Showing posts with label pas .. Show all posts
Showing posts with label pas .. Show all posts

Wednesday, September 11

HEBAT ADUN PAS PAROI!!! GAMBAQ 18SX TUE.........?


Bukan rekaan tapi ini kejadian betul-betul terjadi pada Adun PAS Paroi.Tapi apa nak heran PAS nie maksum der...Stopa Spender yang ada video sahih pun penyokong tegar PAS tak pecaya inikan pulak Akaun Facebook....Apa ada hal....?

Adun Paroi, Mohd Ghazali Wahid kecewa apabila akaun Facebook beliau diceroboh individu yang dipercayai sengaja mahu menjatuhkan kariernya sebagai wakil rakyat.

Ini namanya politik murahan mahu perhatian masyarakat.!!!!

Menurut Ghazali, laman Facebook yang menjadi penghubung beliau dengan orang ramai disedari diceroboh sejak tiga hari lalu apabila muncul status asing di dinding akaunnya, selain terdapat beberapa video lucah kononnya ditonton beliau.

Akibat itu, ramai pengikut beliau yang mengutuk dan ada antaranya memberi komen sinis.

“Sebaik sahaja saya masuk ke akaun Facebook, saya terkejut dengan dengan status tidak senonoh terpamer di dinding akaun saya. Akaun laman sosial ini dikawal pegawai khas saya selaku admin, dan tidak mungkin perkara sebegini boleh berlaku," katanya.

Bagi MKP yang berhubung dengan rakyat tue pegawai Khas dia bukan ADUN itu sendiri. Orang PAS nie bukan boleh pecaya sangat!!!

Pada pendapat MKP jika tidak membuka laman web tertentu mustahil untuk di godam, MKP adalah salah seorang yang aktif dilaman Facebook dan sehingga kini tidak pernah lagi di Godam. Kena lapor itu menjadi lumrah dah selalu sangat kena.

So pada ADUN Paroi tue jagalah akaun FB tue sendiri lepas nie... kalau tidak bagi aje kat MKP handle..Tapi kena bayar lerrrrr......

Monday, April 15

NIK AZIZ NAZAK BILA DITEGUR......... #SpendaStopa


Tindakan paling bacul ialah apabila hampir semua barisan pimpinan PAS bersikap dayus dengan cuba mengenepikan dakwaan memeranjatkan begini dengan melontarkan tuduhan pada Umno.
 
Jika Presiden PAS, menuntut bukti bahawa lelaki dalam video itu adalah Mustafa, kepada siapakah bukti itu sebenarnya hendak dituntut?
 
Sebaliknya, jika PAS menuduh ini semua fitnah Umno maka sebagai sebuah parti Islam, ia wajib mengemukakan bukti bahawa pemfitnah Mustafa ialah Umno!
 
Oleh kerana Mustafa ialah seorang pemimpin PAS maka apakah dengan menganggap mustahil beliau terjebak dalam adegan seks haram sebegitu akan dapat membersihkan maruahnya. Sindrom menafikan kemungkinan ini tanpa bukti adalah tidak wajar dan tidak Islami.
 
Kenapa PAS pilih kasih? Seharusnya PAS berpihak kepada kebenaran. Jika dikaji pada kaedah makronya adalah jelas PAS mahu mengambil alih tugas hakim dan juri dan menilai kebenaran.
 
PAS disogok pemimpin baru berlatar belakang jahiliah


Lihat sahaja ahli-ahli PAS yang baru menyertai parti itu mutakhir ini. Ada yang diraikan PAS sebagai calon boleh menang walaupun latar belakang mereka penyanyi, pelakon, pelawak, orang korporat dan panglima tentera. Apakah PAS yakin mereka tiada dosa dan noda?
 
Banyak cerita kurang enak boleh dibongkar dari latar belakang ahli-ahli glamor PAS ini. Apakah PAS menganggap satu penyucian dosa ialah dengan menjadi ahlinya?
 
Jika PAS ikhlas dalam perjuangan Islam, maka ia haruslah berani mengaku ada ahlinya bersalah di segi syarak dan juga moral. PAS tidak harus jadi pelindung kepada mereka yang berdosa. Itu taksub namanya. Asal ahli PAS seseorang itu automatik suci?
 
Sebaliknya PAS harus membantu sesiapa sahaja untuk membersihkan diri dari dosa dan noda dan membimbing mereka ke jalan yang benar dan bukan jalan taksub dan assabiyah yang sesat.

Saturday, February 23

POLITIK GAMPANG AJE MAIN BAIAH NIE.....


Atas nama 'baiah', ketaatan membuta tuli dan 'bodoh sombong', maka sejahat mana calon atau parti itu sekalipun hukumnya 'wajib disokong'.

Natijahnya produk parti dan pimpinan yang dipilih gagal melepasi KPI dari sudut wibawa, kualiti dan keberkesanan khidmat. Maka berlakulah sepertimana kata pepatah, 'sudah terantuk baru tergadah'.

Apa boleh buat 'nasi sudah menjadi bubur'. Dek kerana emosi, amarah, sakit hati, jauh hati, ramai yang kurang berwibawa ditolak dan dipilih rakyat untuk sekadar menikmati 'elaun buta' dan 'berbulan madu' sama ada di Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Prinsip 'marahkan nyamuk kelambu dibakar' seringkali terpakai dalam amalan pengundian. Ini belum dihitung elemen sabotaj terhadap parti sendiri, gara-gara tidak terpilih. Hanya kerana berdasarkan ukuran sendiri, 'akulah paling layak menjadi calon'. Mauduk politik sebeginilah yang merosakkan sistem pengundian dan proses demokrasi yang sebenar.

Tindak-tanduk menyimpang yang dibuat oleh segelintir orang telah menafikan pilihan dan hak majoriti yang lain. Implikasinya, parti dan calon yang berwibawa yang mampu mengketengahkan idea dan tindakan bernas tidak dapat dihantar mewakili rakyat di Parlimen mahupun sidang DUN.

Justeru, muhasabah diri dan penenlitian semula wajar dilakukan. Agar PRU-13 nanti, kita tidak lagi silap memilih. Kita mampu menilai antara fakta dan auta, beza antara kaca dan permata. Demi Malaysia yang aman, stabil, makmur dan sentosa.

Memang benar, tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dinantikan dengan penuh debar. Malah ramai yang menyatakan PRU-13 adalah ibu segala perang. Penentu kepada kelangsungan dan survival agama, bangsa dan negara.

Lebih ekstrem, telahan bahawa 'Arab Spring' bakal berlaku jika keputusan pilihan raya tidak memihak kepada pakatan pembangkang.

Demikian juga beberapa siri kajian sama ada yang dibuat oleh golongan akademik atau badan bebas yang punyai ramalan sama ada memihak kepada pemerintah atau pembangkang.

Hakikatnya 'sains politik' sebagai satu bidang kajian tingkah laku manusia, agak susah untuk meramal. Apa yang boleh dilakukan pengkaji hanyalah menjelaskan fenomena.

Benar, politik dibina atas persepsi, simptom, bayangan dan telahan yang kadangkala tidak menggambarkan realiti sebenar.

Banyak rumusan dibuat secara sewenang-wenang dengan memudahkan kenyataan walaupun asalnya ia terlalu sukar. Bagi orang kebanyakan, 'politik' adalah seni bercakap, seni dalam membuat tuduhan dan meyakinkan pendengar.

Lantaran itulah 'manifesto' bagi sesetengah kerajaan negeri bukannya 'janji', akan tetapi tidak lebih daripada sekadar 'gula-gula politik' untuk melariskan produk jualan persis penjual ubat jalanan.

Lebih malang, ada pendengar dan rakyat boleh percaya isu-isu rekaan bawaan penglipur lara.

Petanda bahawa masih wujud ketidakmatangan politik.

Kerana yang lebih dijuruskan ialah 'isu-isu kontroversi' bukannya 'policy debate', pengalaman, gerak kerja parti dan keupayaan parti dalam membina dan mengurus keperluan pengundi.

Faktor ini seolah-olah dikesampingkan dari menjadi panduan dalam memilih. Lebih parah bagi golongan pentaksub atau pengundi totok, baik buruk calon, atau keupayaan parti merencana dasar dan melaksanakan yang terbaik tidak pernah menjadi perkiraan.


Friday, February 15

MURSYIDUL AM PAS MASUK UMNO...................?


Biar betul apa yang dicanangkan oleh akar umbi pas nie mkp macam tak pecaya apa yang berlaku tapi padan muka dengan tok-tok pas nie taksub sangat dengan anwarinas didalam PAS.

Beliau dikatakan meninggalkan Pas kerana tak berpuas hati dengan campurtangan DAP khususnya Karpal Singh terhadap keputusan Isu Kalimah Allah yang dibuat oleh Majlis Syura Pas.

Selain itu, Dato' Haron Din juga dikatakan tak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang tetap mahukan Kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dan kafir di Malaysia.

Sebelum ni, sebuah blog Pakatan telah mendedahkan pertemuan Haron Din dengan Anwar pada 7hb Februari yang lalu.

Gua dimaklumkan bahawa didalam pertemuan tersebut, Dato' Haron Din telah menasihati Anwar supaya jangan mempermainkan isu kalimah Allah dan mendesak Anwar menghalang DAP dari terus menimbulkan isu berkenaan.

Malangnya, pada ucapannya di sebuah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah, Anwar dengan lantang mewar-warkan dihadapan masyarakat Kristian bahawa Pakatan akan terus membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kafir.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive