Saturday, August 11

Mengurus Pun Gagal, Apa Lagi Mahu Membina?


Apabila terlalu banyak bercakap bohong akhirnya realiti akan menghukum kita. Inilah yang berlaku dalam kontroversi kerugian Universiti Selangor (Unisel). Isu ini sebenarnya bukanlah perkara baru kerana ia telah beberapa kali dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor sejak setahun yang lalu. Namun setiap kali dibangkitkan isu ini, kerajaan negeri tampil menafikan.

Yang terbaru dalam sidang Dewan yang lalu, Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak membangkitkan keadaan Unisel yang makin layu dan mengalami penyusutan pendapatan. Menurut Sulaiman, pendapatan Unisel menyusut daripada RM94.4 juta pada 2008 kepada RM93.51 juta (2009) dan RM75.48 juta (2010). Amatlah menghairankan ketika Kerajaan Negeri menafikan kemerosotan pelajar, pendapatan pula merosot. Bukankah kenyataan ini sangat kontradik?

Masalah Unisel bertambah sukar apabila kos pengurusan meningkat begitu besar RM93.97 juta pada 2008, RM106.13 (2009) dan RM113.11 juta pada 2010. Khalid perlu menjawab kepada umum mengapa kos pengurusan meningkat sedemikian rupa tanpa pengingkatan yang signifikan kepada pendapatan Unisel.

Pelajar meningkat, pendapatan berkurangan, kos pengurusan meningkat! Apa sebenarnya yang berlaku kepada Unisel di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat? Unisel adalah institusi pendidikan tinggi swasta yang sewajarnya ditadbir secara efisyen dan mengikut logik ekonomi. Namun apa yang berlaku sekarang sangat huru-hara dan tidak mencerminkan pengurusan ekonomi yang efektif oleh kerajaan negeri dan pengurusan Unisel.


Kenyataan Menteri Besar bahawa masalah Unisel berpunca daripada isu Build–operate–transfer (BOT) hanya satu lagi jalan "mengkambinghitamkan" orang lain untuk mengelakkan masalah sendiri.

BOT merupakan satu inisiatif bagi membolehkan Unisel berkembang dengan lebih pantas tanpa menunggu mempunyai wang sendiri untuk membina asrama dan infrastruktur kemudahan pelajar. Dalam konsep BOT, pada akhir konsesi, bangunan dan infra yang dibina menjadi milik Unisel sepenuhnya.

Konsep ini diluluskan setelah pelbagai pihak termasuk bank yang memberi pinjaman kepada projek ini mempunyai keyakinan ia berdaya maju. Ini termasuk keupayaan asrama untuk menghuni jumlah tertentu pelajar untuk membolehkan ia menampung kos pembinaan bangunan.

Hari ini jika Unisel gagal menjelaskan hutang kepada konsesi, maka jelas sekali mereka gagal menguruskan perkembangan Unisel seperti yang dirangka oleh kerajaan BN sebelum ini. Apabila Pakatan mengambil alih Kerajaan segala-galanya telah tersedia. Tidak perlu lagi memikirkan sebarang idea atau mencari jalan membinanya. Malangnya, untuk menguruskan pun mereka tidak mampu.

Lebih aneh, yuran penginapan pelajar dikutip tanpa sesen pun dikurangkan tetapi pihak yang menguruskan asrama tidak pula mendapat bayaran. Ke manakah perginya wang yang dibayar oleh penghuni asrama?

Agaknya pengurusan Unisel pun sudah pandai melakukan "round-tripping" seperti boss mereka.

* Dr Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive