Dato' Sri Abdul Azeez pernah diberikan penghormatan yang sangat tinggi apabila dianugerahkan sebagai Duta Kehormat Rakyat Palestine oleh Perdana Menteri (Gaza, Palestin) Hon. Dr Ismail Haniyeh, sewaktu didalam Misi Bantuan Kemanusiaan terhadap Rakyat Gaza, Palestine Kelab Putera 1 Malaysia dan Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia ( 2nd Wave Road to GAZA ) pada tahun 2012.
Seorang veteran UMNO yang pernah bersembang dengan Blogger MKP, apabila diminta komen mengenai Azeez, inilah kata kata beliau,
"No one in UMNO can do things and wonders like Azeez..., Dia nie boleh buat semua uphill task! Kerja yang orang tak mampu nak buat, pergi tolong orang, pergi bantu orang susah..., pergi selamatkan nyawa orang..., pergi dok redah gempa bumi, randuk banjir laa, u just name it, nie semua kepakaran si Azeez..."
Sepanjang tempoh beberapa tahun yang lalu, beliau kuat bekerja dan telah berjaya mengharumkan nama negara. Oleh itu, persetujuan untuk memberikan amanah yang besar ini kepada beliau sudah pastilah telah perhalusi dengan sebaik-baiknya oleh YAB Datuk Sri Najib, Perdana Menteri kita.
Malaysia akan menghantar dalam masa terdekat seramai 50 doktor pakar bagi ‘Misi Bantuan Kemanusiaan ke-4 ke Gaza’.
Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata langkah itu untuk memberi bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza.
Beliau berkata keputusan itu dinyatakan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak setelah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu semalam.
“Saya dimaklumkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah di Gaza ratusan mangsa cedera dalam serangan itu dan lebih 100 telah meninggal…setiap lima minit berlaku serangan udara dengan lebih 1,500 bedilan.
“Oleh itu sukarelawan terdiri daripada doktor pakar dalam pelbagai bidang termasuk pakar kanak-kanak, ortopedik, dan sakit puan amat diperlukan bagi merawat mangsa serangan udara yang rata-ratanya adalah kanak-kanak, warga emas dan wanita,” katanya.




