Friday, February 24

JOM PI HIMPUNAN HIJAU #FAUZIAHTIPU



KUANTAN, 24 FEB : Polis hari ini bersetuju Himpun Hijau 2.0 di adakan sebuah padang tidak jauh daripada lokasi yang dituntut oleh penganjur.

Jurucakap penganjur, Clament Chin berkata keputusan itu dicapai selepas mesyuarat satu jam diantara jawatankuasa hijau dan polis Pahang pagi tadi.

Polis bersetuju memberi bantuan mengawal lalu lintas dan menjaga keselamatan untuk perhimpunan itu selaras dengan perhimpunan awam, kata beliau.

FAUZIAH SALLEH tidak ada pilihan lain lagi dan beliau perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Pahang terutama sekali di Parlimen Kuantan serta Indera Mahkota yang beliau perdaya selama ini kononnya projek Lynas merbahaya kepada rakyat serta  negeri itu dan tidak menepati kehendak piawaian antarabangsa sedangkan projek Lynas ini cukup penting kerana ianya. menjadi pemangkin kepada pelbagai kegiatan ekonomi Negeri Pahang dan membuka banyak peluang-peluang perkerjaan.

Pendedahan MP Hulu Langat,Dr Rosli Che  Mat jelas menunjukan bahawa selama ini Fauziah berbohong,menipu dan memanipulasikan segala fakta yang mungkin beliau kutip di kedai kopi bukan sahaja berbohong di Kuantan ataupun Indera Mahkota tetapi beliau turut berbohong dalam Dewan Rakyat  bilamana beliau mendesak dengan begitu keras supaya projek tersebut dihentikan demi keselamatan dan nyawa penduduk Kuantan serta yang berdekatan.

Tembelang penipuan Fauziah ditelanjangkan satu persatu oleh Dr Rosli yang juga Ahli Parlimen PAS Hulu Langat itu membuatkan Fauziah tidak senang duduk dan mahu menyaman TV3,Wartawan dan beberapa individu sekiranya pendedahan tentang keperluan serta kebaikan projek Lynas itu tidak dihentikan siarannya oleh TV tersebut.

Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang saintis nuklear membelasah gelagat partinya sendiri bersekongkol dengan Fauziah yang didakwa cuba menutup kebenaran tentang projek kilang Lynas di Gebeng,Kuantan.Tindakan Dr Rosli ini tidak disenangai oleh pimpinan PAS dan akhirnya beliau dihalang untuk mengeluarkan sebarang kenyataan tentang projek Lynas ini.

Dr Che Rosli perlu akur ilmu saintis nuklear yang ada di dadanya dan kebenaran sudah tidak berguna lagi dan boleh dipijak begitu saja oleh PAS apabila beliau boleh dihalang begitu sahaja oleh partinya daripada mendedahkan kebenaran.Malang nasib Dr Che Rosli ini dan lebih memalukan lagi PAS yang kononnya selama ini mendakwa mendapat pengikhtirafan golongan professional akhirnya turut memalukan kepakaran yang ada pada golonngan-golongan ini.

Jelas PAS sanggup bersekongkol dengan penipuan fakta oleh Fauziah selama ini di mana selama ini PAS merelakan segala fakta diselewengkan dengan begitu tidak bermoral oleh Fauziah dan pasukanya di Pahang.

Dalam laporan,pakar-pakar  menjelaskan bahawa Lynas sehingga kini teklah mematuhi standard keselamatan radiasi yang digariskan oleh dua badan pengawal tempatan iaitu AELB dan DOE.Ramai para pemerhati politik tanahair sedang mengintai episod pertikaian ini yang dikira boleh mendedahkan lebih jelas sikap berpolitik dan bermuka-muka parti itu.

Tidak cukup dengan laporan pakar-pakar itu dan juga pendedahan terbaru Dr Che Rosli,paling kita kesalkan lagi, mereka berterusan menghasut orangramai dengan sentimen politik  tanpa mempedulikan aspek ekonomi namun pembangkang tetap meletakkan kepentingan politik sebagai yang utama daripada segalanya meskipun Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob sendiri  menegaskan beliau sendiri tidak akan setuju dengan pembinaan projek itu jika ia disahkan oleh pakar tidak selamat keatas kesihatan.Pakar-pakar telah mengsahkan dan MP PAS juga mengsahkan Lynas selamat serta langsung tidak sepertimana yang digembar gemburkan oleh Fauziah Salleh.

Bila penipuan ini terbongkar.mana mereka semua ini mahu letak muka?Baik Fauziah,Tuan Ibrahim,Mahfuz atau Zulkefly harus mencerminkan muka mereka, siapa lebih pakar antara mereka dengan Dr Che Rosli? Atau mereka mahu terus tetap gelap mata kerana merasa mereka adalah pakar dari segala pakar termasuklah kepakaran mereka mengatasi Dr Che Rosli.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive