Sunday, November 11

TOKONG CROCKY EROGAN BERMAIN KAYU 2....



Sikap kurang ajar Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang memang semakin jelas kurang ajar dan biadap..

Kerajaan negeri telah melanggar undang-undang negara kerana menjual satu tapak tanah di Taman Manggis kepada dua pihak.

Tindakan kerajaan negeri yang mengeluarkan resit rasmi kepada Pemuda BN sedangkan tanah itu telah dijual secara rasmi kepada KL International Dental Centre Sdn Bhd.




Tanah berlot 305, 306, 313 dan 314 di seksyen 16 (Taman Manggis) itu telah dipajak oleh KL International Dental kepada sebuah bank pada 10 November tahun lepas dengan nilai RM11,494,176.

Satu resit rasmi dikeluarkan oleh jabatan kewangan negeri menyatakan kerajaan negeri telah menerima RM224,073 iaitu satu peratus dari harga tanah daripada Pemuda BN untuk pembelian lot tanah yang sama. “Ini menunjukkan lot tanah 305, 306, 313 dan 314 yang telah dijual kepada KL International Dental adalah sama dengan resit rasmi yang dikeluarkan kepada Pemuda BN,

Dokumen yang diperolehi menunjukkan Lembaga Perolehan Negeri bersetuju menerima tawaran tender Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd berdasarkan harga tawaran RM11,552,208 atau RM232 sekaki persegi. Dokumen itu jelas menunjukkan Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd bukan ditawarkan tender berdasarkan harga tertinggi seperti yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri terdahulu kerana tidak disebut langsung bahawa tawaran mereka adalah yang tertinggi.

Manakala dokumen lain daripada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Operasi, Dr. Low Soo Huat menyatakan mereka ditawarkan sebidang tanah di Jalan Zainal Abidin/Lorong Selamat dengan syarat perlu mendirikan pusat perubatan pakar.

Penjualan tanah Taman Manggis seluas 0.44 hektar yang dijual kepada Barisan Nasional (BN) dilakukan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan seperti yang termaktub pada Peraturan Tanah Pulau Pinang 2005 dalam Kanun Tanah Negara 1965.

Lim Guan Eng menggunakan peraturannya sendiri dalam proses penjualan Tanah Manggis. Permohonan untuk mendapatkan tanah milik Kerajaan Negeri perlu dipohon kepada Pejabat Tanah daerah terbabit dan selepas permohonan itu diluluskan, Pejabat Tanah kemudiannya akan memaklumkan kepada pemohon mengenai syarat-syarat pembelian dalam tempoh tiga bulan.

Guan Eng tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sebaliknya dia menggunakan peraturannya sendiri dengan mengeluarkan sepucuk surat tawaran dan memberikan tempoh 30 hari kepada BN untuk menjelaskan semua bayaran pembelian tanah berkenaan tanpa menyatakan syarat-syarat jual beli.

Dalam kes Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd, mereka dibenarkan menbayar deposit 5% sahaja daripada harga belian. Setelah bayaran 5% dan menandatangani surat setuju terima, mereka dibenarkan mengemukakan permohonan merancang kepada pihak berkuasa tempatan dan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kesihatan.

Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd juga dibenarkan menbayar baki harga tanah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh menandatangani Perjanjian Penswastaan. Kerajaan Negeri perlu menyatakan bilakah tarikh perjanjian ditandatangani? Ini bermakna dari tarikh Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd membayar 5% dan sehingga menandatangani perjanjian, tempoh bayaran adalah melebihi 3 bulan kerana tempoh untuk menandatangani perjanjian tidak dinyatakan dalam surat tawaran.

Mengapa Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd memperolehi layanan yang istimewa manakala BN diminta membayar dalam tempoh 30 hari. JIka ini layanannya, semua pihak yang membeli tanah Kerajaan Negeri perlu mendapat layanan sama. Adakah ini satu kronisme dalam Kerajaan Negeri?

Kerajaan Negeri telah menerima bayaran penuh daripada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd. Ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Menteri. Bagaimana pula Kerajaan Negeri boleh menerima deposit Barisan Nasional apabila bayaran penuh telah diterima daripada pihak lain? Ini adalah bertentangan dengan undang-undang.

Adakah Kerajaan Negeri telah membatalkan keputusan EXCO yang telah terlebih dahulu ini meluluskan penerimaan tawaran tender ini? Jika telah batal, bila ia dibuat? Tarikh-tarikh ini penting kerana ia menunjukkan penyalahgunaan kuasa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang percaya tanah ini dijual dua (2) kali yang jelas melanggar undang-undang.

Sebelum ini pada Oktober yang lalu, kerajaan negeri pimpinan DAP Pulau Pinang menawarkan penjualan tanah Taman Manggis ini dengan kos 22juta.

Tetapi setelah tindakan berani pimpinan BN hendak membeli tanah tersebut, Lim Guan Eng dengan biadapnya bertindak menjual kepada pihak ke-2.

Jelas Lim Guan Eng yang juga memegang Exco Hartanah di Pulau Pinang menggunakan berbagai-bagai helah agar memastikan tanah di taman Manggis ini tidak dijual kepada pihak lain lebih-lebih lagi untuk membangunkan rumah kos rendah.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive