 hadir.
- BUKIT BARU MENJADI MILIK PAS JIKA BN MELAKA LEMAH?
- BILA PILIHANRAYA MAT SABU TENGOK AYAQ DALAM DAUN K...
- SENARAI MENTERI PALING LAWAK DARI PAKATAN HARAMI?
- Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu Desak Anwar Beri...
- Kisah malam pertama-jangan cabut sampai esok..!!
- REKOMEN ANAK SAUDARA,FEEKAH DISERANG DARI DALAM?
- PARTI KELAM KABUT SAMPAI HALAL DAN BABI SATU MAJLIS?
- Zarina Kembali Ke Pangkuan Keluarga.
- Negara Berkebajikan PAS Bakal Ancam Islam.
- SIAPA LELAKI MISTERI BERSAMA MAYA KARIN?
- MAMPUKAH TENG CHANG YEOW MEMBAWA PERUBAHAN? @BNPENANG
- Video Seks Anwar ‘Main’ Lelaki Sudah Sampai Di Mal...
- LIM GUAN ENG DICABAR DEDAHKAN BUKTI BN PENANG SELE...
- RAFIZI LETAK JAWATAN KERANA 3A AZMIN-ANWAR-AZIZAH?
- PKR 1 : MANSOR OTHMAN PEMILIKNYA RM99,555.00?
- AMK SEMBAHYANG PUN PAKAI MAZHAB ANWAR KE?
- JAMBATAN PULAU PINANG PUN DAP NAK KREDIT KE?
- SKANDAL TERBARU JUE AZIZ SIAPAKAH LELAKI ITU?
- GERAN SELANGORKU 30JUTA DUIT RAKYAT DIBELANJAKAN S...
- PENIAGA CINA DIBERI AMARAN?
- DEBAT : SIAPA LEBIH HEBAT DAN BERANI?
- Ahli Parlimen PAS Setuju Projek Lynas- Dr Che Rosl...
- Ustaz Azhar Idrus & Skandal?
- Panas :Dato Hamidah Menghalau Rakyat? @ybmidah
- ABBY ABADI KENA TUMBUK DENGAN BLOGGER?
- GUAN ENG DICABAR TUNJUKKAN BUKTI? @BNPenang4u @DZa...
- APA KES TPM KATA GAY NIE?
- AWEK MELAYU ; DYANA MENJUAL MARUAH MELAYU BERSAMA ...
- POLITIK LIDAH BEWAK BAKAL DIMULAKAN OLEH GUAN ENG?
- ORANG JAHIL AJE MENDEWA-DEWAKAN NIK AZIZ?
- KELAB PUTERA 1MALAYSIA AJE BERANI BUAT MACAM NIE?
- GEMPAR : KERANA GUAN ENG MENIPU ULTRAMAN GOYANG KO...
- GERAN SELANGORKU FEEKAH BODOH?
- POLITIK KELIRUKAN RAKYAT!! HAJI ATAU UNDI?
- GUAN ENG KECUT TELOQ DENGAN KEHADIRAN 40RIBU PENYO...
- BARANG SAPA YANG NAIK, ANWAR KE?
- SIKAP KEJI PEMIMPIN PKR MEMALUKAN PM @NajibRazak
- VIDEO : BERGADUH KERANA CICAK MENGKARUNG?
- VIDEO SEMPOI ; Jarang Jarang Ada Bulu????
- Cara Orang Muda Untuk Orang Muda Live At #BNYV #tw...
- Cara Orang Muda Untuk Orang Muda Live At #BNYV #tw...
- GUAN ENG TIPU RAKYAT LAGI ! PROJEK RM62 JUTA DIBER...
- MUKHRIZ TUN MAHADIR DAN POLITIK JELAPANG PADI.
- DATUK AZEEZ CAKAP TAK SERUPA BIKIN,DULU KATA KES L...
- UNISEL : KHALID GAGAP GAGAL KEMUKAKAN BUKTI?
- VIDEO INI MEMBUATKAN NIZAR DAN PAS MALU?
- Zulkifli Noordin Jawab Isu Scorpene.
- VIDEO : JARING GOL OLEH PIRLO MEMANG TERBAIK .
- MAYA!!!KENAPA KAU PI STADIUM TAK AJAK MKP?
- DIMATA DAP!!!MELAYU HANYA LAYAK DIKANDANG BABI? @D...
- PANAS : AMBIGA SAHKAN BERSIH TERIMA DANA ASING?
- Tak Perlulah Nak Saman-Menyaman.
- AZMIN APA CER BBM3 BOLEH TOLONG JAWAB?
- KDN PERLU JAWAB ISU SCORPENE? @HishammuddinH2o
- Kalau Ketua Penerangan Cakap Pun Pandangan Peribad...
- @khairyKJ BOLEHKAH MENJADI PM KELAK?
- PKR SELANGOR BERGOLAK DIALAM MAYA
- NIK AZIZ BERMULUT BERUS?
- GUAN ENG MENANGIS SEBAK KERANA?
- Anwar Melatih Gerila Pluralisme Di Indonesia?
- VIDEO : NIK AZIZ BELA PONDAN BETUL KE?
- VIDEO: KENAPA ARTIS-ARTIS NIE SOKONG UMNO?
- Aaron Aziz dikecam Kerana Memuji @hishammuddinH20
- NIK AZIZ IS FATHER OF KAFIR BERHARGA 10JUTA?
- Akaun RM3 Bilion: Anwar Terpaksa Bersilat Lidah
- KAIN RENTANG PROGRAM HASSAN ALI DICONTENG?
- KENAPA MASHITAH BALUN USTAZ AZHAR IDRUS?
- Terima Kasih Kerana Hancurkan Kulim Hi-Tech Park?
- PENJELASAN KENAPA SAMAN UMNO DITOLAK?
- Mahkamah Tolak Saman Umno P. Pinang Terhadap LGE
- Kehadiran Pihak Berkuasa Di Sekolah Akan Bertambah...
- SULTAN JOHOR SEBAK......30,000 HADIR MEMBERI SOKON...
- Tasha Manshahar Terima Kasih Memeriahkan KMS1M Mel...
- FOTO : GELAGAT PERSERTA KMS1M MELAKA.
- ANGKA INI PASTINYA MEMBUATKAN GUAN ENG TAKUT?
-
▼
June
(158)
2 comments:
Akibat lantik kroni walaupun kurang ilmu bisnes...hancoq leboq jadi ayaq acaq !
sperti tikus mondok memperbaiki labu.buat kerja caralah tu! takebeer.
Post a Comment