Friday, November 22

SALAH CETAK NAMA CALON AJK PAS PUSAT........


Memang alasan tak boleh diterima akal dan fikiran, Tangguh pemilihan kerana masalah teknikal hari ini melibatkan kesilapan mencetak nama bagi jawatan ahli jawatankuasa Pusat PAS. Takkan jawatankuasa tak baca dan teliti dulu kertas tue. Bagi MKP mustahil salah cetak atau letak nama mat sabu dua kali supaya menang.

Memang DASAR yang telah ditetapkan PAS bahawa yang menyokong DAP mesti menang dan menolak dari kem Ulamak. Jika tidak dipilih dikalangan Anwarinas sudah pasti PAS bakal dipotong dana. Apa jua keputusan pada besok hari sudah pasti Mat Sabu mengunguli carta. Takkan kertas undi sebanyak 1,129 pun boleh salah cetak. UMNO boleh pulak cetak 100kali ganda tak ada masalah pun.

PAS nie pandai mengutuk Parti Lain tapi depa sendiri pun tak pernah betul dan ada silapnya. Ibarat Ayam berkokok tapi ekor penuh taik.

Walaupun Hadi Awang berkeras menafikan wujudnya perpecahan di dalam PAS antara golongan Ulama dengan Anwarinas tetapi semua orang tahu bahawa Hadi Awang hanya menipu diri sendiri dengan penafian itu.

Hadi cuba menuduh isu perpecahan hanyalah rekaan UMNO untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.  Hakikatnya, pertentangan antara golongan Ulama dengan Anwarinas bukanlah rahsia, malah merupakan pengetahuan umum bagi setiap rakyat Malaysia yang celik politik.

Perpecahan di dalam PAS menjadi semakin parah dengan timbulnya isu Kalimah Allah sehingga menyebabkan pemimpin PAS terpaksa berdolak dalih.  Akhirnya, sehingga kini tiada siapa yang dapat menyatakan dengan jelas apakah pendirian PAS sebenarnya berkenaan isu ini.  

Bagi menyemarakkan api yang sedang membara, Karpal Singh pula mengacah-acah PAS agar membuang sahaja nama Islam pada parti itu atas alasan parti berasaskan agama sudah tidak relevan lagi di Malaysia.

Apa yang berlaku menyebabkan golongan Ulama di dalam PAS semakin tercabar.  Mereka menganggap Karpal sebagai sudah melampaui batas dengan cuba mencampuri urusan dalaman PAS.  Bertitik-tolak dari itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mencadangkan agar tahaluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat dikaji semula atau dalam kata lain, mencadangkan PAS agar keluar dari pakatan.

Cadangan Datuk Harun tidak mengejutkan memandangkan kedudukan PAS ternyata semakin hari semakin lemah sejak bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Ini terbukti dari keputusan PRU-13 yang memperlihatkan PAS mendapat kerusi yang semakin berkurangan selain tercorot dalam pakatan pembangkang.  Selain itu, undi yang diperolehi PAS di dalam pilihanraya kecil sejak 2009 juga dilihat mengalami pengurangan secara agak konsisten, tidak kira sama ada PAS menang atau tidak dalam PRK tersebut.

Sekiranya keadaan ini berterusan tanpa ada apa-apa pembaikan tidak mustahil kedudukan PAS akan semakin parah dan lemah dalam PRU yang akan datang.

Bagaimanapun, Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof telah tidak bersetuju dengan Datuk Harun.  Beliau merasakan yang kedudukan PAS semakin kuat berdasarkan kedudukan Pakatan Rakyat.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive