Monday, August 27

Jom Sokong Syaitan!!!Tun Mahadhir.



Penjelesan yang terang lagi jelas dari Ayahanda Tun Mahadir.Sejak akhir-akhir nie agak panas kenyataan yang telah diperkatakan oleh semua tapi kebanyakkan telah menyatakan ianya ditujukan kepada BN/UMNO.Tanpa menyelidik dan mendapat pengesahan ramai dikalangan kita telah membuat andaian sendiri...Tun M mempunyai banyak maksud tersirat didalam tindak-tanduknya ternyata ada yang telah termakan dengan cywar yang telah dimainkan oleh orang lama dalam politik ini...Video dibawah mungkin telah mengungkai setiap kata-katanya.




Di sebalik perbalahan berterusan Pas dan DAP mengenai aspirasi pelaksanaan hudud, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi menegaskan undang-undang Islam itu bukan sebahagian daripada dasar pakatan pembangkang buat masa ini.

Menurut Anwar, undang-undang syariah itu juga bukan merupakan perkara yang terkandung dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang pakatan pembangkang sekiranya berjaya memerintah negara pada masa depan.

Katanya, walaupun Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk melaksanakan hudud, undang-undang Islam itu masih tidak boleh dijalankan di negara ini selagi ia tidak mendapat persetujuan DAP.

Ini kerana, katanya, keputusan mengenai pelaksanaan hudud perlu dicapai melalui konsensus ketiga-tiga parti, dasar bersama dan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, pakatan pembangkang memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

“kita menghormati hak (Pas) untuk menyuarakan dan mengambil inisiatif (melaksanakan hudud) tetap pendirian kami adalah jelas, tanpa ragu ragu, sekarang (hudud) bukan merupakan dasar Pakatan Rakyat (Pakatan Pembangkang) dan Penentangan DAP boleh dihormati dan diambik kira,” katanya.

Datuk Shiekh Muhamad Baderudin Ahmad yang meminta pengerusi DAP, Karpal Singh menghentikan segala kritikan berkaitan agama islam kerana tindakan karpal menentang hudud di lihat tidak menghormati sensitiviti umat islam.

Sheikh Muhamad tidak sepatutnya masuk campur dalam soal politik yang hanya layak didebatkan oleh orng politik sahaja dan bukan pegawai kerajaan biasa yang ‘makan gaji’ seperti beliau

Perbalahan di antara Pas dan DAP dalam isu hudud muncul kembali apabila Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dalam satu debat baru baru ini mendakwa karpal Sedia berkompromi dalam isu perlaksanaan hudud namun pekara itu segera dinafikan oleh karpal.

Kata Guan Eng, isu hudud tidak timbul kini kerana ianya bukan merupakan sebahagian daripada dasar yang dipersetujui pakatan Pembangkang.

“jika nak dilaksanakan sesuatu seperti hudud, sekiranya munkin kalau PKR atau Pas setuju tapi DAP tidak bersetuju, ia tidak boleh dilaksanakan dalam pakatan rakyat. Ia mesti dibincangkan dahulu sehingga ketiga tiga pihak bersetuju,” Tegasnya..

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive