Friday, December 6

VIDEO BUATKAN MKP MENITIS AIR MATA @DrNovandri @KhairyKJ @AzwanBro


Ini adalah sebahagian kisah suka dan duka sepanjang penglibatan MKP didalam dunia Blogging. MKP mengenali insan yang bernama Dr Novandri Hasan Basri sejak dari tahun 2010 lagi. Insan ini jugaklah memperkenalkan dunia blog dan silok belok dunia siber sehingga kini. Segala pengajaran dan tunjuk ajar dari insan ini MKP akan kenang sehingga akhir hayat. 

Walau banyak kisah kejayaan yang dikecapi namun perit serta kesusahan kami tiada siapa tahu. Namun setiap cabaran serta kesusahan itu MKP telan begitu sahaja, Memang pahit tapi didalam kepahitan itu pastinya menjadi ubat buat pengubat duka.MKP juga berbangga menjadi sebahagian dari Ahli Komunikasi Maya Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang. 


Video ini mengisahkan kisah yang harus ditonton semua.

Sukarelawan dan aktivis masyarakat, Dr. Novandri Hassan Basri, 45, dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Pergerakan Pemuda UMNO 2013 sempena perhimpunan agung UMNO.

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai tanda penghargaan terhadap jasa serta sumbangan beliau dalam kerja kemasyarakatan khususnya melibatkan hal ehwal kesihatan rakyat menerusi program Klinik Kesihatan Bergerak Pemuda UMNO yang diwujudkan 12 tahun lalu.

Komitmen yang diberikan dalam kerja sukarelawan dan kemasyarakatan membuatkan beliau kini dikenali sebagai 'Doktor Pemuda UMNO' dalam kalangan masyarakat yang pernah menerima khidmatnya.

Selain itu, Dr. Novandri yang juga bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor turut menyalurkan sumbangan dalam program kemanusiaan di peringkat antarabangsa menerusi Persatuan Bantuan Perubatan (Mercy) Malaysia.

Meskipun terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan dua jarinya putus pada April lalu, beliau masih meneruskan peranannya dalam memberi sumbangan kesihatan kepada rakyat sehingga kini.

1 comment:

Unknown said...

ye ke mengalir air mata? hehehe

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive