Tuesday, April 15

PEMUDA UMNO GEMPUR TIMUR TENGAH PULAK @khairyKJ @AzwanBro


Menyedari akan peranan dan tanggungjawab yang besar untuk membangunkan negara, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuka satu lebaran baru di peringkat antarabangsa apabila sedang mengadakan lawatan kerja ke beberapa buah negara di Timur Tengah.

Delegasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Naib Ketua Pemudanya, Saudara Khairul Azwan Harun @Azwanbro telah disambut oleh sayap Pemuda Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP), Turki.


Satu pertemuan rasmi telah diadakan diantara Delegasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan Jawatankuasa sayap Pemuda AKP yang diketuai Naib Presiden Pemuda AKP, Mr Osman Timurtas di ibu pejabat AKP, Turki.


Dalam pertemuan ini, kedua-dua sayap Pemuda dari dua negara ini turut mengambil peluang untuk berdialog dan berbincang dengan pemimpin-pemimpin yang hadir dalam mengeratkan hubungan dua hala diantara Malaysia dan Turki dalam menghadapi cabaran dunia.



Antara topik utama yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut ialah mengenai Program Pertukaran Pemimpin Muda diantara Malaysia dan Turki atau Youth Leadership Exchange Program yang diharap dapat membuka minda pemimpin muda kepada pengaruh luar yang baik serta wajar dicontohi dan mengaplikasikan perkara tersebut untuk pembangunan negara kedua-dua negara.

Dalam pertemuan tersebut juga mereka turut membincangkan untuk mengadakan kerjasama bijak diantara kedua-dua negara bagi menerokai bidang-bidang baru yang mempunyai kepentingan bersama. Antaranya ialah bidang-bidang seperti kebudayaan, ekonomi dan sosial yang dapat memacu kedua-dua negara ke arah yang lebih moden dan maju pada masa akan datang.

Selain itu wakil dari AKP memaklumkan bahawa mereka akan mengadakan lawatan balas ke Malaysia pada bulan Mei bagi membincangkan dengan lebih serius agenda-agenda yang dibawa oleh Pemuda UMNO semasa lawatan mereka ke sana.



Delegasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga sempat mengadakan kunjungan hormat ke kedutaan Malaysia di Turki. Kehadiran mereka disambut baik oleh Duta Besar Malaysia, En Amran Mohamed Zin.

Empayar Pemuda

1 comment:

rezqeen hill said...

Negeri2 Pembangkang xabeh lg gempur.. bosanlah

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive