Friday, July 4

SHAH X-Factor & @MediaHiburan NAK MENIPU BIAR BERFAKTA. @MRTMalaysia


Seorang artis yang suam-suam kuku dan kurang dikenali tampil mendakwa dirinya hampir kemalangan apabila lori treler yang membawa besi untuk terjatuh diatas jalan raya. MKP nak mempersoalkan disini adakah ada bukti yang mendakwa muatan dibawa itu milik MRT. Kalau hanya sekadar dakwaan atau serkap jarang lebih baik jangan bersikap seperti munafik. 

Nak salahkan orang lain memang senang akan tetapi biarlah berfakta dan ada bukti.


Gambar diatas membuktikan bahawa syarikat yang membawa muatan besi tersebut tidak mempunyai hubungkait dengan MRT. Jika ada sila buktikan.....? Ini adalah tanggungjawab syarikat tersebut bukannya pihak MRT. 


Jika benar Shah X-Factor ada didalam kenderaan tersebut sila tunjukkan bukti bahawa itu adalah kenderaan anda. Kalau nak menipu pun agak-agak la artis kurang popular nie. Takkan benda macam nie pun nak jadikan kontroversi menaikkan diri. Nanti masuk melodi pulak lepas nie... Kantoi Menipu..


Ini adalah gambaran yang menghubungkan kaitkan Kemalangan tersebut dengan MRT. fikirlah secara logik serta boleh diterima akal. Takkan nak memunggah besi kat lebuhraya. Malaysia ada undang-undang. Buat Shah X-Factor kalau nak buat andaian serta tuduhan melulu biarlah berfakta.


Nak buat aduan lain kali pada pihak yang bertanggungjawab bukan main tuduh aje. Pihak berwajib menjalankan pemantauan serta penguatkuasaan adalah SPAD. Kemalangan boleh dielakkan jika ada pengawasan yang cekap dan telus dari SPAD. MKP bukan nak salahkan SPAD tapi ini adalah sebagai teguran yang membina. 

Thursday, July 3

ADUN SEbERANG JAYA RELA ANAK MELAYU MATI DARI BABI.....? @afifbahardin


Bagi MKP apa saja yang berlaku di Pulau Pinang jika melibatkan kesihatan yang bertanggungjawab adalah Exco Pertanian & Industri Asas Tani,Pembangunan Desa dan Kesihatan, ADUN Seberang Jaya. Tak guna jika pegang jawatan sebagai EXCO tapi lari dari tanggungjawab yang diamanahkan. Sebagai seorang Doktor yang memegang amanah perlu menjaga kreditbilitinya. Jika tidak malu besar memegang title ini jika tidak menyelamatkan nyawa sebangsa dan seagamanya.


Takkan hanya pandai tabur fitnah pada seteru politiknya sahaja padahal kerja sendiri tak pandai nak buat.

Selain daripada menjadi Exco Kesihatan, Dr. Afif juga merupakan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani. Jadi portfolio menjaga ladang babi merupakan salah satu dari bidangnya. Kalau dah tugasnya, kenapa nak salahkan pihak lain bila kes ini berlaku? Sedar tak pemimpin PKR ni betapa teruknya pencemaran yang disebabkan oleh ladang babi di kawasannya?


Takkan sebagai ADUN Seberang Jaya, EXCO ni tak pernah tahu betapa teruknya pencemaran yang dialami oleh orang Melayu di sebabkan oleh ladang babi.

Peliknya, Kerajaan Pakatan selalu mendabik dada bahawa mereka pejuang alam sekitar. Apa sahaja projek Kerajaan Pusat akan mereka tentang kononnya mencemarkan alam sekitar.


Habis tu, ladang babi tak cemarkan alam sekitar ke sampai anak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa?

Wednesday, July 2

Perkembangan kejadian tanah runtuh di Jalan Imbi @MyRapidKL @PetraJayaMP @MPKotaBelud @TengkuAdnanReal


Sebuah terowong bawah tanah yang dalam pembinaan runtuh apabila tanah ditapak pembinaan itu mendap di simpang empat Jalan Imbi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata akibat kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, laluan di Jalan Imbi terjerlus sepanjang 19 meter tetapi   tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


"Laporan awal mendapati ia kemungkinan berpunca daripada paip besar SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) yang pecah, namun siasatan masih dijalankan," katanya di tempat kejadian.

Susulan kejadian itu juga, Perkhidmatan KL Monorail dari stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi terpaksa dihentikan akibat runtuhan bawah tanah berdekatan dengan tiang monorel di simpang empat Jalan Imbi berkenaan.

Berikut adalah beberapa tweet dari RapidKL

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive