Sunday, November 18

50 penyokong PAS Kampung Pak Mali sertai Umno



Sekumpulan 50 penyokong PAS di Kampung Pak Mali, Bakong di sini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Umno, malam tadi.

Ketua Umno Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin menerima borang daripada kumpulan terbabit diketuai Syed Zain Syed Hassan, 48, dengan disaksikan lebih 300 penduduk kampung.


"Ini bermakna Umno berjaya menembusi kubu kuat PAS yang sukar dimasuki sejak 20 tahun lepas," kata Awang Adek selepas menerima borang-borang itu pada majlis bongkar isu semasa di kampung berkenaan.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata tindakan mereka akan membantu Umno dalam usaha menawan Parlimen Bachok dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan berkenaan iaitu Jelawat, Perupuk dan Tawang pada pilihan raya umum akan datang.

Mat Usof Mat Junoh, 57, berkata kegagalan PAS membangunkan Kelantan mendorongnya mengambil keputusan meninggalkan parti yang disertainya sejak 20 tahun lepas.

Katanya, usaha akan dibuat untuk menarik kira-kira 60 lagi penyokong dan anggota PAS di kawasan itu untuk menyertai Umno.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive