Showing posts with label patriot. Show all posts
Showing posts with label patriot. Show all posts

Saturday, July 9

KJ TELAH DITAHAN DIBUKIT BINTANG.






SAJA GEMPAQ NAK TENGOK APA KATA DEPA.KJ BELUM LAGI DITAHAN DAN PERARAKAN MASIH LAGI BERJALAN DENGAN LANCAR BARU NAMPAK DEPA PAKAI BAJU BERSHIT.GAS PEMEDIH MATA TELAH DILEPASKAN BAGI MENYURAIKAN DEMONTRASI HARAM.

PATRIOT TELAH MEMULAKAN LANGKAH,AYUH KITA GEMPUR BERSHIT.


PATRIOT TELAH MEMULAKAN LANGKAH DIHADAPAN KFC BUKIT BINTANG,AKAN BERARAK MENUJU KEARAH STADIUM MERDEKA,AYUH PEMUDA PATROIT BANGKIT MENENTANG BERSHIT YANG BERANI MENGHURU-HARAKAN KEADAAN TENTANG BERSHIT HABIS-HABISAN. 

Thursday, July 7

Patriot Bantah Bersih Pilih Stadium Merdeka


PATRIOT  membantah sekeras-kerasnya cadangan penganjur himpunan BERSIH untuk mengadakan himpunan mereka di Stadium Merdeka kerana telah bertembung dengan lokasi awal himpunan aman PATRIOT.

Pengerusinya, Datuk Abd Azeez Abd Rahim berkata mereka telah memohon daripada pihak Polis Dang Wangi pada 21 Jun yang lalu menerusi Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Rizalman Mokhtar untuk mengadakan himpunan aman PATRIOT di stadium berkenaan.

Sambil menunjukkan salinan permohonan berkenaan, beliau seterusnya menambah sehingga kini pihaknya masih belum menerima apa-apa keputusan daripada pihak berkuasa berhubung permohonan berkenaan.

"Sama ada berhimpun di stadium ini atau sebaliknya kita akan putuskan setelah mendapat keputusan mengenai permohonan tersebut. Kita akan akur dengan segala keputusan yang mengikut lunas undang-undang.



READ MORE

Wednesday, July 6

Patriot akur - Kenyataan Penyelaras Patriot

PATRIOT menjunjung Titah Khas Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dimana apa juga tuntutan demokrasi dalam usaha menyuburkan demokrasi tidak akan membawa kemusnahan kepada Negara dan tidak terikut-ikut dengan amalan negara-negara luar. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, PATRIOT akan patuh dan mentaati Titah Khas tersebut dan mendesak kepada penganjur Perhimpunan Haram turut sama mentaatinya.

PATRIOT diwujudkan untuk menzahirkan seramai mungkin majoriti senyap rakyat Malaysia yang menentang sebarang gerakan yang boleh menjerumuskan negara dalam keadaan anarki, menjejaskan nama baik negara, mendatangkan kerugian kepada rakyat dan merosakkan ekonomi negara.

Kita akan akur dengan Titah Khas Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, tetapi kami memberi amaran sekiranya Ambiga ingkar terhadap Titah ini dan meneruskan Perhimpunan Haram ini, kami tidak akan teragak agak untuk mengumpulkan seramai mungkin PATRIOT bagi berhadapan dengan Ambiga dan konco-konconya yang secara terang-terang tidak menghormati Institusi Raja-raja Melayu dan menderhaka Titah Tuanku.

Monday, July 4

Patriot batal hasrat berhimpun; junjung titah Agong


KUALA LUMPUR 4 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO yang melancarkan Himpunan Patriot (Patriot) membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan itu pada 9 Julai ini kerana menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, pembatalan itu bagaimanapun tidak bermakna Patriot akan dibubar sebaliknya ia mungkin akan didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan memelihara kedaulatan negara. - Utusan

Saturday, July 2

MalaysiaKini Celaka Menipu.10 Pemuda tido LOKAP malam nie.

Laporan malaysia kini.kredit kepada pejuangbangsa

MKP cabar wartawan malaysiakini menyiarkan bukti yang menyatakan penyokong yang berdemo pada petang tadi memecahkan cermin kereta yang diletakkan disepanjang jalan dari masjid kapitan keling hingga ke komtar.Nak kencing pun pada-padalah susan loone jangan dok buat cerita bukan-bukan yang dok ikut cakap ketua raja kona ketua menteri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang.


Dah paling penting dok tembak tapi tak kena hang dok pembohong kata 300 orang yang mai.Padahal bukti dah jelas dan sengaja tutup mata tak mau tengok.memang sah hang nie mangkuk bin hanyun.seramai  2000 lebih yang hadir perarakan lebih satu kilometer.


Sehingga kini seramai 10 pemuda telah ditahan mereka terdiri daripada saudara Ezam Mohd Nor.Ketua Pemuda UMNO Penang Saudara Sheik,Ketua Pemuda UMNO Tanjong saudara Jeffri Salim dan rakan-rakan yang lain,ini menunjukkan bahawa Polis tidak berat sebelah dalam perlaksaan undang-undang.Dari berita yang diberitahu kepada MKP mereka akan ditahan reman selama 2minggu.MKP masih berada dibalai Polis Petani Road untuk memberi liputan.

Thursday, June 30

Video Patriot akan Gempur Bila-Bila Masa.

Patriot akan bersedia pada bila-bila masa untuk gempur AMK yang bacul dan lari tak cukup tanah nanti.Depa kata Patriot hanya akan muncul pada waktu malam sahaja,nie dia kami mai waktu siang ada berani.

Wednesday, June 29

VIDEO PATRIOT:AMK Hampa Mau Sangat Nah Ambil.

Pemuda Patriot buat gila dekat Pejabat Keadilan.Mana ada kata depa nak bakaq atau buat kacau,cuma bagi amaran takkan tue pun tak boleh siap dengan Peliwat ANUwar kata polis tak buat keja poooodah.

Tuesday, June 28

Mengapa Patriot Lepas Geram Di Pejabat PKR?



Gara-gara ucapan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang ancam mahu mengulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat ‘menerusi jalanan’ jika tuntutan Bersih tidak dipenuhi telah mencetuskan gelombang reaksi.
Isnin malam kira-kira 700 Pemuda UMNO berkumpul depan ibu pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana,Petaling Jaya untuk meluahkan rasa geram dan marah.Ia dilihat sebagai pengakuan terbuka motif sebenar PKR dan pakatan pembangkang disebalik rancangan perhimpunan Bersih.

Kumpulan tersebut datang dengan 500 buah motorsikal dan 70 kereta itu sebagai tanda bantahan terhadap ucapan Shamsul dan sekaligus memberi peringatan kepada PKR agar tidak meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Mereka diketuai oleh Exco Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam.Beliau disertai  bersama beberapa lagi pemimpin UMNO negeri dan bahagian Wilayah Persekutuan dan Selangor. 

Menurut Lokman, hakikat sebenar demonstrasi (Bersih) 9 Julai ialah untuk merampas kerajaan dengan cara demonstrasi jalanan setelah gagal melalui proses demokrasi (pilihan raya umum ke 12) 2008 dan gagal beli ahli parlimen pada 16 September.

Lokman yang terkenal dengan aksi demonstrasi sewaktu memimpin pemuda PKR dulu dalam satu mesej di laman sosial twitter berkata, kalau untuk perjuangkan Anwar dulu beliau dilokap lapan kali dan ditahan ISA dua kali.

“Kali ini untuk pertahankan kedaulatan negara yang nak kamu guling ini.... NYAWA SAYA sanggup saya serahkan,” katanya.

Lokman juga menafikan bahawa Pemuda UMNO yang berkumpul di depan pejabat PKR mahu membakar bangunan tersebut.

Shamsul dalam ucapannya di satu majlis yang dapat dilihat di youtube berkata rakyat mempunyai dua cara untuk menjatuhkan kerajaan, samada melalui pilihan raya atau jalan raya.
Ramai yang terkejut dan marah mendengar ucapan itu yang turut disiarkan oleh Buletin Utama TV3 malam Isnin.
 
Mengulas mengenai perkara itu, Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda Barisan nasional (BN) Armand Azha Abu Hanifah berkata ucapan Shamsul tersebut mempunyai unsur subversif dan boleh memudaratkan keselamatan negara.
 
“Pemuda UMNO akan pertahankan kerajaan yang dipilih oleh rakyat ini dengan apa saja cara,” ujar bekas ketua Wira Perkasa itu. 

“Bila pulak kami ugut nak bakar pejabat PKR, pejabat itu bukan pejabat PKR… pemilik bangunan itu sendiri mahu bangunan itu dilelong,”katanya.
Beliau turut mengesahkan seramai 15 orang telah ditahan polis berikutan konvoi motorsikal tersebut.
 
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Selangor Engku Salleh Engku Abd Jamal ketika dihubungi Agendadaily berkata tindakan tersebut adalah reaksi dari Pemuda UMNO terhadap tindakan Bersih yang mahu mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.
 
“Kita nak bagitahu PKR bahawa jika perhimpunan tersebut tidak dibatalkan, Pemuda UMNO Selangor tidak akan bertanggungjawab lagi terhadap apa-apa kejadian buruk yang berlaku.
 
“Kita tidak boleh kawal ahli kita yang marah dengan tindakan mereka yang cuba menganggu ketenteraman awam di negara ini,” kata.
 
Tambahnya lagi, jika Bersih masih berdegil untuk meneruskan perhimpunan tersebut, maka mereka perlu berdepan dengan Pemuda UMNO dahulu sebelum berdepan dengan pihak berkuasa.
 
“Saya jamin, jika diteruskan, Bersih akan berdepan dengan Pemuda UMNO sebelum berdepan dengan polis,”katanya.

Pemuda PATRIOT kena Tangkap.


AMK lari tak cukup tanah pasal konvoi Pemuda Patriot yang mengegarkan pejabat keadilan.Bersuara bukanlah garang sehingga nak ugut nak bunuh dan macam-macam puak anak haram nie rupanya harimau tak ada gigi.harap mengaum saja kuat baru konvoi 800 Pemuda Patriot bukan 10 ribu lagi dah jadi gelabah.

Dakwaan bahawa Pemuda Patriot hendak membakar bangunan adalah rekaan semata-mata.Salahkah Pemuda Patriot hendak berkonvoi.Dakwaan itu dibuat oleh Ketua Ranting yang akan patah M Jeyabalan menyatakan Pemuda Patriot akan membakar bangunan tersebut adalah tomahan semata-mata.Pemuda Patriot tidak akan berbuat demikian.Pemuda Patriot hanya membuat lintasan hormat saja.

Seramai 15 pemuda Patriot ditahan Polis untuk diambil keterangan bagi apa yang didakwa oleh pihak AMK yang lari ketakutan dan membuat laporan Polis berhampiran Pejabat Keadilan.

Pemuda UMNO Gegar Pejabat PKR.



Program Perhimpunan PATRIOT yang dianjurkan Pemuda UMNO Malaysia telahpun bermula hari ini dengan acara konvoi bermotor anjura Pemuda UMNO Selangor dan Wilayah Persekutuan.konvoi tersebut sebagai tanda protes terhadap Perhimpunan BERSIH 2.0 yang dianjurkan Pakatan Rakyat.



Konvoi bermotor ini akan berkumpul di Ibu Pejabat PKR, Tropicana sebagai tanda amaran kepada pihak PKR agar menghentikan serta-merta sebarang ugutan terhadap Pemuda UMNO Malaysia.

Sebelum ini, Pemuda UMNO Malaysia berkeras akan meneruskan Perhimpunan PATRIOT jika Pakatan Rakyat mahu meneruskan penganjuran Perhimpunan BERSIH 2.0.
Dalam pada itu, Pemuda UMNO Negeri Sembilan turut menganjurkan konvoi bermotor dan dijangka akan berkumpul di hadapan Pejabat PKR Negeri Sembilan.

Sumber KLpos.com





Monday, June 27

[Video] Himpunan Patriot Bagi Menentang Perhimpunan Haram 9 Julai Dilancarkan


Himpunan Patriot anjuran Pemuda Umno dan Kelab Putra 1Malaysia dilancarkan Ahad bagi mewakili suara orang ramai dalam menentang perhimpunan haram yang akan dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai.
Pengerusi bersama himpunan itu, Datuk Abdul Azeez Rahim berkata pihak mereka akan bertindak sebagai badan bagi mewakili suara ‘majoriti senyap’ yang menurutnya pada perhimpunan haram yang sama pada tahun 2007, tiada medium untuk mereka menyampaikan tentangan.
“Oleh itu kami berasa terpanggil untuk bagi tahu pada (penganjur) perhimpunan haram ini supaya hentikan niat mereka kalau mereka tidak mahu berdepan dengan apa jua yang akan dilakukan generasi muda yang dikatakan tadi ‘majority senyap of rakyat Malaysia’,” katanya dalam sidang media di sini.
Justeru, beliau meminta agar penganjur perhimpunan haram itu supaya memilih cara yang lebih profesional bagi menyampaikan apa yang dihajat dalam memorandum mereka.
“Kami minta kalau betul mereka nak sampaikan memorandum itu, tak payah bawa sehingga 10,000 orang, saya minta mereka hantar empat ke lima orang pergi ke pejabat Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Istana serahkan memorandum itu, kerana pihak istana dan SPR sedia menerima,” katanya.
Sementara itu, ketua penyelaras himpunan Patriot, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, penganjur perhimpunan haram itu sebenarnya mempunyai niat jahat di sebalik perkara-perkara yang dibawa mereka di dalam memorandum.

Sunday, June 26

PEMUDA AKAN DIBUNUH JIKA MEMBANTAH BERSHIT.


Pemuda UMNO akan dibunuh dan bakal disembelih jika menyertai himpunan Patriot yang akan diadakan pada 9hb nanti.Ini menunjukkan bahawa Pemuda UMNO mempunyai kekuatan mengoncang pakatan haram yang menganjurkan bershit.Depa berani buat atau gempaq saja lebih.Jangan dok buat drama nak ugut orang seperti anjing menyalak saja akan tetapi penakut bila kena hambat terkencing dalam seluaq.Awat depa hantaq sms kat KJ dan semua tahu Ketua Pemuda tidak akan menyertai Perhimpunan Patriot.Nak Habaq mai Pemuda tidak gentaq dengan ugutan dan akan meneruskan Perhimpunan Patriot biar berputih tulang jangan berputih mata melihat Puak celaka nie dok buat menghuru-harakan malaysia.Pemuda UMNO sayangkan Malaysia tercinta dan  sanggup berjuang walaupun  berkorban jiwa dan raga.
SEPANG: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh tengah malam tadi yang ditujukan kepada anggota Pemuda Umno yang akan menyertai perhimpunan 9 Julai ini.
SMS itu, yang diterima jam 12.18 tengah malam dari nombor yang tidak dikenali turut mengandungi kata-kata kesat yang mengugut untuk 'menyembelih' anggota Pemuda Umno yang ditemui di perhimpunan itu nanti.
Bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad, Khairy berkata laporan polis mengenai perkara tersebut akan dibuat oleh setiausaha pergerakan itu Datuk Megat Firdouz Megat Junid, yang turut menerima SMS serupa dari nombor yang sama.
"Saya nampak ini perkara yang amat bahaya sekali dan mengancam keselamatan dan seolah-olah memberi satu ancaman terhadap mana-mana anggota Pemuda Umno yang ingin turun pada 9 Julai.
"Saya harap polis boleh mengambil tindakan sebab ini adalah perkara yang serius," katanya.
Mengenai penganjuran perhimpunan tersebut, Khairy berkata pihaknya masih belum menerima panggilan daripada Bukit Aman untuk memberi sebarang keterangan mengenainya.
Sementara itu, Megat Firdouz yang dihubungi berkata satu laporan polis telah dibuat mengenai perkara tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya jam 12.15 tengah hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan menerima SMS ugutan bunuh, juga mengenai perhimpunan haram yang dianjurkan Bersih pada hari yang sama. BERNAMA

Saturday, June 25

Patriot "Malaysia Tanahairku".

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dengan segala hormatnya menjemput semua pejuang bangsa bersama menyertai Himpunan PATRIOT pada 9hb Julai ini di Dataran Merdeka. 

Kita akan menyerahkan memorandum Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi menyokong Penambahbaikkan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. 

Kepada Patriot bangsa yang cintakan agama, bangsa dan tanah air, ayuh....bangkitlah. Mari kita luahkan sokongan kita yang tidak berbelah bagi kepada Sistem Demokrasi Malaysia. Jangan kita izinkan Petualang Negara merampas tampuk pemerintahan negara melalui demonstrasi jalanan selepas usaha mereka menawan Malaysia pada 8 Mac 2008 dan 16 September gagal. 

Ayuh, kita turun beramai-ramai dengan memakai baju warna merah! 


Walaupun ada kajian yang dijalankan oleh sebuah akhbar baru-baru ini mengatakan bahawa hampir 1 juta rakyat Malaysia menyatakan sokongan kepada kumpulan BerSHIT 2.0 ianya tidak boleh dilihat mewakili suara majoriti rakyat Malaysia yang berjumlah lebih kurang 27 juta orang.

Masih ramai lagi 'suara senyap' di luar sana yang tidak mempunyai kaitan dengan politik kepartian menolak perhimpunan ini kerana ianya dilihat  akan menyusahkan dan menimbulkan kesulitan dan kerugian kepada mereka.

Ini berdasarkan pengalaman BerSHIT 1.0 di mana ramai para peniaga kecil serta tauke yang memiliki gedung-gedung yang besar sekitar jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India mengalami kerugian dalam jumlah yang besar gara-gara tindakan kumpulan ini. Ada juga yang mengalami kerosakan harta benda perniagaan mereka.



Jalanraya sepatutnya menjadi medan akhir jika pihak yang berkenaan iaitu SPR dilihat tidak membuka ruang untuk kumpulan ini bersuara. Tapi dalam kes ini SPR menyatakan kesudian dan kesediaan untuk bertemu dengan kumpulan BerSHIT 2.0.

Persoalan mudah yang perlu dijawab oleh Ambiga dan puak BerSHIT 2.0 kenapa jalanraya juga menjadi pilihan?

Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka hendak mengheret 'rakyat' untuk menjayakan agenda politik kepartian mereka.

Dalam bahasa ringkasnya "aku serang SPR, 'rakyat' akan salahkan kerajaan dan kerajaan sudah tentulah BN". "Aku lawan arahan Polis sikit, Polis tangkap sudah tentulah 'rakyat' melihat ianya salah kerajaan, dan kerajaan Malaysia sudah tentulah BN".

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive