MKP melihat perubahan yang cuba dibawa oleh Lim Kit Siang dan Guan Eng nampaknya gagal dan tidak bermakna. DAP masih lagi bersikap Cauvanis dan hanya memilih mereka yag berbangsa cina mewakili mereka di Parlimen.
Pergolakan dalaman DAP tidak nampak ketara namun telah dijelaskan didalam bentuk undi.Nak sembunyi macam mana kalau dah kaum cina sendiri tidak keluar mengundi. Dimanakah pengundi mereka sebanyak 7ribu yang dimenangi semasa PRU-13. Guan Eng mengatakan kekalahan pada kali nie kerana 10% pengundi Cina telah beralih pada Barisan Nasional.
Bagi MKP itu adalah fakta yang kurang menyakinkan. Tapi Fakta yang sebenarnya adalah Datuk Mah hanya menambah 78 undi dari deposit yang dimenangi pada PRU-13 yang lalu. Datuk Mah perlu berkerja dan lebih fokus pada Teluk Intan selepas ini.
Guan Eng dan Lim Kit Siang pastinya bakal berdepan masalah ketika pemilihan CEC kelak. Sokongan dari Ahli DAP bakal berkurangan. Kenapa ketepikan pimpinan DAP yang ada di Teluk Intan. Adakah DAP sudah kekurangan pemimpin yang berkaliber dan bersih dari semua segi yang diwar-war oleh Tokong Cauvanis ini.
Ternyata Lim Kit Siang telah kalah dari segi Stategi Perang serta perubahan POLITIK BARU.
1. Mengapa Gerakan menang?
Kemenangan Gerakan menunjukkan beberapa perkara tentang bagaimana pengundi di Teluk Intan berfikir.
Penganalisis mengatakan bahawa salah satu sebab utama undian memihak kepada Mah adalah kerana beliau adalah tokoh tempatan yang rakyat kenal dan janji-janjinya adalah praktikal.
Personaliti Mah sangat sebati dengan orang Teluk Intan dan kempennya lebih menumpukan kepada kebajikan penduduk.
Itu dilihat lebih mudah diterima penduduk tempatan daripada mesej abstrak DAP mengenai idealisme dan isu-isu nasional.
Adalah sukar untuk menolak kata-kata Mah mengenai pembangunan ekonomi dan infrastruktur ditambah pula dengan sokongan kewangan yang jelas daripada kerajaan negeri dan persekutuan.
Paling diberi perhatian adalah tawaran jawatan Menteri Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang suka atau tidak ia membantu undian kepada Mah.
Ia juga membawa maksud bahawa rakyat mempercayai Mah sebagai seorang yang berpendirian apabila dia enggan menerima perlantikan sebagai senator yang menjadi impian pembangkang.
2. Mengapa DAP kalah?
Pertamanya adalah kerana DAP gagal meyakinkan sepenuhnya pengundi luar terutamanya pemuda-pemudi berketurunan Cina serta Melayu untuk pulang ke kampung halaman dan mengundi.
Jumlah kehadiran pengundi yang sangat rendah ini sebenarnya memberi tamparan hebat kepada DAP dalam mempertahankan kerusi di Teluk Intan.
Undian pengundi luar ini gagal meskipun manifesto yang dibawa Dyana dilihat bagai dibuat khas untuk pengundi muda urban.
Tanpa analisis yang mendalam kepada corak pengundian setiap komuniti dan hanya menganggap jumlah undi merendah pada semua kaum, ia membawa maksud populariti Dyana sedikit mengelirukan.
Mungkin Dyana popular dikalangan peminat ‘online’, bukan ‘offline’.
Apabila tiba hari pengundian, populariti ini terlihat jelas.
Teluk Intan sekali lagi menunjukkan bahawa populariti di media sosial tidak menjamin kemenangan.
Jumlah kehadiran ketika di ceramah-ceramah kempen tidak menterjemahkan jumlah undian.
Beberapa pemerhati juga menyatakan Dyana terlindung disebalik orang-orang kanan DAP serta jelas kurang pengalaman di atas pentas terutama dalam menjawab soalan sukar ataupun soalan mudah.
Walaupun ia pasti mesej menarik buat ahli-ahli politik lama tentang keindahan belia, namun mungkin mesej itu tidak dapat dilihatkan kepada undi.
3. Apa maksud kemenangan ini kepada Gerakan dan Mah?
Tahun ini adalah perjalanan yang panjang buat Mah selepas beliau mengambil alih peranan presiden dalam parti Gerakan dan pastinya beliau mendapat sayap baru selepas kemenangan ini.
Semangat dalam Gerakan pastinya melonjak naik secara drastik.
Ahli-ahli parti yang sudah lama tidur kini akan bangun menyahut panggilan masa depan yang lebih baik.
Mungkin Gerakan akan dapat mencari kembali asas zaman kegemilangan parti itu.
Parti yang sentiasa disebut-sebut sebagai ‘suara hati nurani’ BN ini diharapkan mampu keluar dari kepompong dan menzahirkannya dengan lebih vokal.
Walau bagaimanapun, ia masih belum dapat dilihat sama ada Gerakan akan berdiri dan bersuara terhadap ‘abang besar ‘ UMNO atau parti komponen lain dan melangkaui batasnya.
Tetapi kemasukkan satu lagi ahli kedua Gerakan di Dewan Rakyat dan Menteri di Kabinet, telah banyak meningkatkan nilai parti tersebut.
4. Apa maksud kekalahan ini kepada DAP?
Adakah eksperimen DAP menurunkan seorang Melayu di kawasan majoriti Cina, gagal? Adakah Malaysia telah kembali kepada cara lama yang lebih selesa di mana bangsa dan politik perlu sentiasa seiring?
Mungkin majoriti pengundi masih belum bersedia untuk menentang arus dan belum bersedia menerima identiti masyarakat yang saling berkaitan dengan yang lain dan berusaha untuk cita-cita yang tidak kelihatan 'realistik'.
Ia adalah mustahil untuk meminta ahli-ahli politik untuk menukar kulit mereka, apatah lagi rakyat.
Untuk berlaku adil, idea mengurangkan politik kaum juga disokong Gerakan dan ironinya Gerakan turut menggelarkan dirinya sebagai parti berbilang kaum seperti DAP.
Mungkin, simbolik langkah awal Dyana ini boleh dijadikan contoh stau hari nanti.
Buat masa ini, DAP nampaknya akan kembali kepada cara lama tanpa ada tindakan ‘berani’ lagi.
Adakah itu bermakna lebih banyak Ahli Parlimen berbangsa Cina akan mewakili kerusi ‘Cina’ pada masa hadapan?
5. Apa maknanya kepada Dyana?
Dyana kalah berlumba tetapi dia belum tentu kalah pertandingan. Umurnya baru 27 tahun. Pada pilihan raya umum ke-14 nanti, umurnya mungkin 30 atau 31 tahun. Langkah politiknya baru bermula. Langkahnya masih jauh.
Pilihan raya kecil Teluk Intan ini tentunya mematangkan anak muda ini untuk berdepan dengan sepak terajang dan caci maki politik yang lebih mencabar. Seperti yang pernah dia sebut sendiri, dia dicaci dan dimaki sekali semasa memilih jalan politik bersama DAP. Dia dicaci dan dimaki lagi sewaktu jadi setiausaha politik kepada Lim Kit Siang.
Dua pengalaman itu menyiapkan dirinya untuk dicaci dan dimaki serta difitnah sepanjang kempen pilihan raya kecil Teluk Intan.
Untuk PRU-14, dia tentunya lebih bersedia.
6. Apa maknanya kepada politik Malaysia?
Pilihan raya kecil ini hanya mengukuhkan satu perkara: politik baru itu sesuatu yang sangat asing dan janggal. Dalam politik negara setakat ini, tidak ada yang namanya pertembungan idea atau polisi. Debat pun masih belum menjadi budaya kita. Apa yang ada masih lagi politik ugut-mengugut, fitnah dan caci maki. Garis perkauman dalam politik juga masih terlalu tebal.
Selebihnya, peranan ahli parlimen sebagai pembuat dasar dan penggubal undang-undang itu masih belum difahami dengan betul termasuk di kalangan orang politik. Untuk kesekian kalinya, ahli parlimen masih diharapkan untuk menjalankan tugas pejabat daerah.
Selepas 2008, kita masih bermimpi kosong tentang politik baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
3 Pelajar Cedera Akibat Mercun Diubah Suai Meletup Dalam Asrama - Seorang pelajar dilaporkan parah manakala dua lagi mengalami kecederaan selepas insiden letupan melibatkan mercun yang telah diubah suai di sebuah asrama s...
-
Nikon COOLPIX P1100 Dilancarkan – Kamera Digital Kompak Dengan Zum Optikal 125X - Nikon secara rasminya melancarkan COOLPIX P1100 iaitu kamera digital kompak dengan kemampuan zum optik 125 kali. Ia direka untuk mereka yang memerlukan kam...
-
0x1c8c5b6a - 0x1c8c5b6a The post 0x1c8c5b6a appeared first on My TV ONLINE.
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2014
(304)
-
▼
June
(30)
- VIDEO: MAMAT MOTOR LETAK KEPALA LEMBU DEPAN RUMAH ...
- KEPALA LEMBU DIPINTU PAGAR RUMAH ADUN #DAPCELAKA R...
- @SPADchannel & HAMID ALBAR GAGAL!!! TAKKAN PANDAI ...
- @MPKotaBelud PERTAHANKAN FITNAH 10JUTA MENTERI KAB...
- Tiada Kenaikan Kadar Cukai Pintu DBKL 2014 @Tengku...
- "SATIRA POLITIK" @KhairyKJ STYLE..........
- PEMILIHAN PARTI PKR SAMPAI PECAH KEPALA
- PURDAH KENA TANGGAL, BIAR BETUL @ustazfathulbari @...
- "TPM Letak Jawatan" @MuhyiddinYassin @KhairyKJ @Az...
- "UMNO PARTI HARAM" AZEEZ MP BALING MENGAMUK........
- ADA PELESIT PEGUAM NEGARA CUBA LEPASKAN ADUN #DAPC...
- MAHKAMAH PULAU PINANG DIKAWAL KETAT POLIS...
- @CMLimGuanEng & ROKETKINI KANTOI MENIPU..... VIDEO...
- EKSLUSIF : ADUN #CELAKADAP RAYER DITAHAN POLIS SEB...
- @CmLimGuanEng HALAU CINA BAGAN AJAM.....
- ALAHAI @rafiziramli NAK MENIPU BIAR BERFAKTA... @d...
- VIDEO : TEORI TUN MAHADIR #MH370 TAK MUNGKIN HILAN...
- MB SELANGOR TERDESAK NAK BINA KIDEX DAN KUTIP TOL....
- PUTERI UMNO PULAK NAK JADI MENTERI.... @emysamsudi...
- VIDEO : LELAKI TERJUN DARI FERI PULAU PINANG
- MB KEDAH @MukhrizMahathir TENGOK SAT "ULAQ-AYAQ" N...
- JEMAAH UMRAH MENANGIS SETIBANYA DI KLIA..... @Naji...
- TAHNIAH NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA @AzwanBro ...
- JEMAAH UMRAH DISELAMATKAN OLEH BIRO KEBAJIKAN UMNO...
- MALAYSIA KiNI PAKAR PUTAR BELIT MB JOHOR PULAK MAN...
- PUTERI UMNO PULAK SENTAP NGAN #DyanaSofya
- TABUNG HAJI Debit-i-Mastercard APA YANG PERLU ANDA...
- USAH LUPA DARATAN WAHAI YTL...... #SEDARDIRI
- RSN RAYER #DAPCELAKA MELuTUT MINTA MAAF.........?
- ANALISIS #PRKTelukIntan GUAN ENG DAN LIM KIT SIANG...
-
▼
June
(30)
6 comments:
Cina tetap undi Cina, Melayu DAP pun Cina tak mahu undi.
Pada pendapat saya kemenangan calon BN adalah kerana swing sebahagian pengundi cina yang bersikap lebih praktikal. Masa depan Teluk Intan akan lebih cerah kerana dibelakang Datuk Mah ada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Untuk mengandaikan pengundi luar ataupun pengundi yang tidak mengundi semuanya akan mengundi DAP adalah salah seperti yang dijelaskan oleh Dato' Ahmad Maslan terdapat lebih kurang 8,000 ahli komponen BN yang tidak mengundi pada PRU 13.
Lain ceritanya di Kajang dan Bukit Gelugor kerana kawasan itu tidak akan dapat dibangunkan kerana dibawah bidangkuasa Kerajaan Negeri. Contohnya seperti Loji Air Langat 2, walaupun Kerajaan Pusat hendak melaksanakannnya tetapi dihalang oleh Kerajaan Negeri kerana Kerajaan Negeri berkuasa penuh dalam kelulusan pembangunan (Development Order).
Di Sungai Limau pula bilangan pengundi cina tidak significant, tidak ramai. Ada sedikit peningkat pengundi Melayu tetapi tidak cukup untuk merampas Sungai Limau kerana PAS telah memindahkan beribu-ribu penyokong tegar mereka dari luar (bukan penduduk asal)ke Bukit Besar. Lagipun, BN tidak mempunyai apa-apa perancangan pembangunan yang berimpak tinggi di sini.
Jadi Lim Guan Eng jangan kata pengundi cina racist, mereka sebenarnya memilih untuk pembangunan berbanding janji2 palsu Guan Eng dan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim kata dia nak bersara kalau kalah PRU 13, tapi masih berpolitik. Guan Eng kata nak hapus rasuah, tapi dia lah kepala bapak rasuah no. 1 di Malaysia. Semua business community dan ahli2 DAP di Penang tahu pasal rasuah Guan Eng sebab tu dia jatuh no. 5 semasa pemilihan CEC. Itu pun sebab dia tak jemput lebih dari 700 pemilih yang layak yang dia tahu tidak akan mengundi dia.
Pemimpin2 PAS sepatutnya sedar sekarang bahawa ahli2 PAS akar umbi tidak menerima bulat2 arahan mereka utk menyokong Dyana Perkasa.Nampaknya mereka lebih faham hukum-hakam drp pemimpin2 mereka dgn tidak keluar mengundi, undi rosak dan segelintir yg memangkah BN. Lagi satu melalui keputusan PRK ini juga, kita dpt melihat bahawa ahli2 parti DAP bersifat perkauman dgn cara tidak mahu mengundi calon dari kalangan org Melayu atau pun dgn kata lain ialah boikot PRK ini. Itulah sebabnya peratusan keluar mengundi rendah.
just tell the truthful and forget about perception, that what all the change is all about.
everyone in this country has their own aspiration, still the main point is that do not be self centered and wanting everything for yourself, learn to share and prosper together
1. Perlu diingat, ada beberapa ribu penyokong BN tidak keluar mengundi pada PRU13. BN yang sebenarnya mahu peratusan pengundi yang lebih tinggi.
2. Orang Cina semakin kembali kepada BN. Cuma masa yang yang akan menentukan.
3. Lim Kit Siang perlu meletakkan jawatan kerana ini adalah kesilapan besar yang tidak sepatutnya dilakukan.
Post a Comment